Lawat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 22 Sep 2023 09:17:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Lawat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ketua Menteri lawat pameran SIE2023 https://sabahmedia.com/2023/09/22/ketua-menteri-lawat-pameran-sie2023/ https://sabahmedia.com/2023/09/22/ketua-menteri-lawat-pameran-sie2023/#respond Fri, 22 Sep 2023 09:17:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42291
Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor meluangkan masa melawat gerai pameran Ekspo Antarabangsa Sabah 2023 (SIE2023) di sini, hari ini.

Hajiji memulakan lawatannya di gerai pameran Thailand, pempamer asing terbesar dengan 70 gerai dan lebih daripada seratus peserta pameran.

Duta Thailand ke Malaysia, Lada
Phuma menyambut Hajiji dan rombongan.

Beliau juga dijamu dengan persembahan kumpulan tarian muda sempena Minggu Mini Thailand.

Hajiji juga singgah di gerai pameran Brunei Darussalam, yang menempatkan 26 gerai pameran, seterusnya ke gerai pameran Indonesia dan beberapa agensi negeri.

SIE2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah(SICC) akan berakhir pada 24
September ini.

Wakil dan pempamer dari 21 negara berkumpul di ekspo ini untuk menghadiri ceramah perniagaan dan menyertai kira-kira 300 gerai untuk mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan.

Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Phoong Jin Zhe turut mengiringi Ketua Menteri semasa lawatan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/22/ketua-menteri-lawat-pameran-sie2023/feed/ 0 42291
TKM lawat tapak Projek Patung Mazu https://sabahmedia.com/2023/03/31/tkm-lawat-tapak-projek-patung-mazu/ https://sabahmedia.com/2023/03/31/tkm-lawat-tapak-projek-patung-mazu/#respond Fri, 31 Mar 2023 02:43:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31832
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam telah mengadakan lawatan ke tapak projek Patung Mazu dan secara peribadi, beliau menyokong usaha untuk meneruskan pembinaan Patung Mazu di Kudat.

“Secara peribadi, saya menyokong usaha ini kerana saya yakin ia memberikan manfaat yang begitu baik sekali kepada rakyat di Kudat  dan seterusnya memberi nilai tambah kepada industri pelancongan negeri ini.

“Patung ini bakal menjadi satu lagi tanda mercu sekaligus menjadi daya tarikan pelancongan di daerah tersebut,”kata Dr. Joachim.  

Turut bersama beliau semasa lawatan itu ialah bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Chong Kah Kiat yang juga merupakan penasihat kepada projek pembinaan patung itu, para pemimpin setempat yang terdiri daripada Ketua Daerah, Ketua-ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (Wkan) dan Kapitan-kapitan Cina.

Sebelum ini, pada tahun lalu Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated (KTC) Berhad, Datuk Dexter Lau pernah berbincang dan memohon agar kerajaan dapat meneruskan pembinaan patung Mazu itu.

Sementara itu, Dexter berkata, pihaknya memberikan sokongan padu kepada semua pihak yang terlibat sama dalam membina Patung Mazu.

Terdahulu, Dr. Joachim telah menyaksikan Upacara Angkat Sumpah Ahli-ahli Lembaga Bandaran Kudat.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/31/tkm-lawat-tapak-projek-patung-mazu/feed/ 0 31832
Hajiji Lawat & Serah Bantuan Mangsa Banjir Di Pitas & Kota Marudu https://sabahmedia.com/2022/01/05/hajiji-lawat-serah-bantuan-mangsa-banjir-di-pitas-kota-marudu/ https://sabahmedia.com/2022/01/05/hajiji-lawat-serah-bantuan-mangsa-banjir-di-pitas-kota-marudu/#respond Wed, 05 Jan 2022 07:58:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10725
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan berusaha sedaya yang mampu membantu rakyat yang terjejas akibat bencana banjir.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan GRS prihatin dan tidak akan membiarkan rakyat yang terjejas akibat bencana banjir dan akan memberikan bantuan kepada mereka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan bantuan wang ihsan RM1000 kepada KIR mangsa banjir di Pitas.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan bantuan wang ihsan RM1000 kepada KIR mangsa banjir di Pitas. -Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meninjau dan melawat mangsa banjir di PPS di SK Pekan Pitas 2.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meninjau dan melawat mangsa banjir di PPS di SK Pekan Pitas 2.– Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri.

“Sehubungan dengan itu, kita memerlukan laporan yang terperinci, cepat, tepat dan adil daripada Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah agar kerajaan dapat mengambil tindakan susulan dengan segera,” kata Hajiji semasa melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pitas dan Kota Marudu, hari ini.

Di Pitas, beliau melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas 2. Selain mendengar taklimat ringkas banjir, Hajiji turut menyerahkan bantuan wang ihsan RM1,000 dan bakul makanan kepada seramai 94 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir.

Sementara di Kota Marudu, beliau mendengar taklimat bencana alam banjir di Pejabat Daerah Kota Marudu dan menyerahkan bantuan wang ihsan RM1,000 serta bakul makanan kepada seramai 132 KIR mangsa banjir di Pentas Utama Dataran Bandau.

