larian MAPPA – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 13 Jul 2025 02:57:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png larian MAPPA – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih 2,500 peserta sertai MAPPA XX 2025 di Sabah https://sabahmedia.com/2025/07/13/lebih-2500-peserta-sertai-mappa-xx-2025-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/07/13/lebih-2500-peserta-sertai-mappa-xx-2025-di-sabah/#respond Sun, 13 Jul 2025 02:57:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77206
Read Time:48 Second

Kota Kinabalu : Seramai 2,515 orang peserta dari pelbagai sektor Kerajaan dan orang awam menyertai larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA XX) Zon Sabah ke-20 yang berlangsung di Stadium Likas di sini pada Sabtu.

Dari jumlah, seramai 1,700 peserta menyertai larian sejauh lima kilometer, manakala selebihnya menyertai larian sejauh 10 kilometer.

Pelepasan larian disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan turut dihadiri Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr Mohd Bakhari Ismail dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Seri Rosli Isa.

Larian MAPPA XX 2025 Wilayah Sabah merupakan siri jelajah keempat selepas Kuantan, Pahang; Batu Kawan, Pulau Pinang dan Kuching, Sarawak.

Program ini mencerminkan komitmen bersama bahawa budaya hidup sihat adalah tanggungjawab kolektif yang merentas jabatan dan komuniti.

Ia selari dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan nilai kesejahteraan dan kebersamaan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/13/lebih-2500-peserta-sertai-mappa-xx-2025-di-sabah/feed/ 0 77206