lebih kukuh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 22 May 2023 11:18:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png lebih kukuh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penstrukturan semula QSB, lebih kukuh dan menguntungkan – Dr Yusof https://sabahmedia.com/2023/05/22/penstrukturan-semula-qsb-lebih-kukuh-dan-menguntungkan-dr-yusof/ https://sabahmedia.com/2023/05/22/penstrukturan-semula-qsb-lebih-kukuh-dan-menguntungkan-dr-yusof/#respond Mon, 22 May 2023 11:16:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34951
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Qhazanah Sabah Berhad (QSB) komited memperkasakan operasi syarikatnya dengan menyusun semula ahli barisan lembaga pengurusan dan merombak semula anak-anak syarikat miliknya.

Seratus hari mengambil alih jawatan sebagai pengerusi QSB sejak 11 Januari lalu, Datuk Dr Yusof Yacob telah mendedahkan beberapa agenda penting dalam QSB antaranya QSB telah menyusun semula barisan Ahli Lembaga Pengarah (Board of Director) dan barisan pengurusan tertinggi QSB.

Menurutnya, penstrukturan semula dalam kumpulan syarikat itu adalah untuk mengukuhkan syarikat milik kerajaan RM1 bilion itu supaya lebih menguntungkan.

“Kami juga merombak semula anak-anak syarikat bagi memaksimumkan prestasi operasi dan setiap anak syarikat harus mempunyai projek yang proaktif dengan menerapkan amalan tadbir urus yang baik dalam operasi serta pengkhususan dalam bidang-bidang yang diterajui.

“Fokus utama QSB adalah “tadbir urus yang baik” melalui penubuhan Unit Integriti iaitu penempatan Pegawai Integriti (Pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) di QSB serta penubuhan Unit Polisi dan Pematuhan (Policy & Compliance) selain memperkasa sektor kesihatan, tenaga lestari dan telekomunikasi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dr Yusof berkata, penempatan pegawai SPRM diletakkan di QSB adalah sebahagian daripada langkahnya untuk mewujudkan “integriti dan ketelusan” bagi organisasi itu dalam membina kepercayaan dengan pemegang kepentingan dan pelabur.

Katanya, pegawai SPRM tersebut akan membantu membimbing memastikan operasi syarikat dengan 11 anak syarikat serta bertindak secara profesional dan telus dalam urusan mereka.

Dalam pada itu beliau juga bercadang untuk meluaskan perniagaan QSB dalam bidang perubatan di mana anak syarikatnya, WH Medicare Sdn Bhd, berhasrat untuk membina hospital serta lebih banyak klinik bagi menyediakan penjagaan kesihatan untuk orang ramai terutamanya penduduk di luar bandar.

Disamping itu QSB juga mahu mewujudkan lebih banyak hasil untuk manfaat kerajaan negeri dan rakyat Sabah selain sektor kesihatan tetapi juga dalam bidang pendidikan dan peluang pekerjaan untuk golongan B40.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/22/penstrukturan-semula-qsb-lebih-kukuh-dan-menguntungkan-dr-yusof/feed/ 0 34951
Semangat perpaduan, saling menghormati lebih kukuh berkongsi nilai-nilai murni bersama – Hajiji https://sabahmedia.com/2022/12/23/semangat-perpaduan-saling-menghormati-lebih-kukuh-berkongsi-nilai-nilai-murni-bersama-hajiji/ https://sabahmedia.com/2022/12/23/semangat-perpaduan-saling-menghormati-lebih-kukuh-berkongsi-nilai-nilai-murni-bersama-hajiji/#respond Fri, 23 Dec 2022 03:47:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26765
Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, semangat perpaduan dan saling menghormati akan menjadi lebih kukuh sekiranya rakyat bersatu padu dan berkongsi nilai-nilai murni bersama mereka.

“Kita telah hidup bersama antara satu sama lain sebagai rakyat Malaysia sejati di Sabah. Kita telah mempamerkan toleransi, hormat-menghormati dan persefahaman antara satu sama lain.

“Tahun ini, mereka yang sebagai penganut Kristian meneruskan tradisi meraikan Krismas iaitu perhimpunan keluarga dan ia juga merupakan perayaan kita semua, tanpa mengira kepercayaan dan agama, kita patut bersyukur semua yang menyatukan kita.

“Marilah kita mengenali semua kebaikan yang kita ada dalam hidup kita dan meraikannya seiring dengan mesej “muhibah, kebaikan dan belas kasihan,” katanya dalam perutusan Krismas 2022 hari ini.

Ketua Menteri berkata sejak dua tahun lalu sukar untuk semua orang berurusan akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara.

“Tetapi mengharungi semua itu, kita telah melihat berapa ramai daripada kita telah bangkit untuk menghadapi masa yang mencabar dengan kemurahan hati, kebaikan, dan harapan. Kita telah melihat dedikasi daripada petugas barisan hadapan kita dan daripada begitu ramai orang yang telah meletakkan diri mereka dengan risiko demi untuk keselamatan kita semua. Kita berterima kasih atas pengorbanan dan jasa mereka,” katanya.

“Semasa kita menyambut Krismas, marilah kita meluangkan masa untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berada dalam pasukan keselamatan yang tidak dapat menyambut Krismas dan yang berani berkhidmat untuk negara kita.

“Kami juga berterima kasih kepada semua responden pertama, pegawai penguatkuasa undang-undang, dan barisan hadapan pasukan perubatan profesional yang bekerja tanpa jemu untuk berkhidmat dan melindungi komuniti kita. Marilah kita juga mengingati mereka yang memerlukan dan bertindak dengan empati terhadap nasib mereka,” katanya.

“Setiap tahun, tanpa mengira keadaan semasa, kita boleh mendapat harapan baru dan kegembiraan apabila kita sentiasa bersyukur kepada Tuhan atas limpah rahmat yang dianugerahkan kepada kehidupan, negeri dan negara kita sepanjang tahun. Salam mesra dan salam penuh kesejahteraan diucapkan kepada semua yang menyambut Krismas,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/23/semangat-perpaduan-saling-menghormati-lebih-kukuh-berkongsi-nilai-nilai-murni-bersama-hajiji/feed/ 0 26765