lebih baik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 27 Mar 2023 03:13:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png lebih baik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Berdialog lebih baik dari demonstrasi – Mustapha https://sabahmedia.com/2023/03/27/berdialog-lebih-baik-dari-demonstrasi-mustapha/ https://sabahmedia.com/2023/03/27/berdialog-lebih-baik-dari-demonstrasi-mustapha/#respond Mon, 27 Mar 2023 03:12:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31586
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Dalam usaha untuk menstabilkan bekalan air di Sepanggar dan kawasan-kawasan lain di Sabah kaedah berdialog lebih konstruktif daripada berdemonstrasi, kata Ahli Parlimen Sepanggar Mustapha Sakmud.

Ini susulan semalam tular di media sosial satu poster mengalu-alukan kehadiran penduduk kawasan Sepanggar pada hari ini untuk mengadakan demonstrasi mengenai masalah bekalan air di hadapan Ibu Pejabat Jabatan Air Kota Kinabalu. Namun tinjauan para pengamal media mendapati tiada seorangpun penduduk yang datang untuk mengadakan demonstrasi seperti yang diwar-warkan.

Mustapha dalam kenyataannya hari ini, beliau menyeru kepada kumpulan yang ingin berdemonstrasi supaya mengutarakan masalah mereka mengikut saluran yang betul.

“Saya menyeru kepada kumpulan yang ingin berdemonstrasi di pejabat Jabatan Air agar dapat mengutarakan masalah mereka mengikut saluran yang betul.

“Isu sebenar krisis air di Sepanggar terutamanya adalah ketidakcukupan sumber air daripada loji Telibong dan Moyog. Kedua-dua loji air berkenaan sedang beroperasi melebihi had yang sepatutnya,” katanya.

Menurut Mustapha, projek penambahan bekalan air yang di kenali sebagai Telibong 2 yang sedang dalam perlaksanaan terlewat dari jadual asal dan perlu di siapkan segera untuk menambah bekalan sumber air.

“Saya menyarankan pihak-pihak yang ingin membuat demonstrasi agar berunding secara baik dengan Jabatan Air dan mendengar taklimat berkenaan isu air ini.

“Akhirnya saya sekali lagi merayu agar sesi dialog dibuat supaya semua pihak memahami isu sebenar dan punca kelewatan projek berkenaan,” tegas beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/27/berdialog-lebih-baik-dari-demonstrasi-mustapha/feed/ 0 31586
Fasiliti lebih baik untuk penempatan gajah diperlukan – Agustine https://sabahmedia.com/2022/12/30/fasiliti-lebih-baik-untuk-penempatan-gajah-diperlukan-agustine/ https://sabahmedia.com/2022/12/30/fasiliti-lebih-baik-untuk-penempatan-gajah-diperlukan-agustine/#respond Fri, 30 Dec 2022 04:27:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27145
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Hidupan Liar Sabah berikhtiar untuk mencari kemudahan yang lebih baik bagi menempatkan gajah-gajah dibawah seliaan jabatan itu agar haiwan tersebut mempunyai kebebasan untuk bergerak.

Susulan insiden yang meragut nyawa seorang petugas Taman Hidupan Liar Lok Kawi di sini, akibat diserang seekor gajah pada Ahad lalu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Agustine Tuuga berkata, gajah yang merbahaya itu telah ditempatkan di kawasan pengasingan.

Katanya, diharap ini langkah sementara kerana kebebasan mereka (gajah) dinafikan dan biasanya mereka dirantai.

Menurut Agustine, pihaknya akan berikthiar untuk gajah-gajah tersebut ada kebebasan bergerak dengan menempatkan di fasiliti yang ada kemudahan sedemikian.

“Namun Sabah tiada kemudahan sedemikian kecuali kerajaan dapat memberikan peruntukan mencukupi untuk menyediakan kemudahan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Agustine turut berkata, langkah lain ialah menghantar gajah-gajah itu ke luar negara yang mempunyai kemudahan mencukupi di mana mereka bebas bergerak tanpa dikurung di tempat sempit atau dirantai.

“Kebajikan gajah adalah aspek paling penting dalam pengurusan gajah dalam kurungan,” jelasnya.

Tambahnya, terlalu banyak gajah dalam kurungan di Sabah sekarang. Fasiliti sedia ada tidak dapat menampung kebebasan mereka bergerak dalam kawasan yang mencukupi keluasannya.

“Justeru, bilangan kakitangan yang menjaga gajah-gajah ini juga adalah sangat jauh kurang daripada bilangan yang sepatutnya. Kebanyakan pekerja adalah ditaja atau dibayar gaji oleh badan-badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO),” katanya.

Pada Ahad lalu, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, petugas Taman Hidupan Liar Lok kawi, berusia 49 tahun berkenaan, dikatakan sedang memberi rawatan terhadap seekor anak gajah pygmy yang cedera sebelum seekor gajah dewasa meluru ke arahnya secara tiba-tiba dan menyerang mangsa.

Akibat daripada serangan itu, mangsa parah di bahagian dada serta perut dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin, berkata pihaknya masih menunggu laporan lengkap mengenai kejadian tersebut daripada pihak berkuasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/30/fasiliti-lebih-baik-untuk-penempatan-gajah-diperlukan-agustine/feed/ 0 27145