Lawatan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 31 Dec 2021 14:47:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Lawatan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji Solat Zohor Bersama Penduduk, Tinjau Pembangunan Kota Belud https://sabahmedia.com/2021/12/31/hajiji-solat-zohor-bersama-penduduk-tinjau-pembangunan-kota-belud/ https://sabahmedia.com/2021/12/31/hajiji-solat-zohor-bersama-penduduk-tinjau-pembangunan-kota-belud/#respond Fri, 31 Dec 2021 14:46:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10520
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA BELUD: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengambil peluang mengadakan lawatan ke Kota Belud semalam bagi meninjau sendiri keadaan di daerah berkenaan.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna TikTok itu turut mendapat perkongsian dan reaksi yang positif dari netizen.

Sumber rapat ketika dihubungi Sabah Media berkata, ini merupakan lawatan tidak rasmi Ketua Menteri ke Kota Belud bagi melihat dan meninjau pembangunan infrastuktur yang telah dan sedang dibangunkan.

“Sebelum ini, beliau sendiri telah melihat pembangunan yang dilaksanakan di Tuaran dan kali ini beliau turun pula secara tidak rasmi ke Kota Belud dengan tujuan yang sama.

“Ini merupakan komitmen beliau kepada rakyat negeri ini yang mana beliau mahu rakyat di Sabah mendapat prasarana dan pembangunan yang baik serta mencukupi,”katanya.

Dalam lawatan itu, Hajiji turut berkesempatan bersama-sama penduduk menunaikan solat  Zohor di Masjid Kampung Pandasan.

Selepas itu, Hajiji turut singgah santai bersama beberapa pemimpin setempat dan penduduk di Gerai Kampung Pandasan.

Hadir sama pada singgah santai itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan Fairuz Renndan, ADUN Tempasuk Arshad Bistari,ADUN Bengkoka Harun Durabi; Ketua Bahagian BERSATU Kota Belud Datuk Japlin Akim; Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintenden Shahrudin Mat Husain dan Mantan Pegawai Daerah Kota Belud Gari Itam

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/31/hajiji-solat-zohor-bersama-penduduk-tinjau-pembangunan-kota-belud/feed/ 0 10520
Ketua Menteri Sabah Bertemu Dengan Pegawai-Pegawai Petronas Semasa Lawatan Kerja https://sabahmedia.com/2021/08/24/ketua-menteri-sabah-bertemu-dengan-pegawai-pegawai-petronas-semasa-lawatan-kerja/ https://sabahmedia.com/2021/08/24/ketua-menteri-sabah-bertemu-dengan-pegawai-pegawai-petronas-semasa-lawatan-kerja/#respond Tue, 24 Aug 2021 09:47:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5171
Read Time:27 Second

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai Petronas semasa lawatan kerja di sini pada Selasa.

Turut menemani Hajiji semasa lawatan itu ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah/ Menteri Kewangan II, Datuk Seri Masidi Manjun dan Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri Sabah, Dato Armizan Mohd Ali.

Manakala, Pengerusi Petronas, Tan Sri Dato ’Seri Mohd Bakke Salleh, Presiden dan Kumpulan Ketua Pegawai Eksekutif, Tengku Muhammad Taufik dan Naib Presiden Kanan Petronas, Pengurusan Petroleum Malaysia, Mohamed Firouz Asnan mewakili Petronas pada mesyuarat itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/24/ketua-menteri-sabah-bertemu-dengan-pegawai-pegawai-petronas-semasa-lawatan-kerja/feed/ 0 5171