lapangan terbang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 26 Sep 2025 07:54:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png lapangan terbang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kapasiti Lapangan Terbang Tawau meningkat 2.5 juta penumpang setahun selepas siap naik taraf https://sabahmedia.com/2025/09/26/kapasiti-lapangan-terbang-tawau-meningkat-2-5-juta-penumpang-setahun-selepas-siap-naik-taraf/ https://sabahmedia.com/2025/09/26/kapasiti-lapangan-terbang-tawau-meningkat-2-5-juta-penumpang-setahun-selepas-siap-naik-taraf/#respond Fri, 26 Sep 2025 07:48:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82030
Read Time:1 Minute, 25 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Projek menaik taraf Lapangan Terbang Tawau dijangka mengubah wajah lapangan terbang itu menjadi lebih moden dan selesa dengan kapasiti baharu sehingga 2.5 juta penumpang setahun apabila siap kelak.

Cadangan menaik taraf Lapangan Terbang Tawau. – Foto ihsan Kementerian Pengangkutan Malaysia

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, peningkatan kapasiti itu turut disokong dengan pengasingan penuh penumpang domestik dan antarabangsa mengikut piawaian antarabangsa, sekali gus menjadikan pengalaman perjalanan lebih lancar dan selamat.

“Lapangan terbang ini dibina dengan kapasiti asal 1.5 juta penumpang setahun, tetapi jumlah pengguna sudah mencecah 1.83 juta pada 2019, melebihi had sehingga 22 peratus. Maka, projek ini sangat mendesak untuk menampung pertumbuhan yang berterusan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Naik Taraf Lapangan Terbang Tawau, hari ini.

Projek bernilai RM120.9 juta itu diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dan melibatkan pembesaran terminal utama, penambahan jambatan udara, naik taraf apron pesawat serta sistem penghawa dingin, keselamatan, lif, eskalator, kawalan akses dan kemudahan moden lain.

Menurut Anthony, lapangan terbang yang dinaik taraf ini bakal menjadi pemangkin utama pertumbuhan pelancongan Sabah, merancakkan pembangunan ekonomi setempat serta memperkukuh kedudukan Tawau sebagai hab penerbangan penting di rantau Borneo.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) serta semua agensi berkaitan atas kerjasama menjayakan projek berimpak tinggi itu.

Dalam pada itu, katanya, projek ini turut merangkumi penambahbaikan kemudahan penerbangan seperti pembinaan jambatan udara baharu, apron pesawat yang lebih luas serta naik taraf sistem teknologi maklumat berkaitan perkhidmatan penerbangan.

“Bagi meningkatkan keselesaan pengguna, projek ini juga akan menyediakan kemudahan moden penumpang merangkumi penambahan kaunter daftar masuk, ruang tuntutan bagasi, kawasan komersial, selain kemudahan awam seperti tandas dan surau,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/26/kapasiti-lapangan-terbang-tawau-meningkat-2-5-juta-penumpang-setahun-selepas-siap-naik-taraf/feed/ 0 82030
Projek Pembesaran Lapangan Terbang Sandakan Siap Hujung Tahun Ini https://sabahmedia.com/2021/10/20/projek-pembesaran-lapangan-terbang-sandakan-siap-hujung-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2021/10/20/projek-pembesaran-lapangan-terbang-sandakan-siap-hujung-tahun-ini/#respond Wed, 20 Oct 2021 08:14:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7717
Read Time:49 Second

SANDAKAN: Projek Pembesaran Lapangan Terbang Sandakan di sini yang melibatkan kos RM80.9 juta dijangka siap hujung tahun ini.

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan memaklumkan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak telah meninjau projek itu pada Selasa dan mendapati kemajuan fizikalnya kini pada tahap 73 peratus.

“Baki kerja untuk bahagian ‘runway’ atau landasan adalah penyiapan kerja-kerja turapan termasuk penandaan landasan, pemasangan baki kerja akhir sistem lampu dan peralihan peralatan kaji cuaca serta jarak visual landasan (RVR).

“Bagi kerja-kerja di bahagian jalan rayap, baki kerja adalah penyiapan kerja-kerja turapan termasuk penandaan landasan serta pemasangan baki kerja akhir bagi sistem lampu aeronautik,” menurut kenyataan itu.

Projek itu dilaksana di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dengan skop melibatkan pemanjangan landasan daripada 2,133 meter kepada 2,500 meter, pembinaan sambungan jalan rayap yang baharu, pelebaran kawasan parkir pesawat dan naik taraf peralatan navigasi penerbangan.

Projek itu dilaksana selaras dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan industri pelancongan di Sabah terutama di Sandakan. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/20/projek-pembesaran-lapangan-terbang-sandakan-siap-hujung-tahun-ini/feed/ 0 7717