Lari – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 30 Jul 2024 10:15:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Lari – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Banduan lari dari mahkamah dan sembunyi dalam reban ayam, berjaya dicekup polis https://sabahmedia.com/2024/07/30/banduan-lari-dari-mahkamah-dan-sembunyi-dalam-reban-ayam-berjaya-dicekup-polis/ https://sabahmedia.com/2024/07/30/banduan-lari-dari-mahkamah-dan-sembunyi-dalam-reban-ayam-berjaya-dicekup-polis/#respond Tue, 30 Jul 2024 10:14:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58320
Read Time:1 Minute, 15 Second

KENINGAU: Seorang banduan lelaki yang melarikan diri dari Mahkamah Majistret Keningau dijumpai bersembunyi dalam reban ayam.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, pada jam lebih kurang 2.30 petang pada Isnin (29 Julai), suspek lelaki berusia 24 tahun sedang dibacakan hukuman oleh Majistret Keningau, Flavian Edward Henry di Kamar Mahkamah Majistret Keningau atas pertuduhan dibawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

“Sebaik sahaja hukuman penjara selama bulan dibacakan, suspek secara tiba-tiba telah melompat keluar dari kandang tertuduh, lalu menolak tingkap kaca dan melompat dari tingkat 2 dan terus sampai di atas bumbung garaj setinggi lebih kurang 2 meter, seterusnya melompat ke bawah dari bumbung garaj setinggi lebih kurang 4 meter dan terus berlari menghala ke pagar kawasan mahkamah sejauh lebih kurang 70 meter lalu memanjat keluar dan terus menghala ke jalan raya utama berhampiran Bulatan Rusa, Pekan Keningau dan gagal dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Yampil berkata bertindak atas maklumat, pada jam lebih kurang 9.30 malam tadi, bertempat di kawasan perumahan kuarters kerajaan, berhampiran bangunan hospital lama Keningau, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) dan Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau telah berjaya menangkap suspek semasa sedang bersembunyi di dalam reban ayam.

“Tangkapan dibawa balik ke IPD Keningau untuk tindakan lanjut. Siasatan diteruskan,” katanya.

Terdahulu, suspek yang melarikan diri tu adalah antara
tujuh banduan dari lokap Balai Polis Keningau dibawa ke Mahkamah Keningau untuk sesi perbicaraan.

Menurut Yampil, suspek berkenaan mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau termasuk kes jenayah narkotik.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/30/banduan-lari-dari-mahkamah-dan-sembunyi-dalam-reban-ayam-berjaya-dicekup-polis/feed/ 0 58320
7 Diburu, 7 Lagi Berjaya Diberkas Di Kimanis https://sabahmedia.com/2021/11/10/7-diburu-7-lagi-berjaya-diberkas-di-kimanis/ https://sabahmedia.com/2021/11/10/7-diburu-7-lagi-berjaya-diberkas-di-kimanis/#respond Wed, 10 Nov 2021 05:42:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8309
Read Time:1 Minute, 5 Second

PAPAR – Seramai tujuh tahanan dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Kimanis berjaya diberkas semula manakala tujuh lagi sedang diburu polis selepas melarikan diri pada awal pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, semua tahanan warga Filipina berusia 22 hingga 43 tahun terbabit melarikan diri melalui bumbung tandas bangunan depoh berkenaan.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, selepas menerima laporan berhubung kejadian itu pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.

“Setakat jam 10.45 pagi ini, seramai tujuh orang tahanan berjaya ditahan semula kira-kira dua kilometer dari depoh berkenaan.

“Baki tujuh orang masih bebas dan kami percaya mereka masih berada di sekitar Papar,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar hari ini

Menurut Batholomew, berdasarkan siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, kesemua tahanan berjaya melarikan diri dari depoh berkenaan selepas mereka mengumpil atap zink tandas di bangunan terbabit.

“Tahanan berkenaan tinggal di blok tengah dan mereka umpil atap zink tandas lalu memanjat bumbung setinggi hampir dua meter. Kemudian mereka memotong pagar dengan alat pemotong dan melarikan diri. Bagaimanapun sebahagian daripada mereka berjaya ditahan semula seawal kira-kira jam 5 pagi tadi,” katanya.

Tambah Batholomew, usaha mengesan semua suspek masih dilakukan dengan melakukan sekatan jalan raya di tiga lokasi iaitu Kinarut, Papar dan Bongawan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/10/7-diburu-7-lagi-berjaya-diberkas-di-kimanis/feed/ 0 8309
3 Tahanan Positif COVID-19 Lari Dari PKRC Tawau https://sabahmedia.com/2021/09/05/3-tahanan-positif-covid-19-lari-dari-pkrc-tawau/ https://sabahmedia.com/2021/09/05/3-tahanan-positif-covid-19-lari-dari-pkrc-tawau/#respond Sun, 05 Sep 2021 10:07:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5857
Read Time:1 Minute, 24 Second

TAWAU: Polis Tawau melancarkan Ops Tutup dan Ops Kesan bagi mengesan tiga tahanan termasuk dua banduan yang telah melarikan diri dari Pusat Kawalan dan Rawatan COVID (PKRC) di Dewan Arena, Tawau, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata, dua banduan dan seorang lagi tahanan masih dalam perbicaraan (reman) itu merupakan warga asing didapati Positif COVID-19 dan menjalani kuarantin bagi pemantauan kesihatan bersama 13 lagi tahanan lain dan disedari telah melarikan diri kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Katanya, kesemua suspek melarikan diri melalui tingkap tandas selepas mengumpil gril tingkap tandas berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada media tengah hari tadi di salah satu Sekatan Jalan Raya (SJR) yang diaktifkan di Tawau.

Katanya, dua banduan terbabit dikenali sebagai Niko Matheus, 25, warga Indonesia sedang menjalani hukuman penjara 4 tahun dibawah Seksyen 457-Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah rumah dan Seorang lagi dikenali Jimnajir Annor, 23, warga Filipina menjalani hukuman penjara selama 2 bulan dan sebatan dibawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka (ARCT) 1953, Seksyen 6(1) IMG 1959 (PIN 2002).

Manakala seorang lagi tahanan dikenali Hasyim Muhamad, 34, warga Indonesia masih menjalani perbicaraan dan ditahan reman atas pertuduhan dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

ACP Peter berkata, pihaknya melancarakan Ops Tutup dan Ops Kesan di darat dengan melakukan Sekatan Jalanraya (SJR) di beberapa jalan utama di sekitar Tawau dan turut menjalankan pemeriksaan di laut dengan meminta bantuan Pasukan Polis Marin (PPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan elemen ESSCOM.

Beliau meminta orang awam yang memiliki maklumat ketiga-tiga banduan dan tahanan dikehendaki tersebut agar menyalurkan maklumat kepada pihak Polis di mana-mana balai polis berhampiran. –INFO BES TAWAUfm

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/05/3-tahanan-positif-covid-19-lari-dari-pkrc-tawau/feed/ 0 5857