Lawatan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 20 Feb 2024 22:11:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Lawatan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Johari adakan lawatan kerja lima hari ke Sabah https://sabahmedia.com/2024/02/20/johari-adakan-lawatan-kerja-lima-hari-ke-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/02/20/johari-adakan-lawatan-kerja-lima-hari-ke-sabah/#respond Tue, 20 Feb 2024 15:10:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49803
Read Time:2 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Johari Kassim mengadakan lawatan kerja lima hari ke Sabah bermula 18 hingga 21 Februari 2024.

Johari bersama 10 ahli pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah termasuk Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Dr. Sangkar Rasam turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun di Ibu Pejabat Kontinjen Sabah sebelum meneruskan ke Majlis Perasmian Program ‘Jom Santai Bicara Keadilan’ Cabang P.180 Keningau di Hotel Perkasa Keningau, malam ini.

Johari menghadiri Program ‘Jom Santai Bicara Keadilan’ Cabang P.180 Keningau di Hotel Perkasa Keningau.

Seramai 900 ahli PKR Keningau menghadiri program tersebut.

Johari Kassim

“Tujuan saya ke Sabah adalah rutin kerja saya ke mana-mana negeri sebagai Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri adalah berdamping dengan pemimpin-pemimpin di peringkat negeri cabang dan juga bersama-sama dengan perjumpaan komponen-komponen parti di dalam Kerajaan Perpaduan.

“Ini adalah untuk bersama memperkukuhkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di negeri ini selain berbincang hala tuju parti pada peringkat nasional dan juga pada peringkat negeri bagaimana kita nak perkukuhkan kedudukan parti Keadilan kita di Sabah ini.

“Perkara yang penting saya berjumpa pimpinan di cabang ini adalah selain mengukuhkan parti, menambah ahli dan ranting seperti yang disarankan Presiden iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menperkukuhkan di peringkat ranting-ranting untuk menambah ahli, terutama di negeri Sabah ini kita akan menghadapi pilihan raya pada tahun hadapan,” katanya ketika ditemui Sabah Media semasa berkunjung ke Pejabat PKR Tanjung Aru di sini hari ini.

Johari bersama rombongan PKR Sabah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesurujaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun di IPK pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan kerjasama kerajaan perpaduan yang sedia terjalin di negeri ini perlu diperkukuhkan untuk kestabilan politik sekali gus dapat membantu meningkatkan ekonomi rakyat dengan lebih baik.

“Tujuan utama kita ialah untuk membantu rakyat, politik stabil barulah kita boleh stabilkan pembangunan ekonomi kita dan dapat membantu rakyat dengan lebih tersusun dan teratur,” katanya.

Mengulas mengenai hasrat PKR Sabah untuk bertanding 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap kawasan Parlimen di Sabah, Johari berkata, PKR Sabah harus memperkukuhkan dahulu dari segi kekuatan jentera dan keahlian di kawasan yang hendak ditanding.

“Berkenaan 25 kerusi DUN Sabah, itu cuma hasrat PKR Sabah untuk menghadapi pilihan raya sebab itu saya kata kepada setiap negeri kena memperkukuhkan dan kita juga kena ambil realistik untuk bertanding di setiap DUN di setiap parlimen ini kekuatan mesti ada, jentera, ahli mesti ada baru kita boleh tuntut kerusi yang kita hendak bertanding.

“Sekarang ini cuma dalam perbincangan, hasrat itu ada dan parti kalau ada hasrat itu kena ada juga jentera di kawasan-kawasan kita bertanding baru kita boleh menuntut dan meminta untuk bertanding di kawasan-kawasan tersebut,” tegasnya.

Menurut Johari, setiap parti punya hasrat seberapa kerusi yang mereka mahu di mana-mana sahaja bukan sahaja PKR.

“Ini hasrat PKR Sabah dan hasrat ini akan di bawa ke pucuk pimpinan pusat, kita harap pucuk pimpinan akan buat satu keputusan yang bijaksana dia tahu akan kedudukan di bawah untuk menentukan berapa peruntukan kerusi yang kita bertanding kemudian, itu terserah kepada pusat untuk dibincangkan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/20/johari-adakan-lawatan-kerja-lima-hari-ke-sabah/feed/ 0 49803
Lawatan pemeriksaan terperinci bangunan SK Darau akan dijalankan bulan ini – Arifin https://sabahmedia.com/2024/01/09/lawatan-pemeriksaan-terperinci-bangunan-sk-darau-akan-dijalankan-bulan-ini-arifin/ https://sabahmedia.com/2024/01/09/lawatan-pemeriksaan-terperinci-bangunan-sk-darau-akan-dijalankan-bulan-ini-arifin/#respond Tue, 09 Jan 2024 06:47:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47717
Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Exco Pendidikan dan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif akan mengadakan lawatan seterusnya membuat pemeriksaan secara terperinci ke atas dua blok bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Darau Kota Kinabalu yang didakwa sudah usang dan tidak kukuh menjalankan aktiviti pembelajaran di situ.

Ini berikutan baru-baru ini Sabah Media melaporkan pihak ibu bapa dan guru sekolah berkenaan bimbang akan keselamatan anak-anak yang belajar d sekolah itu dengan keadaan struktur bangunan yang sudah usang seperti lantai reput dan siling yang bocor dan merayu kepadan pihak berwajib untuk tampil menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

Turut membimbangkan keadaan banjir kilat yang sering berlaku di sekolah berkenaan kerana sistem perparitan sekitar kawasan sekolah tidak diselanggara dengan baik sejak 2017.

Sehubungan dengan itu, Mohd Arifin berkata, beliau sangat prihatin dan mengambil maklum mengenai masalah yang dihadapi SK Darau itu.

“Insha Allah, saya dengan pembantu menteri bersama Pengarah Pendidikan Sabah akan melawat sendiri SK Darau dan Sekolah Agama Negeri (SAN) Darau, kami bertiga akan pergi melawat sekolah berkenaan dalam bulan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Amanat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta Penyampaian Bantuan Pendidikan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Menurut Mohd Arifin, mengenai sekolah-sekolah daif yang dikenal pasti di Sabah, beliau akan mendapatkan laporan terkini mengenainya.

“Dalam laporan pengarah, kita di Sabah memang ada sekolah daif berskala enam dan tujuh, sekolah-sekolah yang perlu pembaikan dan ini memang ada dalam senarai kita.

“Di Sabah dilaporkan lebih 200 sekolah daif yang dikenal pasti. Bagaimanapun untuk tahun ini saya akan mendapatkan laporan terkini tentang sekolah-sekolah kita,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/09/lawatan-pemeriksaan-terperinci-bangunan-sk-darau-akan-dijalankan-bulan-ini-arifin/feed/ 0 47717