Larian – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 09 Dec 2025 05:59:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Larian – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Fifiana buktikan keupayaan pelari Sabah di Ultra Trail Dunia UTMB https://sabahmedia.com/2025/12/09/fifiana-buktikan-keupayaan-pelari-sabah-di-ultra-trail-dunia-utmb/ https://sabahmedia.com/2025/12/09/fifiana-buktikan-keupayaan-pelari-sabah-di-ultra-trail-dunia-utmb/#respond Tue, 09 Dec 2025 05:56:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87980
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Seorang gadis kecil dari Sabah, Noor Hafizah Zubaidi, atau lebih dikenali sebagai Fifiana, melakar sejarah peribadi apabila membuat penampilan sulungnya dalam perlumbaan ultra trail berprestij, Chiang Mai UTMB (Ultra-Trail du Mont-Blanc) dari 5 hingga 7 Disember lepas di Chiang Mai, Thailand.

Acara antarabangsa itu dianjurkan oleh Running Connect Company Limited, dan merupakan salah satu kejohanan utama dalam siri dunia UTMB World Series—impian besar setiap pelari denai di seluruh dunia.

Dengan cabaran 160KM untuk penyertaan pertama, Fifiana berdepan cabaran fizikal dan mental yang luar biasa.

Laluan perlumbaan mencatatkan ketinggian mencecah 9,711 meter, dengan had masa ketat selama 48 jam serta cut-off time di setiap water station dan checkpoint yang memerlukan fokus penuh untuk tiba ke garisan penamat.

“Ini adalah impian setiap pelari denai, dan saya mahu menggapai impian pertama saya untuk menamatkan larian 160KM di sini,” katanya.

Walaupun ini adalah kejohanan UTMB pertamanya, sepanjang tahun ini, Fifiana telah menyertai sembilan acara Marathon Jalan Raya di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Kudat, Miri, Kuching, Putrajaya, Kuala Lumpur serta Osaka, Jepun.

Fifiana berasal dari Tamparuli juga pernah menyertai dua acara trail marathon di Sabah iaitu Kadamaian Adventure Race (60KM) dan TMBT (50KM).

Ia menggambarkan dedikasinya yang tinggi terhadap dunia larian, baik di jalan raya mahupun denai.

Selain aktif bertanding, Fifiana turut memimpin komuniti pelari di Kota Kinabalu dikenali sebagai RUNSYND.

Komuniti ini menganjurkan sesi latihan percuma dan berbayar untuk pelari baru dan berpengalaman, sambil sama-sama berkongsi ilmu serta membina budaya larian yang sihat di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/09/fifiana-buktikan-keupayaan-pelari-sabah-di-ultra-trail-dunia-utmb/feed/ 0 87980
280 peserta sertai ‘Tropical Rainforest Run 2024’ Ahad ini https://sabahmedia.com/2024/11/22/280-peserta-sertai-tropical-rainforest-run-2024-ahad-ini/ https://sabahmedia.com/2024/11/22/280-peserta-sertai-tropical-rainforest-run-2024-ahad-ini/#respond Fri, 22 Nov 2024 09:08:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64211
Read Time:1 Minute, 27 Second

Tawau : Seramai 280 peserta dari enam buah negara bakal menyertai ‘Tropical Rainforest Run 2024’ yang akan berlangsung di Taman Bukit Tawau Ahad ini.

Peserta yang menyertai akan bersaing dalam larian sejauh 28 kilometer yang terbahagi kepada empat kategori iaitu Lelaki Terbuka (68); Lelaki Veteran (34); Perempuan Terbuka (54) dan Perempuan Veteran (24).

Daripada jumlah peserta menyertai, seramai 100 peserta akan menyertai acara ‘Fun Run’ sejauh enam kilometer.

Malaysia menjadi antara negara teramai menghantar peserta bagi larian sejauh 28 kilometer iaitu seramai 143 orang dan diikuti Singapura (12); Kenya (9); Indonesia (8); Brunei (6) dan Taiwan (2).

Manakala bagi ‘Fun Run’, Malaysia turut menghantar peserta teramai iaitu sebanyak 88 orang diikuti Thailand; Filipina dan Indonesia masing-masing tiga peserta dan China seorang.

Dalam satu kenyataan hari ini, larian itu  menawarkan pengalaman perlumbaan mendebarkan di salah satu hutan hujan yang paling kaya biodiversiti di dunia.

Acara larian itu turut memberi cabaran kepada peserta apabila melalui laluan mencabar Gunung Lucia dengan ketinggian 1,200 meter melibatkan larian sejauh 28 kilometer.

Bagi acara ‘Fun Run’ pelari akan meneroka laluan ke mata air panas sulfur berwarna turquoise dengan santai selain memberikan peluang untuk menikmati keindahan hutan hujan serta berpeluang melihat hidupan liar dan spesies tumbuhan endemik seperti ‘Orkid Telinga Gajah’ dan Begonia Lamriana.

Acara ini bertujuan mempromosikan pemuliharaan hutan hujan dan menonjolkan kekayaan biodiversiti Taman Bukit Tawau.

Peserta akan berpeluang berlari di kalangan pokok gergasi, termasuk Pokok Meranti Kuning (Shorea faguetiana), salah satu pokok tropika tertinggi di dunia.

Taman Bukit Tawau pernah memegang rekod pokok tertinggi sebelum penemuan pokok yang lebih tinggi di Lembah Danum.

