Larian charity – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 25 Apr 2026 02:35:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Larian charity – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih 700 peserta sertai ‘Health Care Charity Run’ 2026 https://sabahmedia.com/2026/04/25/lebih-700-peserta-sertai-health-care-charity-run-2026/ https://sabahmedia.com/2026/04/25/lebih-700-peserta-sertai-health-care-charity-run-2026/#respond Sat, 25 Apr 2026 01:59:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95504
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Lebih 700 peserta dari seluruh Sabah hadir memeriahkan program ‘Health Care Charity Run 2026’ yang dianjurkan Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1  di sini pada Sabtu.

Program anjuran bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) itu dirasmikan Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Datuk Nizam Abu Bakar Titingan di Stadium Hoki, Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK).

Nizam ketika ditemui berkata, program seumpama itu dilihat dapat membantu dan mengumpul dana bagi disumbangkan kepada pihak memerlukan selain dapat menerapkan nilai-nilai budaya sihat dalam kalangan peserta.

“Saya difahamkan, program hari ini turut menyumbang dana kepada Persatuan Thalasemia Sabah. Jadi ini merupakan satu program yang cukup baik kerana di samping kita mengadakan larian, ia juga dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan khususnya kepada pesakit-pesakit talasemia di Sabah.

“Ini juga bertepatan dengan aspirasi Kementerian saya kerana selepas dilantik menjadi Menteri di Kementerian ini saya telah memfokuskan untuk menjadikan sukan massa ini  yang berbentuk komuniti ini supaya menjadi amalan dan budaya masyarakat di Sabah. Tidak kiralah orang muda atau orang tua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program ‘Health Care Charity Run 2026’ di sini.

Nizam berkata, pihaknya turut berharap agar ianya  dapat dianjurkan di masa-masa akan datang dan boleh menjadi contoh kepada kelab-kelab lain atau persatuan lain untuk menganjurkan program seumpama ini

“Saya difahamkan pihak penganjur larian ini  akan mengadakan setiap tahun dan insyaAllah kita di Kementerian akan memberikan sokongan,”‘katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, sebanyak RM3,000 sumbangan diserahkan kepada Persatuan Thalasemia Sabah. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/25/lebih-700-peserta-sertai-health-care-charity-run-2026/feed/ 0 95504