Lelaki maut – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 04 Oct 2026 01:18:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Lelaki maut – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki maut, pacuan empat roda terbabas langgar pokok https://sabahmedia.com/2026/10/04/lelaki-maut-pacuan-empat-roda-terbabas-langgar-pokok/ https://sabahmedia.com/2026/10/04/lelaki-maut-pacuan-empat-roda-terbabas-langgar-pokok/#respond Sun, 04 Oct 2026 01:18:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104714
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 44 tahun maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di Jalan Tuaran Bypass, berhampiran Chan Furniture, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa dipercayai memandu bersendirian dari arah Tebobon menuju ke pusat bandaraya Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain berkata, siasatan awal mendapati sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan jenis Mitsubishi Triton dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar pokok.

“Akibat kemalangan itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan tidak sedarkan diri sebelum dikeluarkan oleh pasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Likas.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 1.31 pagi oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Brymenedren Godon di talian 010-7768802 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Shahrudin turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa memandu dengan cermat dan berhemah serta mematuhi peraturan lalu lintas bagi memastikan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/04/lelaki-maut-pacuan-empat-roda-terbabas-langgar-pokok/feed/ 0 104714
Lelaki maut tercampak keluar kenderaan, hanyut arus deras https://sabahmedia.com/2026/10/02/lelaki-maut-tercampak-keluar-kenderaan-hanyut-arus-deras/ https://sabahmedia.com/2026/10/02/lelaki-maut-tercampak-keluar-kenderaan-hanyut-arus-deras/#respond Fri, 02 Oct 2026 09:58:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104630
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia lingkungan 20-an ditemui maut selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan apabila kenderaan dipandunya terbabas sebelum dia tercampak keluar dan dihanyutkan arus deras di Jalan Pan Borneo Inanam, berhampiran simpang masuk Kampung Kawakaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain, berkata pihaknya menerima maklumat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah kira-kira jam 10.50 pagi hari ini berhubung penemuan mayat seorang lelaki di kawasan Kampung Kawakaan, Inanam.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 4 petang semalam (1 Oktober) , apabila Honda WR-V dipandu mangsa dari arah Penampang menuju ke Menggatal dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan, melanggar penghadang jalan dan terjunam ke dalam parit.

“Mangsa dipercayai tercampak keluar dari kenderaan sebelum dihanyutkan arus deras.

“Operasi mencari dan menyelamat oleh pihak bomba terpaksa dihentikan sementara pada malam kejadian berikutan keadaan cuaca dan arus deras sebelum disambung semula pada pagi 2 Oktober,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrudin berkata, mangsa kemudian ditemukan tersangkut pada kayu di dalam sungai, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Royston Ubak di talian 016-3130153 atau mana-mana balai polis berhampiran.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/02/lelaki-maut-tercampak-keluar-kenderaan-hanyut-arus-deras/feed/ 0 104630
Lelaki maut, tujuh kenderaan terlibat kemalangan di Luyang https://sabahmedia.com/2026/09/14/lelaki-maut-tujuh-kenderaan-terlibat-kemalangan-di-luyang/ https://sabahmedia.com/2026/09/14/lelaki-maut-tujuh-kenderaan-terlibat-kemalangan-di-luyang/#respond Mon, 14 Sep 2026 01:27:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103357
Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 44 tahun maut selepas tersepit dalam sebuah kenderaan dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan dan sebuah motosikal di jejambat (flyover) menghala ke Luyang, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.33 pagi itu, mangsa dilaporkan tersepit di dalam sebuah Toyota Hilux yang dipandunya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas menerima panggilan kecemasan sebelum jentera bersama enam anggota tiba di lokasi pada jam 6.41 pagi.

“Pasukan bomba menggunakan peralatan khas penyelamatan bagi mengeluarkan seorang mangsa lelaki yang tersepit di dalam kenderaannya.

