laporan polis – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 13 Aug 2025 01:08:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png laporan polis – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Fitnah kaitkan Exco Sabah dalam kes Zara Qairina, laporan polis dibuat https://sabahmedia.com/2025/08/13/fitnah-kaitkan-exco-sabah-dalam-kes-zara-qairina-laporan-polis-dibuat/ https://sabahmedia.com/2025/08/13/fitnah-kaitkan-exco-sabah-dalam-kes-zara-qairina-laporan-polis-dibuat/#respond Wed, 13 Aug 2025 01:08:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79145
Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu : Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Membakut pada Selasa membuat laporan polis berhubung hantaran di Facebook yang mengaitkan kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir,13, dengan anak Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Arifin bin Datuk Mohd Arif.

Setiausaha Gagasan Rakyat Bahagian Membakut Mohd Shamsul Husry Abdul Wahid berkata, hantaran itu didakwa sarat dengan tuduhan palsu, fitnah, dan cubaan mencemarkan nama baik Exco Pendidikan itu.

Menurutnya lagi, tuduhan itu jelas tidak benar dan bersifat provokasi yang boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat serta mengganggu siasatan kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina yang sedang dijalankan.

“Seperti dinyatakan YB Datuk Dr. Mohd Arifin pada 9 Ogos lalu, Farisya Maisara bukan anak beliau dan tiada seorang pun anaknya yang bersekolah atau pernah bersekolah di SMKA Tun Datu Mustapha, Papar,” katanya.

Beliau menyifatkan kenyataan tidak bertanggungjawab itu berunsur hasutan awam, niat jahat, dan berpotensi mengancam keselamatan serta maruah keluarga mangsa dan pihak yang difitnah.

Shamsul turut menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook terlibat, sambil memaklumkan bahawa peguam mereka sedang meneliti langkah untuk memfailkan saman.

Beliau menasihatkan mana-mana pihak agar segera menghentikan penyebaran fitnah berhubung kes ini.

Terdahulu, dalam laporan itu, Shamsul menjelaskan pihaknya mahu siasatan segera terhadap beberapa pemilik akaun Facebook terlibat atas tuduhan palsu dan kenyataan fitnah yang dimuat naik secara terbuka.

Selain itu, laporan itu turut memohon pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun mereka yang menyebarkan hantaran fitnah tersebut. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/13/fitnah-kaitkan-exco-sabah-dalam-kes-zara-qairina-laporan-polis-dibuat/feed/ 0 79145
Gagasan Rakyat Sindumin lapor polis terhadap kenyataan fitnah Albert Tei https://sabahmedia.com/2025/07/03/gagasan-rakyat-sindumin-lapor-polis-terhadap-kenyataan-fitnah-albert-tei/ https://sabahmedia.com/2025/07/03/gagasan-rakyat-sindumin-lapor-polis-terhadap-kenyataan-fitnah-albert-tei/#respond Thu, 03 Jul 2025 08:29:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76619
Read Time:1 Minute, 31 Second

Sipitang: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sindumin hari ini membuat satu laporan polis terhadap Albert Tei Jiann Chieng berhubung dakwaan berunsur fitnah dan tohmahan serius yang disiarkan secara terbuka melalui media sosial.

Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Daerah Sipitang pada jam 8.56 pagi tadi oleh Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Sindumin Helmy Saidin.

Ini selepas satu video siaran media tular di laman Facebook yang menunjukkan Albert membuat pelbagai tuduhan terhadap pimpinan negeri dan pusat termasuk Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor serta

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob.

Dalam laporan itu, Helmi menyatakan, Albert mempertikaikan siasatan dan pendakwaan ke atas beberapa individu politik, serta mengaitkan tujuh lagi ADUN termasuk Ketua Menteri, dengan dakwaan tidak berasas. 

Malah, beliau turut membuat spekulasi terhadap kemungkinan dirinya dianiaya termasuk dibunuh atau diculik.

Antara kenyataan Albert yang dipetik termasuk, “bagaimana dengan jerung-jerung yang tertinggal itu? Dua orang sahaja dituduh. Bagaimana dengan tujuh orang lagi? Terutamanya Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.”

“Saya menyuruh seluruh rakyat Malaysia menjadi saksi hari ini jika saya mengalami sebarang musibah selepas ini, saya dibunuh ke, diculik ke, saya hilang tiba-tiba.”

Menurut Helmi, kenyataan tersebut secara langsung memberi gambaran bahawa Ketua Menteri Sabah dan YB Datuk Dr Yusof Yacob telah melakukan kesalahan undang-undang, campur tangan dalam proses pendakwaan dan siasatan SPRM dan terlibat dalam perancangan jenayah terhadap Albert termasuk penculikan dan pembunuhan.

Tambah Helmy lagi, tindakan Albert dianggap sebagai cubaan mencemar imej pemimpin negeri serta institusi perundangan negara, dan sebagai satu fitnah jenayah, hasutan, serta penghinaan terhadap sistem kehakiman.

Sehubungan itu, Helmy meminta pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Albert di bawah peruntukan undang-undang.

