Lampu jalan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 21 Jul 2026 09:25:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Lampu jalan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DUN Sabah : Pihak konsesi perlu bertindak proaktif tanpa perlu tunggu aduan awam https://sabahmedia.com/2026/07/21/dun-sabah-pihak-konsesi-perlu-bertindak-proaktif-tanpa-perlu-tunggu-aduan-awam/ https://sabahmedia.com/2026/07/21/dun-sabah-pihak-konsesi-perlu-bertindak-proaktif-tanpa-perlu-tunggu-aduan-awam/#respond Tue, 21 Jul 2026 09:25:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100307
Read Time:1 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila Datuk Hazem Mubarak Tun Musa mahu pihak konsesi yang bertanggungjawab menyelenggara lampu jalan di Sabah mengambil pendekatan lebih proaktif dengan melaksanakan pemeriksaan berkala tanpa perlu menunggu aduan daripada orang ramai.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan kerosakan kemudahan awam dapat dikesan lebih awal, sekali gus mengelakkan risiko kepada pengguna jalan raya dan penduduk setempat.

Katanya, isu lampu jalan yang rosak masih menjadi antara rungutan utama masyarakat di DUN Sungai Manila setiap kali beliau mengadakan lawatan ke kampung-kampung dan kawasan perumahan.

“Masalah ini tidak sepatutnya berlarutan sehingga rakyat terpaksa membuat aduan berulang kali. Pemantauan perlu dilakukan secara berterusan dan tindakan pembaikan mesti disegerakan sebaik sahaja kerosakan dikesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2026 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17, di sini, pada Selasa.

Hazem berkata, berdasarkan laporan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sungai Manila, lebih 10 lokasi dikenal pasti mempunyai lampu jalan yang tidak berfungsi.

Antara kawasan yang terlibat ialah Jalan Old Labuk Batu 9, Taman Fortune Batu 8, Taman Tai Fai Yin Batu 8, Jalan Pengkalan Kampung Padas, Kampung Jawa 1, Simpang Batu 10 menuju Jalan Sungai Batang Lama, Jalan Pampang serta beberapa kampung lain.

Menurut beliau, di Simpang Batu 10 menuju Jalan Sungai Batang Lama terdapat 20 tiang lampu jalan yang tidak berfungsi, manakala di Jalan Pampang sebanyak tujuh tiang lampu dikenal pasti rosak.

Beliau berkata, keadaan itu bukan sahaja menjejaskan keselesaan pengguna jalan raya, malah boleh meningkatkan risiko kemalangan terutama pada waktu malam apabila jarak penglihatan menjadi terhad.

Sehubungan itu, beliau meminta kementerian berkaitan memperkukuh sistem pemantauan terhadap prestasi pihak konsesi bagi memastikan kerja penyelenggaraan dilaksanakan mengikut jadual dan standard yang ditetapkan.

Katanya, penyelenggaraan infrastruktur asas seperti lampu jalan tidak boleh dianggap sebagai isu kecil kerana kemudahan itu memberi kesan langsung kepada keselamatan, kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.

Beliau turut berharap peruntukan tambahan yang dibentangkan kerajaan negeri dapat dimanfaatkan untuk mempercepatkan penyelenggaraan kemudahan awam di seluruh Sabah, termasuk di DUN Sungai Manila.

“Rakyat mahu melihat tindakan yang cepat dan berkesan. Apabila masalah asas seperti lampu jalan dapat diselesaikan segera, keyakinan rakyat terhadap penyampaian perkhidmatan kerajaan juga akan terus meningkat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/21/dun-sabah-pihak-konsesi-perlu-bertindak-proaktif-tanpa-perlu-tunggu-aduan-awam/feed/ 0 100307
Lampu jalan berisiko di Tenom akan diselenggara berperingkat https://sabahmedia.com/2026/07/06/lampu-jalan-berisiko-di-tenom-akan-diselenggara-berperingkat/ https://sabahmedia.com/2026/07/06/lampu-jalan-berisiko-di-tenom-akan-diselenggara-berperingkat/#respond Mon, 06 Jul 2026 03:02:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99439
Read Time:1 Minute, 28 Second

TENOM: Lampu-lampu jalan raya di daerah ini, khususnya di lokasi berisiko, akan diselenggara secara berperingkat bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terus terjamin.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Jamawi Jaafar berkata, usaha itu akan dipantau secara berterusan bagi memastikan lampu jalan milik Sabah Electricity Sdn. Bhd. (Sabah Electricity) sentiasa berada dalam keadaan baik dan berfungsi.

Menurutnya, wakil beliau bersama pegawai daripada agensi berkaitan telah turun padang pada Ahad untuk memantau keadaan tiang serta lampu jalan milik Sabah Electricity di sekitar Tenom.

“Kita akan memastikan lampu-lampu jalan raya di Tenom, terutama di kawasan berisiko, diselenggara secara berperingkat supaya keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pemantauan itu diketuai Pegawai Khasnya, Mohd Nizam Ag Kassim yang mewakili beliau bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.42 Melalap.

Turut menyertai pemantauan ialah wakil Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM), Junaidi Juan; Ketua Sabah Electricity Tenom, Daud; Denesly Justin; Mohd Das; Herryzan; serta Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Tenom, Honeylet Ullap.

Jamawi berkata, pemantauan berkala amat penting bagi mengenal pasti lampu jalan yang rosak atau memerlukan penyelenggaraan segera, khususnya di kawasan yang boleh mengundang risiko kepada pengguna jalan raya.

Beliau turut memaklumkan bahawa sebelum ini pihak UPPM melalui Denesly Justin telah mengadakan kunjungan hormat ke beberapa jabatan berkaitan bagi membincangkan isu lampu jalan di sekitar Tenom.

Katanya, perbincangan itu bertujuan menyelaras tindakan bersama agensi berkaitan supaya kerja-kerja penyelenggaraan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan sistematik.

“Saya berharap kerjasama erat antara semua pihak dapat diteruskan demi kepentingan rakyat serta pembangunan daerah Tenom,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi dan pihak yang terlibat dalam memastikan kemudahan awam di daerah itu sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan berfungsi dengan sempurna.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/06/lampu-jalan-berisiko-di-tenom-akan-diselenggara-berperingkat/feed/ 0 99439