“Mangsa berjaya dikeluarkan, namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan pada jam 7.55 pagi selepas keadaan di lokasi kejadian dipastikan selamat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/14/lelaki-maut-tujuh-kenderaan-terlibat-kemalangan-di-luyang/feed/ 0 103357
Lelaki dilapor hilang, rupanya maut tertembak rakan ketika memburu https://sabahmedia.com/2026/07/13/lelaki-dilapor-hilang-rupanya-maut-tertembak-rakan-ketika-memburu/ https://sabahmedia.com/2026/07/13/lelaki-dilapor-hilang-rupanya-maut-tertembak-rakan-ketika-memburu/#respond Mon, 13 Jul 2026 02:09:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99773
Read Time:1 Minute, 9 Second

SIPITANG: Misteri kehilangan seorang lelaki berusia lingkungan 50-an sejak minggu lalu akhirnya terungkai apabila mangsa ditemui meninggal dunia dalam keadaan mayat sudah mula mereput di kawasan hutan Kampung Takula, di sini, selepas dipercayai tertembak ketika aktiviti memburu.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Superintenden Awang Anak Suanda berkata, mangsa pada awalnya dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah, menyebabkan keluarganya membuat laporan polis pada Selasa.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa keluar pada Jumaat (3 Julai) bersama dua rakannya untuk memancing sebelum dipercayai meneruskan aktiviti memburu di kawasan hutan Kampung Takula.

“Pada Ahad, kedua-dua rakannya pulang ke rumah, namun mangsa tidak pulang sehingga keluarganya membuat laporan orang hilang pada Selasa.

“Hasil siasatan lanjut, polis menerima maklumat bahawa mangsa dipercayai tertembak ketika aktiviti memburu,” katanya ketika dihubungi media.

Beliau berkata, Jumaat lalu kedua-dua suspek yang masing-masing berusia lingkungan 50-an telah ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, susulan dari penahan itu kedua-dua suspek membawa ke lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan menemukan mayat mangsa yang disembunyikan di dalam semak dan dipercayai sudah beberapa hari berada di situ sehingga mengalami pereputan.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai panik dan takut selepas mangsa tertembak sebelum bertindak menyembunyikan mayatnya di kawasan semak.

“Polis turut merampas dua laras senjata api buatan sendiri jenis bakakuk daripada suspek.

“Kedua-dua suspek kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/13/lelaki-dilapor-hilang-rupanya-maut-tertembak-rakan-ketika-memburu/feed/ 0 99773
Lelaki ditemukan maut di hutan https://sabahmedia.com/2026/06/15/lelaki-ditemukan-maut-di-hutan/ https://sabahmedia.com/2026/06/15/lelaki-ditemukan-maut-di-hutan/#respond Mon, 15 Jun 2026 12:16:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98272
Read Time:1 Minute, 24 Second

PENAMPANG: Seorang lelaki tempatan ditemukan meninggal dunia di kawasan hutan Kampung Togudon di sini pagi tadi, dipercayai akibat dibidas pokok yang ditebang sendiri ketika menjalankan aktiviti di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menerima laporan mengenai penemuan mayat lelaki berusia 48 tahun itu pada kira-kira jam 6 pagi.

Menurutnya, mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap di atas laluan kebun di kawasan hutan oleh penduduk kampung.

“Hasil siasatan mendapati mangsa kali terakhir dilihat oleh ahli keluarganya pada petang 10 Jun lalu sebelum memasuki kawasan hutan bagi memeriksa dan menjaga pukat kelawar miliknya.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian turut menemukan sebuah mesin pemotong kayu (chainsaw) serta beberapa barangan peribadi milik mangsa berhampiran tempat mayat ditemui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian awal di lokasi kejadian, mangsa dipercayai mengalami kecederaan parah akibat dibidas pokok yang ditebang sendiri semasa menjalankan aktiviti di kawasan tersebut.

Katanya, pemeriksaan tempat kejadian dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang bersama Pasukan Forensik D10, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah dikesan yang boleh dikaitkan dengan kejadian ini,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu untuk bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian.

Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat dan siasatan lanjut.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis serta tidak menyebarkan gambar atau video kejadian bagi menghormati sensitiviti keluarga dan waris mangsa.

Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Ahmad Amir Fitri Ab. Rahman di talian 016-4492215 atau menghubungi IPD Penampang di talian 088-712222.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/15/lelaki-ditemukan-maut-di-hutan/feed/ 0 98272
Lelaki maut terkena renjatan elektrik di atas bumbung https://sabahmedia.com/2026/05/10/lelaki-maut-terkena-renjatan-elektrik-di-atas-bumbung/ https://sabahmedia.com/2026/05/10/lelaki-maut-terkena-renjatan-elektrik-di-atas-bumbung/#respond Sun, 10 May 2026 03:24:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96431
Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di atas bumbung sebuah restoran makanan laut di Sepanggar, di sini, dalam kejadian petang Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam kira-kira jam 1.00 petang semalam (9 Mei) memaklumkan terdapat seorang lelaki terbaring tidak sedarkan diri di atas bumbung premis berkenaan.

