Layak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 01 Apr 2022 10:41:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Layak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Individu Yang Layak Digalakkan Ambil Dos Penggalak Bertujuan Memberi Perlindungan Kesihatan – Shahelmey https://sabahmedia.com/2022/04/01/individu-yang-layak-digalakkan-ambil-dos-penggalak-bertujuan-memberi-perlindungan-kesihatan-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2022/04/01/individu-yang-layak-digalakkan-ambil-dos-penggalak-bertujuan-memberi-perlindungan-kesihatan-shahelmey/#respond Fri, 01 Apr 2022 10:21:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13761
Read Time:1 Minute, 26 Second

PUTATAN: Orang ramai atau individu yang layak digalakkan mengambil suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 bertujuan memberi perlindungan kesihatan tertinggi dikalangan rakyat di negara ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, setakat ini tidak ada kesesakan mana-mana pusat penerimaan vaksin di Sabah untuk mengambil dos penggalak, namun bagi mereka yang hanya mendapat dua dos vaksin COVID-19 jenis Sinovac dan yang berumur 60 tahun ke atas, status mereka adalah tidak lengkap divaksin tertera di aplikasi MySejahtera, bagaimanapun tidak ada penalti atau sebagainya dikenakan.

“kita menggalakkan mereka untuk mendapatkan dos penggalak bertujuan untuk menjaga kesihatan mereka kerana kita dapat makluman dan kajian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa bagi dos vaksin COVID-19 jenis Sinovac selepas beberapa bulan, tempoh ketahanan badan akan berkurang.

“Oleh yang demikian, kita menggalakkan mereka untuk mendapatkan dos penggalak bukannya untuk menafikan hak mereka bergerak tetapi untuk menjaga kesihatan mereka,” jelas Shahelmey semasa ditemubual pemberita selepas melancarkan program Kempen Bersih Putatan di perkarangan Pejabat Daerah Putatan pada Jumaat.

Ini adalah berikutan kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, lebih dua juta penerima vaksin Sinovac bakal kehilangan status vaksinasi lengkap menjelang 1 April ini kerana masih belum menerima dos penggalak.

Namun menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM) KKM menerusi hantaran di Facebook pada Isnin, memaklumkan bahawa status digital vaksinasi hanya akan bertukar tidak lengkap di aplikasi MySejahtera bagi penerima vaksin primer Sinovac yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak.

“Untuk makluman, status vaksinasi COVID-19 kepada semua penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas dan penerima semua jenis vaksin dos primer berusia 60 tahun ke atas yang masih belum mendapatkan dos penggalak hanya akan bertukar menjadi tidak lengkap.

“Ia bukan dihilangkan seperti yang dinyatakan dalam mesej tersebut,” kata kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/01/individu-yang-layak-digalakkan-ambil-dos-penggalak-bertujuan-memberi-perlindungan-kesihatan-shahelmey/feed/ 0 13761
Pasukan Bahas Guru Sabah Layak Ke Pertandingan Bahas Guru Kebangsaan https://sabahmedia.com/2022/03/12/pasukan-bahas-guru-sabah-layak-ke-pertandingan-bahas-guru-kebangsaan/ https://sabahmedia.com/2022/03/12/pasukan-bahas-guru-sabah-layak-ke-pertandingan-bahas-guru-kebangsaan/#respond Sat, 12 Mar 2022 11:47:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12937
Read Time:1 Minute, 55 Second

KOTA KINABALU: Pasukan Bahas Guru Sabah berjaya melayakkan diri ke Pertandingan Bahas Guru Kebangsaan yang akan berlangsung pada 27-29 Mac ini di Terengganu.

Jurulatih Pasukan Bahas Sabah Dexter Silam berkata, acara pertandingan merangkumi tiga pusingan perlawanan berlangsung yang menemukan Sabah dengan Negeri Terengganu, Perlis dan Kedah. Sabah yang bertindak sebagai pasukan Pembangkang untuk kesemua pusingan berjaya menewaskan ketiga-tiga negeri tersebut dan muncul sebagai juara kumpulan.

” Bersama dengan pasukan Sabah yang akan beraksi di peringkat separuh akhir dan akhir nanti negeri Selangor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Pertandingan Bahas Guru Kebangsaan Piala Yayasan Guru Malaysia Berhad Peringkat Kebangsaan 2022 pusingan awal telah berlangsung dari 8-11 Mac 2022 secara dalam talian,” katanya.

Menurut Dexter, acara pertandingan bahas ini diadakan setiap tahun bermula tahun lalu yang menempatkan Sabah di tangga ke-3 pada peringkat kebangsaan pada tahun 2021.