Taman ini juga menjadi habitat pelbagai hidupan liar seperti ungka Borneo, monyet daun kelabu, monyet daun merah, burung enggang, dan kuang yang jarang ditemui. – SABAH MEDIA / FOTO SRI PELANCONGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/22/280-peserta-sertai-tropical-rainforest-run-2024-ahad-ini/feed/ 0 64211
Cuaca panas tidak halang peserta KAR tamatkan cabaran https://sabahmedia.com/2024/07/31/cuaca-panas-tidak-halang-peserta-kar-tamatkan-cabaran/ https://sabahmedia.com/2024/07/31/cuaca-panas-tidak-halang-peserta-kar-tamatkan-cabaran/#respond Wed, 31 Jul 2024 05:26:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58348
Read Time:1 Minute, 35 Second

Kota Belud : Cuaca panas yang melanda di beberapa kawasan di Sabah khususnya di daerah ini tidak menghalang untuk peserta larian Kadamaian Adventure Race (KAR) untuk menamatkan acara yang disertai.

Acara yang diadakan selama dua hari berlangsung hujung minggu lalu itu menyaksikan beberapa laluan digunakan termasuklah Bukit Bogung yang menjadi antara cabaran kepada peserta.

Bagi pelari Madjaran Danih,50, dia berjaya mengharungi cabaran tersebut untuk menamatkan perlumbaan sejauh 110 kilometer dalam masa 34 jam dan lima minit.

“Saya pernah menyertai kategori 109 km di acara lain, Most Beautiful Thing (TMBT) Ultra-Trail Marathon pada tahun 2022, tetapi tidak dapat menghabiskan perlumbaan disebabkan gastrik.

“Tetapi untuk acara KAR ini, laluan memang sukar, bukan sahaja kerana Bukit Bogung yang curam dan ketinggian keseluruhan 4381 meter, tetapi juga kerana suhu yang terasa seperti 40 darjah Celsius,” katanya.

Madjaran yang merupakan kakitangan hospital Queen Elizabeth 2 itu mengakui telah menyertai enam acara ultra-trail sejak 2018.

Madjaran, yang juga presiden Kool Runner Sabah berkata, meskipun mencabar namun pengalaman tersebut adalah sebagai memuaskan bagi pelari yang gemar pengembaraan yang mendebarkan.

Dalam acara KAR 110 km, 195 peserta berjaya menamatkan perlumbaan, manakala 55 tidak berjaya menyelesaikannya. Dalam kategori 60 km, 196 berjaya menamatkan perlumbaan, dan 38 tidak berjaya.

Kategori lain termasuk 35 km dan 12 km.

KAR juga menyaksikan pelari elit Sabah memperoleh mata berharga untuk mewakili Malaysia dalam final Asia Trail Master pada bulan September.

Antara mereka adalah pemenang kategori lelaki untuk 110km Milton Amat yang menghabis larian dalam masa 16:45:59; diikuti tempat kedua Justin Giam dan seterusnya Haziq Asyraf.

Bagi kategori 110km wanita, Rejlen James menyempurnakan larian tersebut dalam masa 20:30:31; Adelinah Lintanga 21 jam dan 44 minit; manakala Dazaree Joannes 21 jam 46minit.

Lumba berprestij ini, di mana pelari boleh mengumpul mata untuk layak ke acara antarabangsa, menyaksikan beberapa peserta terpaksa menarik diri di pertengahan perlumbaan disebabkan oleh medan yang sukar dan suhu yang tinggi. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/31/cuaca-panas-tidak-halang-peserta-kar-tamatkan-cabaran/feed/ 0 58348
Lebih 500 peserta sertai Larian Pantai Pimping, bakal dijadikan kejohanan peringkat Borneo https://sabahmedia.com/2022/10/16/lebih-500-peserta-sertai-larian-pantai-pimping-bakal-dijadikan-kejohanan-peringkat-borneo/ https://sabahmedia.com/2022/10/16/lebih-500-peserta-sertai-larian-pantai-pimping-bakal-dijadikan-kejohanan-peringkat-borneo/#respond Sun, 16 Oct 2022 10:18:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=22911
Read Time:51 Second

MEMBAKUT : Lebih 500 peserta sekitar daerah ini dan pelbagai daerah lain di negeri ini menyertai Larian Pantai di sini baru-baru ini.

Larian yang diadakan di Pantai Pimping Membakut itu disempurnakan Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Program larian sejauh lima kilometer itu dianjurkan bersama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut; Pejabat Daerah Membakut dan Radu Team.

Ia juga turut disertai pelari dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Limbang Sarawak.

Arifin berkata, larian itu merupakan takwin terakhir 2022 yang telah disusun Pejabat ADUN Membakut dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Kimanis.

Katanya, sebelum ini beberapa program sukan lain turut dilaksanakan antaranya Hiking Bukit Tinubau, Larian Padi Membakut, Kejohanan Bola Sepak Tertutup Membakut dan Kejohanan Bola Tampar Wanita Jemputan Kimanis.

“Seperti larian padi, larian pantai juga akan dijadikan sebagai pertandingan tahunan dalam Takwim Membakut Cergas.

“Larian pantai juga akan kita diperluaskan penyertaannya ke peringkat Borneo,” katanya.

Beliau berharap larian itu akan dapat mempromosi Pantai Pimping sebagai salah satu destinasi pelancongan dan rekreasi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/10/16/lebih-500-peserta-sertai-larian-pantai-pimping-bakal-dijadikan-kejohanan-peringkat-borneo/feed/ 0 22911