Menurutnya, sepasukan polis bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta pihak Sabah Electricity Sdn Bhd telah digerakkan ke lokasi bagi tindakan keselamatan dan siasatan lanjut.

“Pemeriksaan awal oleh pegawai perubatan dari Hospital Likas mengesahkan mangsa meninggal dunia pada jam lebih kurang 3.02 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat.

Hasil siasatan awal di lokasi mendapati mangsa dipercayai cuba memotong wayar elektrik di atas bumbung sebelum terkena renjatan elektrik. Pemeriksaan turut menemui kesan terbakar dan melecur pada jari kanan mangsa.

Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan tiada unsur jenayah dikesan.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Luyang pada hari yang sama, seorang lelaki tidak dikenali turut ditemukan meninggal dunia di belakang sebuah rumah.

Syed Lot berkata, Balai Polis Luyang menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.30 petang daripada pengadu yang memaklumkan penemuan lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan berkenaan.

Katanya, pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth II mengesahkan lelaki itu meninggal dunia pada jam 6.34 petang.

“Hasil pemeriksaan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kota Kinabalu bersama pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) mendapati tiada unsur jenayah pada tubuh mangsa.

“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat dan kes turut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan spekulasi atau maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/10/lelaki-maut-terkena-renjatan-elektrik-di-atas-bumbung/feed/ 0 96431
Perselisihan faham punca pelajar lelaki maut dipukul di asrama kolej https://sabahmedia.com/2024/03/22/perselisihan-faham-punca-pelajar-lelaki-maut-dipukul-di-asrama-kolej/ https://sabahmedia.com/2024/03/22/perselisihan-faham-punca-pelajar-lelaki-maut-dipukul-di-asrama-kolej/#respond Fri, 22 Mar 2024 13:02:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51443
Read Time:1 Minute, 28 Second

LAHAD DATU: Seorang pelajar lelaki maut dipercayai dipukul berpunca daripada perselisihan faham antara penghuni asrama di salah sebuah kolej di Lahad Datu awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu
Asisten Komisioner Dr. Rohan Shah Ahmad dalam kenyataannya hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, pihaknya telah menerima laporan polis yang dibuat oleh pengarah kolej terbabit, berhubung dengan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun dan merupakan penghuni asrama kolej tersebut yang dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pada jam lebih kurang 6.50 pagi tadi (22 Mac) pelajar lelaki tersebut telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan,” katanya.

Menurut Rohan Shah, bertindak di atas laporan yang dibuat itu, sepasukan Polis Dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu telah
bergegas ke tempat kejadian.

“Siasatan mendapati, kejadian berlaku di bangunan tingkat asrama lelaki kolej terbabit dan mendapati kejadian benar berlaku berikutan penemuan satu mayat remaja lelaki dalam keadaan terbaring di atas lantai di dalam sebuah bilik di asrama kolej itu.

“Pemeriksaan selanjutnya mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh badan mangsa.

“Pihak polis mengenalpasti punca kejadian ialah perselisihan faham antara
mangsa dengan penghuni-penghuni asrama yang lain,” jelasnya.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Lahad Datu bagi proses bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian mangsa.

“Sehingga kini, pihak polis telah menahan seramai 13 orang
pelajar lelaki berusia lingkungan antara 16 sehingga 19 tahun.

“Manakala, satu rampasan alat pengecas telefon pintar yang
dipercayai berkait dengan siasatan kes ini,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Rohan Shah turut menyeru kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dalam kes ini dan pihak polis sedang menjalankan siasatan secara terperinci dari pelbagai sudut secara telus.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/22/perselisihan-faham-punca-pelajar-lelaki-maut-dipukul-di-asrama-kolej/feed/ 0 51443
Lelaki maut terkena renjatan elektrik https://sabahmedia.com/2024/03/11/lelaki-maut-terkena-renjatan-elektrik/ https://sabahmedia.com/2024/03/11/lelaki-maut-terkena-renjatan-elektrik/#respond Mon, 11 Mar 2024 07:56:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50931
Read Time:42 Second

SANDAKAN: Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian
di Kampung Datu Pangeran Batu 7 dekat sini pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Ridzsfar Jafar, 18, disahkan meninggal dunia oleh pegawai polis yang berada di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 11.06 pagi tadi (11 Mac).

