latihan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 04 Sep 2025 00:01:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png latihan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 EX-Xiphias tingkat kesiapsiagaan hadapi bencana udara https://sabahmedia.com/2025/09/04/ex-xiphias-tingkat-kesiapsiagaan-hadapi-bencana-udara/ https://sabahmedia.com/2025/09/04/ex-xiphias-tingkat-kesiapsiagaan-hadapi-bencana-udara/#respond Thu, 04 Sep 2025 00:01:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80559
Read Time:1 Minute, 55 Second

Kota Kinabalu: Seminar dan Tabletop Latihan Kecemasan Aerodrom (EX-Xiphias 2025) menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama strategik serta meningkatkan kesiapsiagaan negara menghadapi insiden bencana udara.

Pengurus Kanan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Jefri Ramli berkata seminar berkenaan merupakan fasa awal sebelum pelaksanaan latihan berskala penuh yang dijadualkan pada Khamis.

“Program pada hari ini (semalam) amat penting kerana ia merupakan fasa awal sebelum pelaksanaan Latihan Berskala Penuh Aerodrome Emergency Exercise yang akan berlangsung di KKIA, esok (hari ini).

“Hari ini (semalam), kita akan memberi tumpuan kepada perbincangan perkongsian pengetahuan serta penyelarasan prosedur operasi antara semua agensi yang terlibat.

“Melalui seminar ini, para peserta berpeluang meneliti semula Pelan Kecemasan Aerodrome menilai keberkesanan mekanisme komunikasi serta mengenalpasti potensi cabaran sebelum berhadapan dengan simulasi insiden sebenar dalam latihan penuh.

“Seterusnya tabletop exercise akan memberi ruang kepada kita untuk menguji keupayaan koordinasi dan kerjasama rentas agensi dalam suasana terkawal supaya tindakan esok dapat dijalankan dengan lebih lancar, tepat dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar dan Latihan Kecemasan Aerodrom EX-Xiphias Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu 2025 di sini pada Rabu.

Menurut beliau, masa adalah faktor penentu dalam setiap operasi menyelamat bencana udara, justeru semua agensi perlu bertindak pantas, teratur dan saling melengkapi agar operasi mencari serta menyelamat dapat dijalankan dengan berkesan.

Sesi tabletop itu menghimpunkan lebih 100 peserta daripada pelbagai agensi keselamatan, kesihatan, pertahanan serta pihak industri penerbangan.

Antara yang terlibat termasuk Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Airport Fire and Rescue Service (AFRS), Aviation Security (AVSEC), Unit Operasi MASB KKIA, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Hospital Queen Elizabeth, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), syarikat penerbangan AirAsia, Batik Air Malaysia serta Pertubuhan Sukarela seperti St. John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).

Menariknya, seramai 113 pelajar daripada Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) turut terlibat sebagai peserta dalam simulasi esok, yang bakal menguji koordinasi rentas agensi dalam suasana terkawal.

Jefri berkata, usaha bersama itu diharap menjadi asas penting dalam memperkukuh kefahaman, meningkatkan kemahiran teknikal serta memperluas jaringan kerjasama antara agensi, sekali gus memastikan tahap keselamatan dan kesiapsiagaan penerbangan di negara ini sentiasa berada pada tahap tertinggi.

Turut hadir, Pengurus Kanan AFRS MAHB Ardi Bin Habi , Pengurus AFRS KKIA Khairul Nizam Ahmad Nazarudin serta Biro Siasatan Kemalangan Udara Tentera Diraja Malaysia (TUDM) Brigedier Jeneral Tan Chee Kee.-

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/04/ex-xiphias-tingkat-kesiapsiagaan-hadapi-bencana-udara/feed/ 0 80559
Latihan Tindak Balas Kecemasan Pastikan Keselamatan Awam Selamat https://sabahmedia.com/2021/11/08/latihan-tindak-balas-kecemasan-pastikan-keselamatan-awam-selamat/ https://sabahmedia.com/2021/11/08/latihan-tindak-balas-kecemasan-pastikan-keselamatan-awam-selamat/#respond Mon, 08 Nov 2021 06:53:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8268
Read Time:50 Second

TUARAN: Syarikat Maja Warisan Sdn Bhd mengadakan Latihan Tindak Balas Kecemasan (Emergency Response Drill) 2021 di Jalan 4, Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), disini semalam.

Tujuan program adalah bagi memastikan urusan-urusan bagi mengangkut bahan selamat sampai ke destinasi dan tidak menjejaskan keselamatan awam.

Program dirasmikan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim.

Menurut wakil penganjur, program diadakan sebagai langkah persediaan sekiranya berlaku sebarang perkara melibatkan kecelakaan seperti kebakaran pada kenderaan, agar mereka tahu apa langkah keselamatan yang perlu dibuat.

“Latihan kecemasan adalah penting bagi memastikan perlindungan kepada semua orang semasa kecemasan berlaku.

“Ia juga bagi memastikan keadaan yang teratur dan sistematik apabila kejadian berlaku, kerana biasanya, orang akan panik semasa sebuah kejadian berlaku.

“Tetapi dengan latihan ini, ia dapat kurangkan ketegangan di dalam situasi itu, dan mereka dapat mempraktikkan tanggungjawab sebagai individu yang terlibat dalam pengendalian kecemasan kelak ” katanya.

Turut sama dijemput pada sesi tersebut ialah tiga anggota Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Tuaran.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/08/latihan-tindak-balas-kecemasan-pastikan-keselamatan-awam-selamat/feed/ 0 8268