“Objektif acara ini diadakan antaranya meningkatkan daya kreativiti dan inovasi pendidik dalam pendidikan negara, memperkasa ketersediaan pendidik dalam mendepani cabaran masa depan, menggalakkan pendidik menerokai amalan norma baharu dalam sistem pendidikan, melahirkan pendidik berkemahiran tinggi ke arah melahirkan generasi berkemahiran, berbudaya tinggi dan prihatin serta melahirkan pendidik yang menjadi suri tauladan berpaksikan modal insan serta modal sosial.

“Secara rasional penguasaan berbahas golongan pendidik sudah diakui oleh pelbagai pihak, kemahiran berhujah secara spontan yang diutamakan melalui format bahas terbuka sesuai dan tepat dalam usaha kerajaan untuk melahirkan pendidik yang berwibawa selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan Falsafah Pendidikan Malaysia (FPN),” jelasnya.

Pembahas Sabah terdiri daripada Mohd. Redzwan Abdul Majid (Sk Kg. Suan Lamba, Kinabatangan), Kamarudin Ismail (SMK Desa Kencana, Lahad Datu), Abd. Wahab Abd. Hamid (Sek Agama Suria, Tuaran), Nirwana Sudirman (Kolej Vokasional Lahad Datu) dan Avralinetine Epin (Sk Pekan Pitas II, Pitas).

Manakala Jurulatih Pasukan Bahas Sabah Dexter Silam dan Jamilah Ahmad.

“Dalam usul “Konsep Keluarga Malaysia Pemacu Kecemerlangan Pendidikan Tanpa Sempadan,” Pasukan Sabah (Pembangkang) berjaya mematahkan hujah dari pasukan Terengganu seterusnya menang dalam pusingan pertama manakala pusingan kedua dalam usul “Polisi Keselamatan Siber Mekanisme Terbaik Menangani Kebejatan Sosial”, Sabah (Pembangkang) juga menang menentang pasukan Perlis, seterusnya pusingan ketiga Sabah (Pembangkang) meraih kemenangan menentang pasukan Kedah dalam usul “Polisi Keselamatan Siber Kita Masih Belum Selamat”.

“Pembahas Terbaik bagi pertandingan pusingan pertama dan kedua iaitu Mohd Redzwan Abdul Majid dari Sabah manakala pusingan ketiga dirangkul oleh pembahas dari Kedah, Khairul,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/12/pasukan-bahas-guru-sabah-layak-ke-pertandingan-bahas-guru-kebangsaan/feed/ 0 12937
‘Spiderman’ Ranau Beri Galakan Individu Yang Layak Supaya Terima Vaksin https://sabahmedia.com/2021/08/23/spiderman-ranau-beri-galakan-individu-yang-layak-supaya-terima-vaksin/ https://sabahmedia.com/2021/08/23/spiderman-ranau-beri-galakan-individu-yang-layak-supaya-terima-vaksin/#respond Mon, 23 Aug 2021 12:10:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5135
Read Time:1 Minute, 17 Second

RANAU : Tampil dengan kostum unik sebagai adiwira ‘Spiderman’ berjaya mencuri perhatian petugas barisan hadapan dan penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Ranau disini hari ini.

Steve Joseph,35, yang datang ke PPV lengkap mengenakan kostum itu membuatkan ramai mata memandang dan seterusnya mengambil kesempatan merakam gambar kenangan bersama ‘Spiderman’.

‘Spiderman’ yang berasal dari Kampung Kigiok itu berkata, dia tampil dengan kelainan sebegitu sebagai simbolik kepada orang ramai bahawa orang yang kuat dan kebal juga perlu divaksin bagi membantu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Beliau berkata, pemberian vaksin itu memberi jaminan bahawa semua orang akan merasa selamat sekiranya diberi vaksin COVID-19.

“Hari ini saya datang ke PPV Dewan Masyarakat Ranau untuk menerima vaksin dos pertama selain ingin memberi sokongan dan galakan kepada orang ramai supaya mengambil vaksin COVID-19.

“Kita tidak perlu risau kerana vaksin yang disediakan ini akan dapat membantu kita terhindar dari risiko jangkitan yang lebih teruk,” katanya ketika ditemubual disini hari ini.

Seorang lagi penerima vaksin, Sylvia Joanis,35, dari Kampung Nampasan Baru turut mengenakan pakaian ala tradisional suku kaum Dusun Ranau.

Katanya, sebagai penduduk daerah ini, dia mahu menampilkan kelainan dengan mempamerkan kepelbagaian suku kaum di Sabah menerusi pemakaian pakaian tradisional.

“Hari ini saya mengenakan baju t-shirt bercorakkan suku kaum Dusun Ranau, saya ingin mempamerkan kepelbagaian dalam suasana pandemik COVID-19,” katanya.

Terdahulu, sermaai 703 penerima vaksin hadir ke PPV Dewan Masyarakat Ranau untuk menerima suntikan dos pertama dan dos kedua.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/23/spiderman-ranau-beri-galakan-individu-yang-layak-supaya-terima-vaksin/feed/ 0 5135