Katanya, mangsa yang sedang lalu di lokasi kejadian dipercayai terkena renjatan elektrik.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di oleh pegawai Polis di lokasi kejadian.

“Pasukan Bomba bertindak mengangkat mangsa menggunakan stretcher dan menyerahkan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, agensi yang terlibat selain PDRM, petugas dari Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) turut berada di lokasi kejadian.

“Operasi ditamatkan pada jam 11.59 pagi setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/11/lelaki-maut-terkena-renjatan-elektrik/feed/ 0 50931
Lelaki maut terkena renjatan elektrik di laluan pejalan kaki https://sabahmedia.com/2023/05/04/lelaki-maut-terkena-renjatan-elektrik-di-laluan-pejalan-kaki/ https://sabahmedia.com/2023/05/04/lelaki-maut-terkena-renjatan-elektrik-di-laluan-pejalan-kaki/#respond Thu, 04 May 2023 13:36:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33811
Read Time:1 Minute, 34 Second

LABUAN: Seorang lelaki maut disyaki terkena renjatan elektrik di laluan pejalan kaki, Jalan Tanjung Purun dekat sini pada Khamis (4 Mei).

Ketua Polis Daerah Labuan Superintenden Ahmad Jawila berkata, pada Khamis (4 Mei) jam lebih kurang 12.05 pagi, pihak polis telah menerima maklumat daripada pengadu (abang mangsa) yang memaklumkan telah menjumpai adiknya sedang terbaring tidak sedarkan diri di laluan pejalan kaki, Jalan Tanjung Purun, W.P. Labuan disyaki terkena renjatan elektrik.

“Bertindak atas maklumat tersebut, pihak polis telah menghubungi Hospital Labuan, Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB) dan Perbadanan Labuan untuk tindakan lanjut.

“Pihak ambulan kemudian telah sampai di tempat kejadian dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam satu media kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad, pihak SESB dan Perbadanan Labuan kemudiannya bertindak pantas memutuskan bekalan elektrik di lokasi tersebut sebagai tindakan pencegahan dan
menyiasat punca kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati pengadu keluar berjalan kaki untuk mencari mangsa kerana tidak pulang ke rumah pada jam 11.30 malam setelah selesai bekerja di salah sebuah hotel di Labuan.

“Mangsa dikenali sebagai Ryandeigo Roselee berusia 18 tahun berasal dari Kampung Pauh Tulid, Sook, Keningau telah dijumpai oleh pengadu sedang terbaring di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Labuan untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian. Kes diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, pihak polis memaklumkan bahawa lokasi kejadian iaitu laluan pejalan kaki Jalan Tanjung Purun menuju ke bangunan Ujana Kewangan ditutup sementara waktu sehingga pihak polis mendapat pengesahan daripada agensi terlibat khususnya pihak SESB dan Perbadanan Labuan bahawa laluan tersebut selamat digunakan oleh orang ramai.

“Laluan alternatif bagi pejalan kaki yang dapat digunakan oleh orang ramai ialah Jalan Merdeka berhadapan dengan Padang Dataran Labuan.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan yang terdapat bekalan/punca arus elektrik bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku khususnya pada musim hujan ketika ini di Labuan,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/04/lelaki-maut-terkena-renjatan-elektrik-di-laluan-pejalan-kaki/feed/ 0 33811
Lelaki maut terjatuh dari tingkat 5 bangunan https://sabahmedia.com/2023/04/22/lelaki-maut-terjatuh-dari-tingkat-5-bangunan/ https://sabahmedia.com/2023/04/22/lelaki-maut-terjatuh-dari-tingkat-5-bangunan/#respond Sat, 22 Apr 2023 12:40:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33220
Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 36 tahun ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat lima ke beranda tingkat satu bangunan dalam satu kejadian di Megah D’aru Hotel dekat sini pada jam 6.15 petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Roslee Roslan disahkan meninggal dunia oleh pihak pasukan perubatan di lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.15 petang tadi (22 April) mengenai kejadian berkenaan.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati seorang mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat lima ke beranda tingkat satu bangunan.

“Pasukan Bomba menjalankan operasi membawa turun mangsa ke bawah. Namun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak pasukan perubatan.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada jam 6.42 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/22/lelaki-maut-terjatuh-dari-tingkat-5-bangunan/feed/ 0 33220