Laut – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 05 Mar 2023 10:04:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Laut – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Perintah berkurung di ESSZONE dilanjutkan hingga 21 Mac https://sabahmedia.com/2023/03/05/perintah-berkurung-di-esszone-dilanjutkan-hingga-21-mac/ https://sabahmedia.com/2023/03/05/perintah-berkurung-di-esszone-dilanjutkan-hingga-21-mac/#respond Sun, 05 Mar 2023 10:04:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30329
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 21 Mac 2023.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, perintah berkurung itu meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Katanya, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dilarang menghampiri atau berada di kawasan diisytihar antara jam 6 petang hingga jam 6 pagi.

“Perintah ini diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan.

“Maklumat mendedahkan kumpulan yang menjalankan kegiatan Kidnapping For Ransom (KFR) dan kumpulan Abu Sayaf masih cuba menceroboh ke kawasan ini untuk melakukan penculikan dan lain-lain jenayah rentas sempadan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Idris berkata, perintah berkurung itu juga bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan rakyat berada di kawasan daratan ESSZONE.

Katanya, ia juga akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran pasukan keselamatan.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZONE bagi mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/05/perintah-berkurung-di-esszone-dilanjutkan-hingga-21-mac/feed/ 0 30329
Kerajaan Sabah menangguhkan pelaksanaan Cukai Jualan Negeri bagi eksport makanan laut https://sabahmedia.com/2021/08/06/kerajaan-sabah-menangguhkan-pelaksanaan-cukai-jualan-negeri-bagi-eksport-makanan-laut/ https://sabahmedia.com/2021/08/06/kerajaan-sabah-menangguhkan-pelaksanaan-cukai-jualan-negeri-bagi-eksport-makanan-laut/#respond Fri, 06 Aug 2021 11:40:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4153
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan menangguhkan pelaksanaan Cukai Jualan Negeri (SST) sehingga keadaan ekonomi bertambah baik.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan berkata, kerajaan juga akan menjalankan kajian lanjutan mengenai keadaan ekonomi di Sabah, terutama sekali situasi semasa industri perniagaan di wilayah ini.

“Kerajaan ambil maklum dan prihatin akan maklumbalas peniaga, terutama daripada industri makanan laut, terhadap pelaksanaan SST.

“Kerajaan juga memahami kebimbangan mereka, dan adalah tidak adil memberikan tekanan tambahan terhadap sektor swasta pada masa ini.

“Oleh itu, sebagai Menteri Pertanian dan Perikanan, kementerian saya telah membincangkan situasi ini dengan Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan, dan memutuskan bahawa, walaupun kita tidak dapat membatalkan cukai tersebut, pelaksanaan cukai ini ditunda serta merta ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak,” katanya dalam sebuah kenyataan di sini hari ini.

Jeffrey berharap penangguhan cukai penjualan ke atas industri eksport makanan laut akan memberi ruang bernafas bagi pemain industri.

Beliau juga menambah bahawa kerajaan akan sentiasa menyokong sektor swasta kerana sektor ini merupakan tulang belakang ekonomi Sabah dan penyumbang peluang pekerjaan terbesar di wilayah ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/06/kerajaan-sabah-menangguhkan-pelaksanaan-cukai-jualan-negeri-bagi-eksport-makanan-laut/feed/ 0 4153