Katanya, ini termasuklah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (Fitnah Jenayah), Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/03/gagasan-rakyat-sindumin-lapor-polis-terhadap-kenyataan-fitnah-albert-tei/feed/ 0 76619
Mazlan buat laporan polis terhadap kenyataan fitnah Albert Tei https://sabahmedia.com/2025/07/01/mazlan-buat-laporan-polis-terhadap-kenyataan-fitnah-albert-tei/ https://sabahmedia.com/2025/07/01/mazlan-buat-laporan-polis-terhadap-kenyataan-fitnah-albert-tei/#respond Tue, 01 Jul 2025 12:45:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76498
Read Time:55 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Mazlan Joehari Manan hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan berunsur fitnah dan hasutan jahat terhadap Ketua Menteri Sabah.

Kenyataan tersebut didakwa dibuat oleh seorang ahli perniagaan, Albert Tei dalam satu sidang media yang diadakan di perkarangan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu semalam.

Sehubungan dengan itu, satu laporan polis mengenai kenyataan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu petang tadi.

Menurut Mazlan, kenyataan tersebut bukan sahaja bersifat palsu dan berniat jahat, malah turut menghina Ketua Menteri Sabah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), serta Jabatan Peguam Negara (JPN).

“Memandangkan kes Albert dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kini sedang dibicarakan di Mahkamah, beliau tidak seharusnya membuat kenyataan kepada media yang memberi persepsi negatif serta memburukkan pihak-pihak lain secara langsung mahupun tidak langsung,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa tindakan Albert itu boleh dianggap sebagai penghinaan terhadap mahkamah atau ‘subjudis’, kerana mencampuri urusan perbicaraan yang sedang berlangsung.

“Laporan polis berkenaan dibuat agar siasatan dan tindakan penguatkuasaan undang-undang yang sewajarnya dapat diambil terhadap Albert,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/01/mazlan-buat-laporan-polis-terhadap-kenyataan-fitnah-albert-tei/feed/ 0 76498
4 laporan polis dibuat, sebar video fitnah Masiung & Hajiji https://sabahmedia.com/2024/08/13/4-laporan-polis-dibuat-sebar-video-fitnah-masiung-hajiji/ https://sabahmedia.com/2024/08/13/4-laporan-polis-dibuat-sebar-video-fitnah-masiung-hajiji/#respond Tue, 13 Aug 2024 03:03:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58945
Read Time:2 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU; Empat laporan polis telah dibuat berhubung penyebaran dua video berunsur fitnah ke atas Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang tular di laman sosial sejak Jumaat lalu.

Kesemua laporan polis berkenaan dibuat dua di Balai Polis Sandakan, masing-masing satu aduan di Balai Polis Penampang dan Balai Polis Karamunsing.

Kedua-dua video itu sengaja dimuat naik oleh individu tidak bertanggungjawab yang bertujuan mengaibkan kedua-dua pemimpin terbabit.

Berikutan aduan itu, polis telah membuka satu kertas siasatan bagi memburu individu yang bertanggungjawab terhadap penyebaran video berkenaan.

Willy Frous

Salah seorang pengadu, Willy Frous Darinsok yang juga Ketua Pemuda Gagasan Rakyat (Gagasan Rakyat) Bahagian Kuamut, menyifatkan penyebaran video berunsur fitnah itu adalah bermotifkan politik.

Video pertama berdurasi 2 minit 57 saat dimuat naik di laman sosial menuduh Masiung yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) mengambil komisen sebanyak RM2 juta daripada projek baharu lembaga itu.

Tuduhan itu katanya, tidak benar sama sekali kerana Masiung tidak mempunyai kuasa eksekutif meluluskan atau merobohkan bangunan lama itu kerana ia memerlukan kelulusan Kabinet Negeri.

Willy Frous berkata, sebaik sahaja polis menjalankan siasatan, pihaknya akan memfailkan kes tersebut ke Mahkamah bagi membawa pelaku ke muka pengadilan.

Selain itu, Masiung juga didakwa menghalau penghuni rumah pangsa Tanjung Aru dalam masa yang singkat tanpa melalui prosedur yang sah.

Menurut Willy Frous yang juga salah seorang pegawai di LPPB, bangunan Rumah Pangsa Tanjung Aru sudah berusia lebih 50 tahun di mana majikanya telahpun menerima laporan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Juru perunding bahawa struktur bangunan usang itu tidak selamat untuk didiami.

Katanya, LPPB juga telah mengeluarkan notis sejak awal 2021 lagi dan memberi tempoh cukup lama iaitu hampir empat tahun kepada penghuni supaya berpindah.

” Kebanyakan penghuni yang enggan berpindah mempunyai tunggakan sewa yang tinggi dan tidak membuat bayaran sewa bulanan.

” Bagaimanapun kini sejumlah besar penghuni sudahpun mengosongkan rumah dan cuma berbaki hampir 100 penghuni lagi yang enggan berpindah.

” Kesempatan itu telah digunakan oleh segelintir pemimpin pembangkang untuk mencari pengaruh politik peribadi sehingga wujudnya penyebaran video berunsur fitnah, ” jelasnya.

