larian malaysia china – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 29 Jul 2025 02:29:58 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png larian malaysia china – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih 5,000 sertai larian persahabatan Malaysia-China 2025 di Kota Kinabalu https://sabahmedia.com/2025/07/29/lebih-5000-sertai-larian-persahabatan-malaysia-china-2025-di-kota-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2025/07/29/lebih-5000-sertai-larian-persahabatan-malaysia-china-2025-di-kota-kinabalu/#respond Tue, 29 Jul 2025 02:29:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78134
Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Lebih 5,000 peserta telah menyertai larian persahabatan Malaysia- China 2025 yang berlangsung di Padang Merdeka di sini pada Ahad.

Majlis pelepasan disempurnakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Christina Liew bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu T.Y.T. Dr. Zhu Xinglong.

Christina ketika ditemui berkata, pihaknya memuji pihak penganjur atas kejayaan acara tersebut yang dilihat berjaya menjadi platform bagi meraikan hubungan diplomatik yang kukuh dan erat antara Malaysia dan China.

“Saya berharap pelancong yang berminat akan turut serta dalam larian ini pada masa akan datang sebagai salah satu aktiviti tambahan semasa mereka berada di bandar ini,” katanya.

Beliau turut menyatakan rasa bangganya menjadi sebahagian daripada sambutan yang bermakna itu.

“Sebagai satu aktiviti pertukaran budaya dan sukan yang telah dianjurkan sejak bertahun-tahun, acara ini sangat bermakna kerana ia mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan China.

“Ini juga dapat meneruskan semangat persahabatan, saling menghormati dan persefahaman antara rakyat kedua-dua negara yang berkongsi aspirasi yang sama iaitu kepercayaan, keamanan dan keharmonian,” katanya.

Dalam pada itu, Hannah berkata, pihaknya akan terus komited menyokong inisiatif seperti ini yang menggalakkan penglibatan belia serta memupuk hubungan persahabatan antarabangsa.

Katanya, ia membuktikan sekali lagi bahawa sukan mampu merentasi sempadan negara. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/29/lebih-5000-sertai-larian-persahabatan-malaysia-china-2025-di-kota-kinabalu/feed/ 0 78134