Landskap – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 28 Jun 2026 08:09:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Landskap – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jejak Warisan Kota Kinabalu lengkapi agenda bandar hijau DBKK https://sabahmedia.com/2026/06/28/jejak-warisan-kota-kinabalu-lengkapi-agenda-bandar-hijau-dbkk/ https://sabahmedia.com/2026/06/28/jejak-warisan-kota-kinabalu-lengkapi-agenda-bandar-hijau-dbkk/#respond Sun, 28 Jun 2026 08:09:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99024
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melaksanakan inisiatif baharu menerusi Jejak Warisan Kota Kinabalu (KK Heritage Trail) yang melengkapi antara aspek landskap dan agenda pembangunan bandaraya Kota Kinabalu.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, Jejak Warisan Kota Kinabalu menghubungkan lima lokasi warisan utama di pusat bandar.

Antaranya ialah Bangunan Mahkamah Tinggi Lama, Tugu Peringatan ANZAC, City Park, Monumen Malaysia dan Jalan Gaya.

“Pemeliharaan warisan bandar perlu bergerak seiring dengan pembangunan landskap kerana sebuah bandar raya yang berdaya huni bukan sahaja menawarkan persekitaran yang hijau dan selesa, malah mempunyai identiti yang kukuh serta sejarah yang terus dihargai dan dipelihara.

“Melalui Jejak Warisan Kota Kinabalu ini, masyarakat dan pelawat berpeluang mengenali sejarah serta perkembangan bandar raya ini dengan lebih dekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Hari Landskap Kota Kinabalu 2026 di sini pada Sabtu.

Sabin berkata, pelaksanaan inisiatif itu turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi peruntukan sebanyak RM250,000.

Katanya, peruntukan itu akan digunakan bagi pemasangan penanda Jejak Warisan di setiap lokasi yang dikenal pasti serta menaik taraf papan interpretasi sejarah bagi memberikan maklumat yang lebih lengkap dan menarik kepada pengunjung.

Beliau berkata, inisiatif itu bukan sahaja akan memperkayakan pengalaman pelancong yang berkunjung ke Kota Kinabalu, malah membantu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memelihara warisan sejarah bandar raya.

“Warisan yang kita miliki hari ini merupakan aset bersama yang perlu dipelihara agar dapat terus diwarisi oleh generasi akan datang. Pembangunan moden tidak seharusnya menghakis nilai sejarah yang membentuk identiti Kota Kinabalu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh warga Kota Kinabalu supaya bersama-sama menjaga dan menghargai lokasi-lokasi warisan serta kemudahan yang disediakan, termasuk mengelakkan perbuatan vandalisme yang boleh menjejaskan nilai sejarah dan imej bandar raya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/28/jejak-warisan-kota-kinabalu-lengkapi-agenda-bandar-hijau-dbkk/feed/ 0 99024
JQC Akan Ubah Landskap Bandaraya Kota Kinabalu Jadi Destinasi Pelancongan Menarik https://sabahmedia.com/2022/01/19/jqc-akan-ubah-landskap-bandaraya-kota-kinabalu-jadi-destinasi-pelancongan-menarik/ https://sabahmedia.com/2022/01/19/jqc-akan-ubah-landskap-bandaraya-kota-kinabalu-jadi-destinasi-pelancongan-menarik/#respond Wed, 19 Jan 2022 12:58:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11304
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri komited untuk menjadikan Sabah sebagai pilihan yang berdaya maju secara komersial untuk pelaburan hartanah dan destinasi menarik kepada pelancongan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri menyokong peranan utama sektor swasta dalam pasaran hartanah. Inisiatif didorong pihak swasta ini akan mendorong lagi momentum ekonomi dalam industri hartanah, meningkatkan aliran pelaburan, meningkatkan kepelbagaian ekonomi secara keseluruhan mewujudkan peluang ekonomi yang lebih luas, dan mewujudkan limpahan ekonomi yang lain.

“Seperti yang digariskan dalam agenda pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, strategi ekonomi Sabah adalah untuk mengukuhkan kelompok ekonomi utama.

“Sektor hartanah adalah komponen utama dalam agenda transformasi ekonomi ini, sebahagiannya, kerana rekod prestasinya yang terbukti dalam membangunkan rangkaian sumber manusia dan dalam pusingan rantaian perbekalan,” katanya pada Majlis Lighting-Up Ceremony Jesselton Quay Central (JQC) di sini pada Rabu.

Dalam hal ini, Hajiji berkata JQC, projek usaha sama antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Suria Capital Holdings Berhad dan SBC Corporation Berhad akan menambah satu lagi transformasi kepada landskap bandar.

“Projek pembangunan bercampur ini terletak secara strategik di kawasan dermaga bandar yang sedang dibangunkan menjadi pusat dengan kemudahan bertaraf antarabangsa, berlatarbelakangkan tepi laut yang indah, dan matahari terbenam yang menakjubkan.

“Pelan Induk Jesselton Waterfront City, yang mana Jesselton Quay Central dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah adalah bahagian penting dan pembangunan yang berterusan di lokasi ini merupakan petanda baik untuk pembangunan hartanah yang berkualiti.

“Apabila siap sepenuhnya, kami dengan bangganya boleh mengatakan bahawa pembangunan infrastruktur di sini dan kebangkitan bahagian lama bandar telah membuahkan hasil,” katanya.

Beliau juga menambah, Jesselton Quay dan One Jesselton Waterfront, serta pelengkap pembangunan di kawasan sekitar, akan mengubah kawasan dermaga ini menjadi satu destinasi yang berwajah baharu di kawasan bandar.

“Pelan yang dicadangkan untuk membangunkan terminal pelayaran antarabangsa sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk meletakkan Kota Kinabalu sebagai terminal pelabuhan serantau dan antarabangsa kini terlaksana,” ujarnya.

Sebagai sebahagian daripada fasa pertama projek pembangunan bercampur Jesselton Quay, JQC dibina terletak di kawasan seluas 16.25 ekar di Pelabuhan Kota Kinabalu dan akan berfungsi sebagai lanjutan dari pusat perniagaan Bandaraya Kota Kinabalu.

Sijil Layak Menduduki (OC) dijangka diperoleh pada suku pertama tahun ini untuk JQC yang terdiri daripada dua menara suite komersial 25 tingkat, satu menara i-hotel 25 tingkat, Gallery Shoppes dan kelab rekreasi bertemakan tropika, di podium atas.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/19/jqc-akan-ubah-landskap-bandaraya-kota-kinabalu-jadi-destinasi-pelancongan-menarik/feed/ 0 11304