Willy Frost berkata, LPPB mempunyai rekod terperinci kerana ada penghuni enggan berpindah dengan alasan tertentu walaupun telah ditawarkan dengan rumah LPPB di tempat lain.

Sementara itu, seorang lagi individu, Kamarudin Mahalil, turut membuat aduan di Balai Polis Seguntur, Batu 8, Sandakan berhubung satu lagi video mengaitkan nama Masiung dan Hajiji dimuat naik di pelbagai laman sosial sejak Jumaat.

Kamarudim

Video berdurasi 1 minit 35 saat itu pula mengaitkan nama Masiung dan Hajiji berhubung projek kilang Klinker dan Simen di daerah Tongod.

Kamarudin percaya penyebaran video itu mempunyai kaitan dengan penyokong parti pembangkang yang cemburu melihat Kerajaan Negeri pimpinan Hajiji melakar kejayaan menerusi pelaburan bernilai RM1.2 bilion itu.

Dakwaan kononya rumah Wakil Rakyat Kuamut itu telah diserbu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung isu kilang Klinker dan Simen adalah fitnah semata-mata.

Setakat ini tidak ada kelibat pihak berkuasa sama ada LHDN, polis maupun Suruhanjaya Pencagah Rasuah Malaysia (SPRM) datang membuat serbuan ke rumah Naib Presiden Gagasan Rakyat itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/13/4-laporan-polis-dibuat-sebar-video-fitnah-masiung-hajiji/feed/ 0 58945
Biro Penerangan GRS buat laporan polis terhadap Azis Jamman https://sabahmedia.com/2024/06/03/biro-penerangan-grs-buat-laporan-polis-terhadap-azis-jamman/ https://sabahmedia.com/2024/06/03/biro-penerangan-grs-buat-laporan-polis-terhadap-azis-jamman/#respond Mon, 03 Jun 2024 00:32:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55427
Read Time:1 Minute, 5 Second

PENAMPANG: Biro Penerangan Gagasan Rakyat Sabah telah membuat laporan polis terhadap Ketua Penerangan Parti Warisan (WARISAN), Datuk Mohd Azis Jamman susulan tuduhan menyamakan komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sama seperti ‘Firaun’.

Laporan dibuat oleh dua Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Halil Ruffli dan Tsabbit Mukti di Balai Polis Penampang pada Sabtu (1 Jun).

Halil berkata kenyataan Azis Jamman sangat berniat jahat seolah-olah GRS itu kerajaan yang zalim dan disamakan dengan firaun, manakala pemimpin-pemimpin warisan adalah seperti Nabi Musa.

“Ucapan Azis Jamman ini sangat jelas menghasut rakyat dengan menggunakan agama bagi memesongkan akidah rakyat.

“Kita sedia maklum rakyat negeri ini sangat menolak extremist yang menggunakan agama demi kepentingan politik yang akhirnya akan membawa kepada perpecahan keharmonian rakyat Sabah yang selama ini telah wujud.

“Oleh itu saya menyeru kepada masyarakat Sabah agar tidak terpengaruh dengan cara politik sedemikian” kata Halil.

Sementara itu, Tsabbit yang juga AJK Biro Penerangan PGRS Pusat berkata mana-mana pihak bebas berkempen kerana Pilihan Raya Negeri akan berlaku tidak lama lagi tapi tidak patut menyamakan parti lawan sebagai ‘firaun’.

“Kita faham Pilihan Raya Negeri Sabah akan berlaku dalam tempoh lebih kurang setahun dari sekarang.

“Mana-mana pihak bebas untuk berkempen tapi ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk pemimpin politik menyamakan parti lawan sebagai ‘firaun’. Firaun adalah sejahat- jahat manusia,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/03/biro-penerangan-grs-buat-laporan-polis-terhadap-azis-jamman/feed/ 0 55427
Beri rasuah tarik balik laporan polis, penjawat awam ditahan SPRM https://sabahmedia.com/2023/02/16/beri-rasuah-tarik-balik-laporan-polis-penjawat-awam-ditahan-sprm/ https://sabahmedia.com/2023/02/16/beri-rasuah-tarik-balik-laporan-polis-penjawat-awam-ditahan-sprm/#respond Thu, 16 Feb 2023 11:28:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29659
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang penjawat awam di Beluran, Sandakan kerana memberi wang rasuah kepada seorang pengadu sebagai dorongan untuk menarik satu laporan polis terhadapnya.

Sumber berkata, suspek yang berusia lingkungan 40 tahun itu telah disiasat polis mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana terlibat dengan kes samun berkumpulan.

Katanya, pada 30 Oktober 2021, suspek kemudian menawar serta memberikan wang RM7,000 kepada pengadu sebagai dorongan supaya laporan polis berkenaan ditarik balik.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy Y. Subbiah ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan hari ini.

S. Karunanithy berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.

Menurutnya, suspek bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 beserta deposit RM1,000 dengan seorang penjamin.

“Suspek dijadualkan akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan dalam masa terdekat,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/16/beri-rasuah-tarik-balik-laporan-polis-penjawat-awam-ditahan-sprm/feed/ 0 29659