Lantik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 23 Jan 2024 06:14:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Lantik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga penjawat awam direman, guna kedudukan lantik syarikat milik keluarga https://sabahmedia.com/2024/01/23/tiga-penjawat-awam-direman-guna-kedudukan-lantik-syarikat-milik-keluarga/ https://sabahmedia.com/2024/01/23/tiga-penjawat-awam-direman-guna-kedudukan-lantik-syarikat-milik-keluarga/#respond Tue, 23 Jan 2024 06:14:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48386
Read Time:56 Second

LABUAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan telah menahan reman tiga penjawat awam di sebuah jabatan kerana menggunakan kedudukan dan jawatan dengan melantik sebuah syarikat milik ahli keluarga membabitkan kerja pembekalan alatan sukan dianggarkan bernilai RM80,000.

Perintah reman selama lima hari bermula hari ini sehingga 28 Januari 2024 terhadap ketiga-tiga suspek yang berusia sekitar 40-an telah dikeluarkan oleh Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Labuan, pagi ini.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek telah menggunakan kedudukan dan jawatan apabila melantik dua syarikat iaitu salah satunya milik isteri manakala salah satu lagi milik adik kandung salah seorang daripada mereka bagi kerja-kerja pembekalan alatan sukan dengan kontrak dianggarkan berjumlah RM80,000.

“Siasatan awal mendapati kontrak ini membabitkan kerja-kerja pembekalan alatan sukan untuk sekolah-sekolah di Labuan sekitar tahun 2018 hingga 2021.

“Ketiga-tiga suspek telah ditahan sekitar jam 7 hingga 8 malam semalam ketika hadir di Pejabat SPRM Labuan dan direkodkan keterangan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Labuan, Datu Robbyie Shym Datu Pindatun ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/23/tiga-penjawat-awam-direman-guna-kedudukan-lantik-syarikat-milik-keluarga/feed/ 0 48386
SAFA lantik pengurusan pasukan baharu untuk kejohanan tahun hadapan https://sabahmedia.com/2023/11/18/persiapan-awal-safa-untuk-kejohanan-tahun-hadapan/ https://sabahmedia.com/2023/11/18/persiapan-awal-safa-untuk-kejohanan-tahun-hadapan/#respond Sat, 18 Nov 2023 09:13:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45375
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Bola Sepak Negeri Sabah (SAFA) melakukan persiapan awal dengan melantik pengurusan pasukan baharu bagi menghadapi kejohanan besar yang bakal berlangsung tahun depan.

Ia termasuk pelantikan Naib Presiden, Datuk Fairuz Renddan sebagai Pengerusi Pasukan Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Piala Presiden dan Piala Belia bagi tahun 2024.

Manakala Asmey Ruddy pula dilantik sebagai pengurus pasukan Sabah untuk temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 yang diadakan di Sarawak, Ogos tahun hadapan.

Presiden SAFA, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pelantikan berkenaan dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat eksekutif yang diadakan baru-baru ini.

Selain itu katanya, Shamsuddin Mohd Shah diberi kepercayaan bagi menggantikan Datuk Abdul Rahman Zakaria untuk jawatan Setiausaha Agung SAFA.

“Penstrukturan semula jawatankuasa badan sukan ini amat penting bagi memastikan pembangunan dan pengurusan SAFA terus berjalan lancar.

“Semua mereka yang dilantik mempunyai pengalaman luas dalam dunia bola sepak dan sudah pasti mampu membawa kebaikan kepada sukan berkenaan di Sabah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shahelmey berkata, SAFA perlu melakukan persediaan sebaiknya dalam pembangunan sukan bola sepak di negeri ini.

Katanya, ia adalah tindakan awal untuk pelbagai kejohanan yang bakal berlangsung pada tahun 2024.

“Objektif seterusnya sudah pasti mempersiapkan pasukan bagi mengharungi setiap kejohanan kerana kita mahu menghasilkan pencapaian terbaik dalam setiap penyertaan.

“Sudah pasti, untuk memberi saingan kompetitif, saya lihat persiapan perlu dilakukan seawal mungkin,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/18/persiapan-awal-safa-untuk-kejohanan-tahun-hadapan/feed/ 0 45375