Dalam pada itu, Mesyuarat Khas Task Force Pengurusan Pasca Bencana Banjir Monsun Timur Laut 2021/2022 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri memutuskan antara bantuan yang akan diberikan Kerajaan Persekutuan ialah bantuan tunai ihsan RM1000 setiap KIR yang dipindah ke PPS, bantuan tunai RM10,000 kepada waris yang meninggal, insentif untuk pembelian barang keperluan, bayaran untuk membaiki kenderaan dalam bentuk baucer RM1,000 dan bantuan kerosakan rumah.

Hajiji diiringi oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Datu Rosmadi Sulai dan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri, Datuk Ag Shahminan Datuk Ag Sahari.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/05/hajiji-lawat-serah-bantuan-mangsa-banjir-di-pitas-kota-marudu/feed/ 0 10725
MUTIARA GRS Lawat 2 Rumah Warga Tua https://sabahmedia.com/2021/12/11/mutiara-grs-lawat-2-rumah-warga-tua/ https://sabahmedia.com/2021/12/11/mutiara-grs-lawat-2-rumah-warga-tua/#respond Sat, 11 Dec 2021 10:11:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9759
Read Time:1 Minute, 36 Second

PAPAR: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) hari ini mengadakan lawatan Muafakat Kasih di dua rumah warga tua di daerah ini iaitu Rumah Warga Tua Sri Pritchard Kinarut dan Holy Family Residence.

Rombongan program kebajikan di bawah Biro Kebajikan MUTIARA GRS itu diketuai oleh Yang Dipertuanya yang juga isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag.

Dalam lawatan itu, rombongan Muafakat Kasih menyerahkan sumbangan berupa barang-barang keperluan asas termasuk makanan, barangan dapur dan peralatan mandian serta sedikit bantuan kewangan untuk kedua-dua rumah warga tua berkenaan.

Isteri Ketua Menteri menyampaikan sumbangan itu kepada Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Rumah Warga Tua Sri Pritchard, Datin Rahimah Ahmad manakala Holy Family Residence diterima oleh pengendalinya, Sister Clara Juita.

Program ini adalah kerjasama antara MUTIARA GRS dengan Yayasan Kebajikan Sabah.

Sementara itu Naib Yang Dipertua III merangkap Pengerusi Biro Kebajikan, Datin Linda Ewit, berkata tujuan program ini adalah untuk membantu mereka yang terjejas terutama ketika pandemik COVID-19.

“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka yang terjejas akibat pandemik.

“Ini adalah program kedua pada tahun ini dan kita agak terbatas mengadakan aktiviti kerana pandemik ini. Program ini adalah yang kedua pada tahun ini selepas aktiviti membungkua kuih raya sempena Ramadan dulu.

“Untuk tahun depan, Biro Kebajikan MUTIARA GRS sudah merancang beberapa program yang akan diadakan di seluruh Sabah,” katanya.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar; Naib Yang Dipertua I, Datin Seri Nor Asidah Alimuddin dan Naib Yang Dipertua II Datin Seri Cecilia Edwin Kitingan.

Linda berkata, Biro Kebajikan MUTIARA GRS memberi tumpuan kepada program yang melibatkan kebajikan warga tua, anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan fakir miskin.

“Program kebajikan ini juga diadakan sejajar dengan saranan dan galakan yang diberikan oleh Ketua Menteri yang juga Penasihat MUTIARA GRS, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, yang mahu semua isteri wakil rakyat turut membantu dalam aktiviti kebajikan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/11/mutiara-grs-lawat-2-rumah-warga-tua/feed/ 0 9759
Jeffrey Lawat Tapak Jalan Raya Runtuh Kota Kinabalu – Tambunan https://sabahmedia.com/2021/09/20/jeffrey-lawat-tapak-jalan-runtuh-kota-kinabalu-tambunan/ https://sabahmedia.com/2021/09/20/jeffrey-lawat-tapak-jalan-runtuh-kota-kinabalu-tambunan/#respond Mon, 20 Sep 2021 11:36:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6644
Read Time:51 Second

TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan melawat tapak jalan raya runtuh di Jalan Kota Kinabalu-Tambunan berhampiran Air Terjun Masakob di Tambunan disini petang tadi.

Beliau ditemani Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik, Pegawai Daerah Tambunan Jumain Abdul Ghani, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah (Tambunan) Ir Calvin Justin dan Renjer Hutan Harry Michael.

Jeffrey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan diberi taklimat mengenai sejauh mana kerosakan pada jalan tersebut dan anggaran masa yang diperlukan untuk membaikinya.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya akan memohon kelulusan daripada Jabatan Perhutanan Sabah untuk membenarkan pembukaan jalan alternatif di bawah reserve perhutanan berhampiran lokasi untuk pengguna kenderaan.

Jeffrey merakamkan penghargaan kepada pelbagai jabatan dan kakitangan yang bekerja tanpa lelah untuk memperbaiki keadaan itu dan beliau berharap pengguna jalanraya akan bersabar ketika jalan alternatif itu dibuat, yang mungkin mengambil masa tiga minggu.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tambunan Larry Robert, Pegawai Pembangunan Daerah Terrence Yong dan Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Vitus Ikon.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/20/jeffrey-lawat-tapak-jalan-runtuh-kota-kinabalu-tambunan/feed/ 0 6644