Lantik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 13 Jan 2023 05:01:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Lantik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Negeri lantik pengerusi baharu bagi Qhazanah Sabah Berhad dan Sabah Development Berhad https://sabahmedia.com/2023/01/13/kerajaan-negeri-lantik-pengerusi-baharu-bagi-qhazanah-sabah-berhad-dan-sabah-development-berhad/ https://sabahmedia.com/2023/01/13/kerajaan-negeri-lantik-pengerusi-baharu-bagi-qhazanah-sabah-berhad-dan-sabah-development-berhad/#respond Fri, 13 Jan 2023 05:01:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27816
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Datuk Dr Yusof Yacob dilantik sebagai pengerusi cabang pelaburan strategik kerajaan negeri, Qhazanah Sabah Berhad berkuat kuasa serta-merta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin itu menerima watikah pelantikan daripada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu majlis ringkas di pejabatnya di Menara Kinabalu disini, hari ini.

Hadir sama Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.

Hajiji dan Masidi (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama pengerusi baharu Qazanah Sabah Berhad Datuk Dr Yusof Yacob dan pengerusi Sabah Development Berhad (SDB) Datuk Frankie Poon (kanan). – Foto ihsan JKM Sabah

Dalam majlis yang sama, Hajiji turut menyampaikan watikah pelantikan kepada Adun Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon selaku pengerusi Sabah Development Berhad (SDB).

Pelantikan ketua parti DAP Sabah itu juga berkuat kuasa serta-merta.

Mengucapkan tahniah kepada Dr Yusof dan Poon atas pelantikan itu, Hajiji berharap mereka dapat melakukannya
untuk menyumbang kepada pertumbuhan syarikat milik kerajaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/13/kerajaan-negeri-lantik-pengerusi-baharu-bagi-qhazanah-sabah-berhad-dan-sabah-development-berhad/feed/ 0 27816
Sekiranya tidak membebankan, kerajaan lantik doktor kontrak ke jawatan tetap – Bung https://sabahmedia.com/2021/07/28/sekiranya-tidak-membebankan-kerajaan-lantik-doktor-kontrak-ke-jawatan-tetap-bung/ https://sabahmedia.com/2021/07/28/sekiranya-tidak-membebankan-kerajaan-lantik-doktor-kontrak-ke-jawatan-tetap-bung/#respond Wed, 28 Jul 2021 11:10:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3708
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan Dato Sri Bung Moktar Radin mencadangkan kepada kerajaan agar menyerapkan doktor yang dilantik secara kontrak ke jawatan tetap.

“Doktor yang tidak berjawatan tetap memohon untuk diserapkan ke jawatan tetap jika tidak membebankan kerajaan,” kata Bung ketika mencelah ucapan Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Dr Shahidn Kassim pada sesi perbahasan Mesyuarat Khas Penggal Ketiga majlis Parlimen ke-14 Sidang dewan rakyat kemarin.

Menurut Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri terdapat keperluan untuk menambah bilangan doktor di negara ini khususnya di Sabah bagi membantu dan merawat pesakit khususnya COVID-19 yang semain meruncing ketika ini.

“Malah kalau pun tidak dapat dilantik secara tetap, doktor kontrak ini, kerajaan perlu mempertimbangkan untuk melantik mereka secara kontrak dalam tempoh yang sesuai contohnya menawarkan kontrak perkhidmatan empat tahun kepada golongan itu, berbanding kontrak dua tahun sahaja bagi membolehkan mereka menjalani ujian kepakaran.

“Kerajaan perlu memberi keutamaan untuk menyelesaikan isu ini memandangkan petugas kesihatan termasuk petugas berstatus kontrak terpaksa memikul beban yang berat susulan peningkatan kes COVID-19 dalam negara pada masa ini,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/28/sekiranya-tidak-membebankan-kerajaan-lantik-doktor-kontrak-ke-jawatan-tetap-bung/feed/ 0 3708