led – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 13 Apr 2022 03:39:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png led – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji hadir saksi majlis MoU projek skrin pengiklanan LED https://sabahmedia.com/2022/04/13/hajiji-hadir-saksi-majlis-mou-projek-skrin-pengiklanan-led/ https://sabahmedia.com/2022/04/13/hajiji-hadir-saksi-majlis-mou-projek-skrin-pengiklanan-led/#respond Wed, 13 Apr 2022 03:39:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14202
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor semalam hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pelaksanaan Projek Skrin Pengiklanan LED.

MoU itu adalah diantara Yayasan Bumiputera Sabah Tenaga Sdn Bhd (YBS-TENAGA) yang merupakan anak syarikat Yayasan Bumiputera Sabah (YBS) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Majlis pemeteraian MoU itu telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) disini semalam.

Sebanyak lima PBT terlibat,antaranya Majlis Daerah Tuaran, Majlis Daerah Keningau, Majlis Daerah Putatan, Majlis Daerah Penampang dan Majlis Perbandaran Tawau.

YBS TENAGA diwakili Pengerusi Kumpulan YBS, Senator Datuk John Ambrose dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) YBS, Asno Amat Muda, manakala PBT diwakili oleh Pengerusi dan Setiausaha Eksekutif Majlis Daerah dan Majlis Perbandaran masing-masing.

Projek Skrin Pengiklanan LED itu merupakan projek berasaskan pengiklanan digital melibatkan kerjasama YBS TENAGA dan usahawan Bumiputera iaitu Yunus Property Consultant Sdn.Bhd dan rakan-rakan kerjasama lain.

Pada majlis itu, Hajiji turut menyerahkan sumbangan YBS kepada tujuh badan amal iaitu Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Putatan, Rumah Anak Yatim Tambunan, Rumah Anak Yatim dan Miskin Tuaran, Rumah Anak Yatim dan Asnaf Kampung Silad Ranau, Persatuan Pengurusan Pusat Jagaan OKU Leshan, Pusat Anak Yatim dan Fakir Miskin Al Ain Keningau dan Rumah Anak Yatim As Sakinah Papar

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri lll / Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr. Joachim Gunsalam, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sr. Safar Untong.

Sementara itu, YBS Tenaga Sdn Bhd turut menandatangani memorandum perjanjian (MOA) bersama Yunus Property Consultant Sdn Bhd dan OCK Berhad.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/13/hajiji-hadir-saksi-majlis-mou-projek-skrin-pengiklanan-led/feed/ 0 14202
Projek ‘LED Advertising Screen’ Bukan LOA KKTP https://sabahmedia.com/2021/12/18/projek-led-advertising-screen-bukan-loa-kktp/ https://sabahmedia.com/2021/12/18/projek-led-advertising-screen-bukan-loa-kktp/#respond Sat, 18 Dec 2021 13:24:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10057
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Projek ‘LED Advertising Screen’ yang dilaksanakan di beberapa buah daerah dan bandar di negeri ini adalah merupakan projek swasta.

Projek itu dilaksanakan diantara Yayasan Bumiputera Sabah (YBS) sebuah agensi kerajaan dengan syarikat swasta bumiputera tempatan Sabah yang telah dilantik.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YBS Asno Muda Amat berkata, projek itu telah mendapat persetujuan daripada Majlis Perbandaran dan Majlis-majlis Daerah.

“Oleh demikian, pihak kami ingin menegaskan bahawa projek ini tidak pernah dianugerahkan ‘Letter of Award’ daripada Kementerian Perumahan Dan Tempatan Sabah (KKTP).

“Projek ini merupakan usaha murni pihak YBS untuk mempertingkatkan lagi prasarana di seluruh negeri selaras menjunjung slogan Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Asno berkata, pihaknya berasa kesal terhadap perkara yang berbangkit berkaitan pelaksanaan projek ‘LED Advertising Screen’ berkenaan.

“Di pihak YBS, kita akan mengambil langkah untuk memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan sama ada dari segi proses dan komunikasi berhubung pelaksanaan projek ini agar segalanya berjalan lancar demi pembangunan dan kesejahteraan Sabah.

“Pihak kami sentiasa terbuka dengan cadangan penambahbaikan agar pembangunan di Sabah terus dapat memberi impak yang baik kepada kemajuan Sabah serta membentuk gandingan kukuh dengan pihak Kerajaan Negeri dan YBS,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/18/projek-led-advertising-screen-bukan-loa-kktp/feed/ 0 10057