lelaki cedera – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 15 Jan 2025 10:20:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png lelaki cedera – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki cedera, terjatuh dari tingkap bilik tingkat dua bangunan di Putatan https://sabahmedia.com/2025/01/15/lelaki-cedera-terjatuh-dari-tingkap-bilik-tingkat-dua-bangunan-di-putatan/ https://sabahmedia.com/2025/01/15/lelaki-cedera-terjatuh-dari-tingkap-bilik-tingkat-dua-bangunan-di-putatan/#respond Wed, 15 Jan 2025 10:20:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66980
Read Time:46 Second

PENAMPANG: Seorang lelaki berusia 38 tahun ditemui terbaring di atas jalan selepas dipercayai terjatuh dari tingkap bilik sewa tingkat dua sebuah bangunan di Putatan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menerima panggilan daripada orang awam mengenai insiden itu sekitar jam 12.20 tengah hari.

Katanya, Unit Ronda Cegah Jenayah (RCJ) dari Balai Polis Putatan segera ke lokasi kejadian dan menemui mangsa dalam keadaan terbaring di jalan raya.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu terjatuh dari tingkap bilik sewanya di tingkat dua bangunan tersebut.

“Mangsa, seorang warga tempatan, mengalami beberapa kecederaan di badan dan telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Sammy meminta saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

‘Orang ramai juga diingatkan untuk tidak menyebarkan gambar kejadian di media sosial demi menjaga sensitiviti mangsa dan keluarganya,” tegas beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/15/lelaki-cedera-terjatuh-dari-tingkap-bilik-tingkat-dua-bangunan-di-putatan/feed/ 0 66980
Rumah terbakar, lelaki cedera https://sabahmedia.com/2022/12/22/rumah-terbakar-lelaki-cedera/ https://sabahmedia.com/2022/12/22/rumah-terbakar-lelaki-cedera/#respond Thu, 22 Dec 2022 13:49:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26747
Read Time:32 Second

PAPAR: Seorang lelaki cedera selepas cuba menyelamatkan diri dalam satu kejadian kebakaran rumah di Kampung Sabandil, di sini, pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.56 pagi mengenai kejadian kebakaran itu.

“Sepasukan Bomba bergegas ke lokasi kejadian mendapati kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis kekal terbakar 90 peratus. Terdapat seorang mangsa mengalami kecederaan ringan terluka di kaki ketika menyelamatkan diri.

“Mangsa seorang lelaki berusia 39 tahun itu kemudiannya diberi rawatan oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Operasi terkawal dan tamat sepenuhnya pada jam 10.33 pagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/22/rumah-terbakar-lelaki-cedera/feed/ 0 26747
lelaki cedera dihempap pokok semasa memancing ikan https://sabahmedia.com/2022/12/08/lelaki-cedera-dihempap-pokok-semasa-memancing-ikan/ https://sabahmedia.com/2022/12/08/lelaki-cedera-dihempap-pokok-semasa-memancing-ikan/#respond Thu, 08 Dec 2022 02:21:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=25955
Read Time:44 Second

KOTA BELUD: Seorang lelaki cedera dihempap pokok semasa sedang memancing ikan di tepi sungai di Kg Tamu Darat dekat sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud PPgB Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.46 malam tadi (7 Dis) mengenai kejadian tersebut.

“Setiba pasukan Bomba di lokasi kejadian mendapati pokok tumbang menghempap seorang mangsa yang sedang melakukan aktiviti memancing ikan di tepi sungai menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam sungai sedalam 12 kaki.

“Mangsa dikenali sebagai Belingi Ewoi @ Yawai, 59, berjaya diselamatkan oleh anak mangsa dan berpaut pada pokok yang tumbang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Syazwan berkata, pasukan Bomba menjalankan operasi menyelamat menggunakan sistem hauling dan membawa mangsa naik ke tebing sejauh 15 meter menggunakan stretcher.

“Mangsa diberi rawatan awal dan diserahkan kepada pihak Ambulan untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada jam 10:44 malam tadi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/08/lelaki-cedera-dihempap-pokok-semasa-memancing-ikan/feed/ 0 25955