lee chong wei – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 27 Oct 2021 08:50:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png lee chong wei – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lee Chong Wei Dilantik Sebagai Duta Pelancongan Sabah https://sabahmedia.com/2021/10/27/lee-chong-wei-dilantik-sebagai-duta-pelancongan-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/10/27/lee-chong-wei-dilantik-sebagai-duta-pelancongan-sabah/#respond Wed, 27 Oct 2021 08:10:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7974
Read Time:3 Minute, 3 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Bekas pemain badminton nombor satu dunia dan jaguh negara Datuk Wira Lee Chong Wei dilantik sebagai Duta Pelancongan Sabah yang baharu dalam satu majlis di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, Datuk Wira Lee Chong Wei dipilih untuk peranan ini kerana reputasi globalnya menerusi prestasi luar biasa di arena antarabangsa, memenangi trofi serta peminat di seluruh dunia terutamanya di rantau ASEAN, APAC, China, Jepun, Korea Selatan, Denmark dan United Kingdom.

Jafry (kiri) memakaikan sigar atau tengkolok suku kaum Kadazandusun sebagai simbolik perlantikan Lee Chong Wei menjadi Duta Pelancongan Sabah yang baharu.

“Negara-negara tersebut merupakan sebahagian daripada pasaran tradisional Sabah, dan penyumbang utama kepada ketibaan pelancongan ke Sabah sebelum pandemik Covid-19.

“Kami bersyukur dan berterima kasih kerana pada hari ini, Datuk Wira Lee Chong Wei telah bersetuju untuk mengambil peranan sebagai Duta Pelancongan Sabah dalam tempoh setahun bermula Oktober 2021 hingga Disember 2022,” katanya.

Jafry dalam ucapan perasmiannya berkata bahawa Kementerian Pelancongan yakin peranan Chong Wei sebagai Duta Pelancongan akan membantu melonjakkan industri pelancongan negeri ke tahap yang lebih tinggi dalam tempoh dua tahun akan datang.

Sabah terkenal dengan keajaiban alam semulajadi dan usaha pemuliharaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Tapak Warisan Dunia, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan program Manusia dan Biosfera dan tidak lama lagi akan diiktiraf sebagai UNESCO Global Geopark. Landskap geografi yang unik di Sabah juga menarik ramai pencari pengembaraan ke negeri ini.

Bagi melengkapkan peranan Chong Wei sebagai Duta Pelancongan Sabah, Lembaga Pelancongan Sabah akan membawa beliau sekeluarga mengelilingi negeri untuk menikmati sendiri tarikan ikonik pelancongan Sabah untuk dikongsi bersama peminatnya di seluruh dunia.

“Saya mendengar bahawa Chong Wei masih aktif dalam aktiviti sukan terutamanya berbasikal. Mungkin beliau juga boleh berbasikal di sekitar kawasan pelancongan luar bandar kami yang menawarkan pengalaman berbasikal santai dengan pemandangan yang indah,” ujar Jafry lagi.

Jafry turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Wira Lee Chong Wei kerana dianugerahkan pingat Jaksa Pendamai oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin semalam.

Dalam pada masa yang sama, Jafry juga turut mengumumkan bahawa bagi membantu sektor pelancongan di Sabah, terutamanya penyedia penginapan, yang telah terjejas teruk akibat Pandemik COVID-19.

“Kabinet Negeri telah bersetuju untuk memberi subsidi atau rebat ke atas bil elektrik untuk tempoh enam bulan, dari Januari hingga Jun 2021. Rebat bulanan untuk hotel lima dan empat bintang ialah RM15 ribu atau 30 peratus yang mana lebih rendah; untuk tiga, dua dan satu bintang, rebat adalah 30 peratus daripada bil elektrik mereka sehingga RM3,000, yang mana lebih rendah; dan untuk orkid dan tidak dinilai penginapan rebat adalah 30 peratus daripada bil mereka sehingga RM600 yang mana lebih rendah. Rebat itu akan disalurkan melalui Lembaga Pelancongan Sabah.

“Ini adalah sebahagian daripada pelan hala tuju pemulihan negeri dalam merinovasikan industri pelancongan di Sabah. Seperti yang anda sedia maklum, pelancongan merupakan salah satu elemen teras dalam rancangan pembangunan Sabah Maju Jaya,” katanya.

