Lapangan Terbang Tawau – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 07 Oct 2024 11:53:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Lapangan Terbang Tawau – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lapangan Terbang Tawau bakal lebih luas, dilengkapi pendingin hawa https://sabahmedia.com/2024/10/07/lapangan-terbang-tawau-bakal-lebih-luas-dilengkapi-pendingin-hawa/ https://sabahmedia.com/2024/10/07/lapangan-terbang-tawau-bakal-lebih-luas-dilengkapi-pendingin-hawa/#respond Mon, 07 Oct 2024 11:53:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61841
Read Time:1 Minute, 55 Second

BERNAMA

Tawau : Bangunan Lapangan Terbang Tawau di sini akan dinaik taraf menjadi lebih luas serta dilengkapi pendingin hawa, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata kerajaan sudah menyenarai pendek 16 kontraktor untuk dinilai serta proses lantikan kontraktor utama dijangka dimuktamadkan awal tahun depan.

Loke berkata pihaknya mengambil maklum isu kesesakan lapangan terbang itu susulan peningkatan kemasukan pelancong memandangkan Tawau merupakan pintu masuk ke destinasi pelancongan seperti Semporna. 

“Kapasiti Lapangan Terbang Tawau ini asalnya 1.5 juta penumpang setahun dan purata waktu puncak satu jam ialah 400 penumpang sahaja, tetapi ketika ini melebihi kapasiti. Tahun 2023 direkodkan kemasukan 1.71 juta penumpang dan tahun ini pertumbuhan penumpang dijangka lebih baik, kerana terdapat banyak penerbangan terus masuk daripada China.

“Pergerakan kargo juga meningkat 13,000 metrik tan kargo pada tahun lalu berbanding hanya 4,000 metrik tan dikendalikan di Lapangan Terbang Tawau pada 2019, kargo ini kebanyakan produk segar seperti makanan laut. Kita melihat potensi cukup besar sebab itu kerajaan bersetuju untuk menaik taraf,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lapangan terbang berkenaan hari ini.

Loke berkata kos naik taraf dianggarkan bernilai RM130 juta serta berharap projek itu dapat dimulakan awal tahun hadapan dan siap dalam tempoh tiga tahun.

“Memang saya lihat bahawa bangunan terminal sekarang ini usang dan keadaan tidak begitu baik, selain pelbagai kemudahan perlu ditambah baik demi meningkatkan imej Tawau.

“Keluasan lantai (terminal) akan ditingkatkan daripada 15,800 meter persegi menjadi 23,500 meter persegi, kaunter daftar masuk akan ditambah daripada 12 menjadi 20 kaunter dan paling penting terminal ini akan dilengkapi penuh pendingin hawa,” katanya.

Menurutnya projek naik taraf itu akan meningkatkan kapasiti tampungan daripada 1.5 juta kepada 2.5 juta penumpang setahun dan kawasan lapangan terbang diperluas hampir 50 peratus, selain mengindahkan landskap dalaman bangunan.

Di samping itu, beliau turut mengarahkan Malaysian Airport Holding Berhad (MAHB) memasang penyejuk udara di kawasan tumpuan penumpang menunggu termasuk kawasan daftar masuk, sementara projek naik taraf siap. 

“Selain itu aspek papan tanda di kawasan lapangan terbang termasuk penggunaan bahasa seperti Mandarin dan Arab juga perlu ditambah baik, saya juga mengarahkan MAHB menempatkan kakitangan fasih bahasa asing seperti Mandarin dan bertindak sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan bagi membantu pelancong,” katanya.

Loke menambah pembangunan lapangan terbang itu membolehkan lebih ramai pelancong berkunjung ke Sabah sekali gus memberikan tempias besar kepada ekonomi penduduk dan negeri.- BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/07/lapangan-terbang-tawau-bakal-lebih-luas-dilengkapi-pendingin-hawa/feed/ 0 61841
Lapangan Terbang Tawau lakar sejarah buka laluan penerbangan carter antarabangsa pertamanya https://sabahmedia.com/2024/01/24/lapangan-terbang-tawau-lakar-sejarah-buka-laluan-penerbangan-carter-antarabangsa-pertamanya/ https://sabahmedia.com/2024/01/24/lapangan-terbang-tawau-lakar-sejarah-buka-laluan-penerbangan-carter-antarabangsa-pertamanya/#respond Wed, 24 Jan 2024 08:16:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48438
Read Time:1 Minute, 27 Second

TAWAU: Tawau melakar sejarah penerbangan carter sulung dari Nanjing (NKG), China ke Tawau (TWU) pada Selasa, menandakan satu kejayaan bagi Lapangan Terbang Tawau, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew.

Beliau berkata Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dengan bangganya mengumumkan permulaan penerbangan carter yang menghubungkan Nanjing, China ke Tawau, Sabah oleh Firefly Airlines, dan Tourism Malaysia (TM) turut memainkan peranan dalam pembangunan laluan penerbangan baharu ini.

Menurut Christina, penerbangan carter ini merupakan penerbangan antarabangsa pertama untuk Lapangan Terbang Tawau membawa masuk ketibaan pertama seramai 157 penumpang pada jam 5.55 pagi Selasa.

Beliau berkata Firefly akan mengendalikan penerbangan carter tiga kali seminggu, yang dijadualkan tiba di Tawau setiap Selasa, Khamis dan Sabtu, dengan kapasiti 540 tempat duduk seminggu sehingga akhir Mac ini.

“Kami sangat mengalu-alukan rakan-rakan Cina kami dan berharap dapat mempamerkan khazanah budaya dan alam semula jadi Sabah yang unik.

“Pelancaran penerbangan terus dari Nanjing ke Tawau adalah bukti daya tarikan wilayah kita yang semakin meningkat sebagai destinasi pelancongan. Saya teruja laluan baharu ini akan menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan Tawau sebagai destinasi antarabangsa yang terkemuka.

“Pada masa ini, Sabah menerima 42 penerbangan berjadual mingguan dari Beijing, Shanghai, Guangzhou, Shenzhen, Hangzhou dan Wuhan ke Kota Kinabalu dengan kapasiti 7,520 tempat duduk seminggu,” kata Christina dalam satu kenyataan semalam.

Pengerusi Sri Pelancongan Sabah Ken Pan mewakili Christina pada majlis menyambut ketibaan penumpang penerbangan itu.

Peranan beliau adalah untuk mengawasi kelancaran ketibaan penerbangan dengan Pengurusan Lapangan Terbang Tawau bagi pihak ejen pelancongan di China.

Turut hadir Pengurus Kanan Pemasaran STB Humphrey Ginibun yang mewakili Lembaga Pengarah.

Pelancong yang berpangkalan di China yang berminat untuk menerokai keindahan Tawau boleh menempah penerbangan mereka dengan mudah melalui pelbagai agensi pelancongan dalam talian (OTAs) iaitu Ly.com, Ctrip, Qunar dan Fliggy.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/24/lapangan-terbang-tawau-lakar-sejarah-buka-laluan-penerbangan-carter-antarabangsa-pertamanya/feed/ 0 48438