langgar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 25 Dec 2021 07:53:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png langgar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Op Ambang Krismas 2021: 33 Dikompaun Langgar SOP, 35 Saman Trafik Kesalahan Lalu Lintas https://sabahmedia.com/2021/12/25/op-ambang-krismas-2021-33-dikompaun-langgar-sop-35-saman-trafik-kesalahan-lalu-lintas/ https://sabahmedia.com/2021/12/25/op-ambang-krismas-2021-33-dikompaun-langgar-sop-35-saman-trafik-kesalahan-lalu-lintas/#respond Sat, 25 Dec 2021 07:51:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10285
Read Time:1 Minute, 25 Second

PENAMPANG: Seramai 33 individu yang sedang leka berhibur dikompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dan seorang penjaga premis telah ditahan atas kesalahan menjalankan aktiviti pusat hiburan tanpa lesen dalam Op Ambang Krismas 2021 yang dijalankan di sini, semalam.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook rasmi POLIS Daerah Penampang, Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Ibrahim yang juga mengetuai operasi tersebut berkata, operasi yang bermula pada jam 10 malam sehingga jam 3 pagi itu dijalankan bersama lapan orang ketua-ketua bahagian dan lima pegawai kanan polis serta 51 anggota polis.

Op Ambang Krismas 2021, Penampang
Op Ambang Krismas 2021, Penampang. /Foto IPD Penampang.

Menurut Mohd Haris, sebanyak tiga sekatan jalan raya telah didirikan iaitu di Jalan Kota Kinabalu – Penampang (hadapan SMK Bahang), Jalan Kota Kinabalu – Penampang (berhadapan Plaza 333) dan Jalan Papar – Kota Kinabalu (berhadapan Public Bank Putatan).

“Dalam pada itu, sebanyak 35 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas antaranya, tidak memiliki lesen memandu, tamat cukai jalan dan ubah suai kenderaan tidak mengikut spesifikasi,”katanya.

Mohd Haris turut menyatakan, operasi ini disertai oleh semua bahagian antaranya Bahagian Siasatan Jenayah, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Cawangan Khas yang turut melibatkan sebanyak 13 kumpulan Rondaan Cegah Jenayah.

“Operasi kali ini tidak hanya tertumpu kepada pusat – pusat hiburan tetapi turut melibatkan beberapa sekatan jalan raya bagi memburu pesalah – pesalah yang masih ingkar mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan”, tegasnya.

Beliau menegaskan, tiada pihak yang terkecuali untuk dikenakan tindakan sekiranya masih degil dan pihak polis tidak akan berkompromi.

“Operasi ini dijalankan antara lainnya juga sebagai iktibar kepada masyarkat khususnya di daerah Penampang bahawa polis sentiasa komited dalam menguatkuasakan undang-undang,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/25/op-ambang-krismas-2021-33-dikompaun-langgar-sop-35-saman-trafik-kesalahan-lalu-lintas/feed/ 0 10285
Seorang Lelaki Maut Langgar Kerbau https://sabahmedia.com/2021/06/09/seorang-lelaki-maut-langgar-kerbau/ https://sabahmedia.com/2021/06/09/seorang-lelaki-maut-langgar-kerbau/#respond Wed, 09 Jun 2021 08:45:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=864
Read Time:51 Second

9 JUn 2021

Normimie Diun

[email protected]

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang melanggar seekor kerbau di Jalan Kionsom, Inanam dekat sini, semalam.(8 Jun 2021)

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Polis (ACP) Mohd Zaidi Abdullah mengesahkan kejadian itu, berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku pada jam 7.35 malam, semasa mangsa Muhizan Shazry Simon,25, menunggang motosikal jenis Modenas Kriss bersendirian dari arah Inanam menuju ke rumah rakannya di Kampung Kionsom.

“Menurut keterangan saksi yang tiba awal di tempat kejadian, mendapati mangsa sudah terbaring dalam keadaan parah bersama motosikal yang ditunggang dan saksi turut melihat seekor kerbau yang cedera di tengah jalan namun kerbau itu telah beredar dari lokasi selepas kemalangan itu,” katanya.  

Mohd Zaidi berkata, “berikutan kejadian itu, mangsa berbangsa Dusun, berasal dari Kampung Poring, Ranau itu maut ditempat kejadian dan telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Likas.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987 arahan SIO (T),”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/09/seorang-lelaki-maut-langgar-kerbau/feed/ 0 864