Lelaki dilaporkan hilang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 01 Aug 2023 08:45:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Lelaki dilaporkan hilang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki dilaporkan hilang, mayatnya ditemui dalam longkang https://sabahmedia.com/2023/08/01/lelaki-dilaporkan-hilang-mayatnya-ditemui-dalam-longkang/ https://sabahmedia.com/2023/08/01/lelaki-dilaporkan-hilang-mayatnya-ditemui-dalam-longkang/#respond Tue, 01 Aug 2023 08:32:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39362
Read Time:1 Minute, 13 Second

PUTATAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu (23 Julai), mayatnya ditemui di dalam longkang oleh pekerja pembersihan di Jalan Kota Kinabalu – Papar berhadapan Kem Lok Kawi dekat sini pagi tadi (1 Ogos).

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan (DSP) Sammy Newton mengesahkan penemuan mayat mangsa dikenali sebagai Sefuan Taha.

Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang mengesahkan telah menerima satu maklumat awam mengenai kes kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal pada jam 8.35 pagi Selasa (1 Ogos) di Jalan Kota Kinabalu – Papar berhadapan Kem Lok Kawi, Putatan.

“Hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada penunggang motosikal
(mangsa) yang datang dari arah Kota Kinabalu menghala ke Papar, tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke sebelah kiri longkang berhadapan Kem Lok Kawi, Putatan.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat ditemui oleh pekerja pembersihan di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Sammy, mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun dan telah dilaporkan hilang oleh keluarganya sebelum ini.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1 untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sehubungan dengan itu, pihak polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat segera di balai polis yang berdekatan.

Pihak polis juga meminta orang awam tidak menyebarkan gambar- gambar mangsa di lokasi kejadian dan fakta yang tidak sahih bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/01/lelaki-dilaporkan-hilang-mayatnya-ditemui-dalam-longkang/feed/ 0 39362
Lelaki dilaporkan hilang, dibaham buaya https://sabahmedia.com/2023/05/10/lelaki-dilaporkan-hilang-dibaham-buaya/ https://sabahmedia.com/2023/05/10/lelaki-dilaporkan-hilang-dibaham-buaya/#respond Wed, 10 May 2023 09:47:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34128
Read Time:58 Second

BELURAN: Seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya ketika sedang mencuci kaki dan tangan di tepi Sungai Rawog, Ladang Linbar 2 dekat sini pada Selasa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, Bilik Kawalan Balai terima panggilan daripada Balai Polis Kinabatangan terdapat seorang mangsa lelaki dilaporkan dibaham buaya di lokasi Sungai Rawog, Ladang Linbar 2, Beluran pada 9 Mei 2023 jam 3.51 petang.

Katanya, menurut saksi, sebelum kejadian mangsa melakukan aktiviti membersihkan kawasan pagar elektrik di dalam kawasan estate bersempadan dengan Sungai Rawog.

“Semasa berehat, mangsa pergi ke tepi sungai untuk mencuci tangan dan kaki, tiba-tiba buaya muncul dan mengheret mangsa ke dalam sungai.

“Mangsa sempat menjerit meminta tolong namun tidak dapat dibantu oleh kawan mangsa yang juga sama-sama bekerja di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, hari ini adalah hari ke-2 operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan di sekitar lokasi berkenaan namun sehingga kini mangsa yang dikenali sebagai Rudi Amirrudin berusia 28 tahun itu masih belum ditemui.

“Walau bagaimanapun usaha pencarian bersama agensi lain masih dijalankan dan maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/10/lelaki-dilaporkan-hilang-dibaham-buaya/feed/ 0 34128