lelaki ditemui – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 15 May 2023 02:15:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png lelaki ditemui – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki ditemui rentung dalam kebakaran rumah kongsi di Kalabakan https://sabahmedia.com/2023/05/15/lelaki-ditemui-rentung-dalam-kebakaran-rumah-kongsi-di-kalabakan/ https://sabahmedia.com/2023/05/15/lelaki-ditemui-rentung-dalam-kebakaran-rumah-kongsi-di-kalabakan/#respond Mon, 15 May 2023 02:15:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34393
Read Time:1 Minute, 7 Second

TAWAU: Seorang lelaki ditemui rentung terlibat dalam kebakaran yang memusnahkan satu blok rumah kongsi tujuh pintu di Brumas Estate, Kalabakan pada Ahad (14 Mei).

Pasukan polis membawa mayat mangsa kebakaran rumah kongsi tersebut untuk siasatan lanjut. – Foto ihsan BBP Tawau

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau menerima panggilan kecemasan dari Balai Polis Bombalai berkenaan kes kebakaran rumah kongsi di Brumas Estate, Kalabakan.

Katanya, kebakaran berlaku pada jam 9 pagi pada Ahad (14 Mei) dan pengadu tidak dapat membuat laporan kepada pihak bomba semasa kejadian berikutan tiada liputan rangkaian komunikasi.

“Pengadu membuat laporan ke balai polis berdekatan (Bombalai) berkenaan kejadian tersebut dan menjumpai seorang mangsa rentung di dalam kebakaran rumah kongsi itu.

“Seterusnya pihak polis memaklumkan kes kebakaran kepada pihak bomba pada jam 1.50 petang.

“Pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian untuk mengambil maklumat dan membuat pengesahan kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan satu blok rumah kongsi tujuh pintu jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus.

“Tindakan pasukan bomba di lokasi menyerahkan mangsa rentung kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Mangsa yang rentung itu dikenali sebagai Sofian Aggel Ibrahim berusia 52 tahun.

“Pemeriksaan dijalankan bagi memastikan tidak ada keberbahayaan lain dan operasi ditamatkan sepenuhnya 6.31 petang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/15/lelaki-ditemui-rentung-dalam-kebakaran-rumah-kongsi-di-kalabakan/feed/ 0 34393
Lelaki ditemui mati di kawasan semak di Tuaran https://sabahmedia.com/2023/05/14/lelaki-ditemui-mati-tergantung-atas-pokok/ https://sabahmedia.com/2023/05/14/lelaki-ditemui-mati-tergantung-atas-pokok/#respond Sun, 14 May 2023 06:43:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34339
Read Time:1 Minute, 24 Second

TUARAN: Seorang lelaki ditemui di kawasan semak berdekatan bangunan Loji Rawatan Air Jetama Sdn Bhd, dekat sini oleh orang awam pada jam 12.14 tengah hari pada Jumaat lalu (12 Mei).

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintenden Noraidin Ag. Maidin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mangsa pada 12 Mei 2023 jam 2.07 petang melalui talian 999.

“Dari hasil siasatan polis mendapati, seorang lelaki tanpa baju berseluar jeans warna biru dan tiada sebarang kecederaan pada tubuh badan mangsa.

“Dan tiada kesan pergelutan di kawasan semak tempat kejadian. Pemeriksaan pada poket seluar dan juga beg yang dijumpai tiada penemuan sebarang dokumen diri si mati,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Noraidin, dari keterangan saksi awam yang berada di tempat kejadian yang merupakan pekerja tapak pembinaan bangunan dan pagar Loji Rawatan Air JETAMA Sdn Bhd semasa mahu memulakan kerja-kerja mengecat terlihat mangsa di lokasi berkenaan dan terus memberitahu majikan yang turut berada di lokasi kejadian yang kemudiannya memaklumkan kepada staf Jabatan Air kebetulan berada di bangunan bersebelahan sedang menyambut majlis aidil fitri yang kemudian menghubungi 999.

“Menurut saksi sudah memulakan kerja-kerja di tapak binaan tersebut hampir 4 bulan sejak awal Januari 2023. Kali terakhir tinggalkan lokasi kejadian pada 11/05/2023 jam 1700hrs dan tiada melihat apa-apa yang ganjil atau mencurigakan di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, identiti diri mangsa belum diketahui, tetapi ciri-ciri mangsa adalah seorang lelaki, berumur dalam lingkungan 40an, tinggi lebih kurang 5 kaki 4 inci, warna kulit hitam (sawoh matang) dan rambut ikal warna hitam.

Noraidin berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tuaran untuk prosedur Saringan Covid 19. Usaha untuk mengesan waris si mati sedang dijalankan dan siasatan masih diteruskan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/14/lelaki-ditemui-mati-tergantung-atas-pokok/feed/ 0 34339