Langgar lari – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 12 Jul 2025 13:48:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Langgar lari – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Polis siasat kes langgar lari maut di Tuaran, saksi diminta tampil bantu siasatan https://sabahmedia.com/2025/07/12/polis-siasat-kes-langgar-lari-maut-di-tuaran-saksi-diminta-tampil-bantu-siasatan/ https://sabahmedia.com/2025/07/12/polis-siasat-kes-langgar-lari-maut-di-tuaran-saksi-diminta-tampil-bantu-siasatan/#respond Sat, 12 Jul 2025 13:48:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77196
Read Time:1 Minute, 1 Second

TUARAN: Polis sedang giat mengesan pemandu kereta Proton Iswara berwarna silver/hitam yang disyaki terlibat dalam kejadian langgar lari sehingga meragut nyawa seorang penunggang motosikal di Kampung Lok Batik, Jalan Tuaran, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi itu, kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Modenas Kriss dan dua buah kereta iaitu Perodua Kembara dan Proton Iswara. Pemandu Proton Iswara terbabit dipercayai melarikan diri selepas kejadian dan meninggalkan kenderaannya kira-kira 200 meter dari lokasi kemalangan, di hadapan sebuah rumah tidak beralamat.

Mangsa seorang lelaki, penunggang motosikal, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Bedah siasat dijadualkan dijalankan pada jam 3.00 petang hari ini di Unit Forensik, Hospital Tuaran.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag. Maidin berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, beberapa individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran, Inspektor Haffiz di talian 011-61600964 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati dan berhemah ketika memandu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/12/polis-siasat-kes-langgar-lari-maut-di-tuaran-saksi-diminta-tampil-bantu-siasatan/feed/ 0 77196
Pejalan kaki maut dalam kemalangan langgar lari di Lido https://sabahmedia.com/2025/02/06/pejalan-kaki-maut-dalam-kemalangan-langgar-lari-di-lido/ https://sabahmedia.com/2025/02/06/pejalan-kaki-maut-dalam-kemalangan-langgar-lari-di-lido/#respond Thu, 06 Feb 2025 14:53:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68135
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Seorang pejalan kaki lelaki berusia dalam lingkungan 40-an maut selepas dipercayai dilanggar sebuah kenderaan ketika cuba melintas jalan di Jalan Bunga Raja Kayu berhampiran lampu isyarat PPK Lido, pada malam Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis pada jam 8.55 malam, Rabu (5 Feb).

Katanya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa terbaring di tengah jalan raya, di antara garisan pembahagi lorong yang menghala ke arah Penampang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kasim berkata, berdasarkan kedudukan mayat, mangsa dipercayai cuba melintas dari arah kiri ke kanan jalan apabila dilanggar oleh sebuah kenderaan yang jenis dan nombor pendaftarannya masih belum dikenal pasti dan telah melarikan diri selepas kemalangan berlaku.

“Polis kini giat menjalankan siasatan lanjut untuk mengumpul bukti dan keterangan bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berhubung kes ini untuk tampil memberi maklumat kepada Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Brymenedren Godon di talian 010-7768802.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika memandu dan mematuhi peraturan lalu lintas.

“Bagi pejalan kaki, diingatkan untuk selalu melihat kiri dan kanan jalan sebelum melintas bagi memastikan keselamatan,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/06/pejalan-kaki-maut-dalam-kemalangan-langgar-lari-di-lido/feed/ 0 68135