Kata Jafry lagi, inisiatif sedemikian akan memberikan pemain induatri pelancongan mempunyai kelebihan daya saing dan pada masa yang sama memberikan tawaran menarik kepada pelanggan untuk mendorong mereka memilih Sabah sebagai destinasi percutian pilihan mereka, ditambah dengan sokongan padu daripada duta pelancongan yang baharu dipilih dan usaha serta kerjasama lain, beliau percaya ia adalah perancangan yang tepat untuk memulihkan industri pelancongan.

Chong Wei turut berterima kasih kepada kerajaan negeri Sabah khususnya Kementerian Pelancongan Sabah kerana memberi penghargaan kepada beliau menjadi Duta Pelancongan Sabah yang baharu.

“Saya berharap dapat berkongsi pengalaman menarik saya mengenai destinasi pelancongan yang saya lawati di Sabah dan bercerita mengenainya dengan lebih terperinci kepada rakan-rakan saya, sekaligus dapat membantu menaikkan industri pelancongan di Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/27/lee-chong-wei-dilantik-sebagai-duta-pelancongan-sabah/feed/ 0 7974
Hajiji Terima Kunjungan Lee Chong Wei https://sabahmedia.com/2021/10/27/hajiji-terima-kunjungan-lee-chong-wei/ https://sabahmedia.com/2021/10/27/hajiji-terima-kunjungan-lee-chong-wei/#respond Wed, 27 Oct 2021 02:28:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7958
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan bekas pemain badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei disini semalam.

Kunjungan yang diadakan di kediaman rasmi Ketua Menteri itu turut dihadiri Menteri Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin; Pembantu Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Andi Suryady.

Hajiji berkata, beliau teruja kerana berpeluang untuk duduk bersama dan mendengar pengalaman serta pandangan daripada bekas pemain badminton nombor satu negara itu.

“Sebagai seorang wira negara dan bekas pemain ranking pertama dunia dalam sukan badminton, beliau (Chong Wei) sempat berkongsi dengan saya berkenaan kisah dan pengalaman hidup beliau yang bagi saya telah membantu beliau menjadi antara atlet sukan yang paling terkemuka di negara ini.

“Selain itu, beliau juga sempat memberikan pandangan dan cadangan beliau mengenai langkah-langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan dan memperkasakan industri sukan khususnya dalam membentuk pelapis sukan yang baharu terutamanya di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam hantaran di laman Facebook rasminya disini semalam.

Hajiji turut berharap agar bekas pemain badminton negara itu terus maju jaya dalam pelbagai perkara yang dilakukan.

“Terima kasih tidak terhingga atas pencapaian beliau dalam mengharumkan nama negara di persada dunia,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/27/hajiji-terima-kunjungan-lee-chong-wei/feed/ 0 7958
Chong Wei Serah Raket Kepada Tun Juhar & Isteri https://sabahmedia.com/2021/10/26/chong-wei-serah-raket-kepada-tun-juhar-isteri/ https://sabahmedia.com/2021/10/26/chong-wei-serah-raket-kepada-tun-juhar-isteri/#respond Tue, 26 Oct 2021 08:04:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7917
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU : Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menyerahkan raket kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Menurut Chong Wei, raket yang diserah kepada Tun Juhar itu merupakan raket yang pernah digunakan beliau semasa bertanding di kejohanan sukan olimpik, sementara Toh Puan menerima raket yang digunakan Chong Wei semasa kejohanan Malaysia Open yang lalu.

Chong Wei (kiri) dan isteri Datin Wong Mei Choo (kanan) merakamkan gambar bersama Tun Juhar dan Toh puan Norlidah.

“Saya tahu bahawa Toh Puan meminati sukan badminton dan peminat saya, oleh sebab itu saya menghadiahkan raket sebagai pembakar semangat kepada pemain badminton khususnya di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di Istana Seri Kinabalu selepas Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sabah, disini hari ini.

Beliau yang ditemani isteri, Datin Wong Mei Choo dianugerahkan watikah pelantikan sebagai Jaksa Pendamai (JP) sempena Hari Jadi Rasmi Ke-68 Yang di-Pertua Negeri Sabah./Penerangan-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/26/chong-wei-serah-raket-kepada-tun-juhar-isteri/feed/ 0 7917