lelaki – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 20 May 2024 04:02:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png lelaki – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Suspek lelaki berkelakuan tidak senonoh dalam premis dikesan https://sabahmedia.com/2024/05/20/suspek-lelaki-berkelakuan-tidak-senonoh-dalam-premis-dikesan/ https://sabahmedia.com/2024/05/20/suspek-lelaki-berkelakuan-tidak-senonoh-dalam-premis-dikesan/#respond Mon, 20 May 2024 02:47:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54664
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Pihak polis sedang giat menjejaki seorang suspek lelaki berkelakuan tidak senonoh di dalam sebuah premis di Daerah Kota Kinabalu baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda mengesahkan telah menerima laporan berkaitan kes tersebut yang berlaku di salah sebuah kedai menjual aksesori telefon bimbit yang terletak di Menggatal.

Katanya, kejadian berlaku semasa pekerja kedai berkenaan menyedari seorang pelanggan lelaki yang tidak dikenali berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan dan memegang alat sulitnya sambil bertelefon.

“Pengadu tidak pernah melihat suspek sebelum ini dan suspek bukanlah pelanggan tetap di kedai tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kasim, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian mendapati seorang lelaki berbaju putih dengan zip seluarnya terbuka memegang kemaluan dan berlegar di kawasan belakang kedai tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, pihak polis masih menjejaki suspek dan meminta orang ramai yang mengenali suspek dikehendaki menghubungi balai polis yang berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Audrea Anak Johnson di talian 019-5209 0380.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/20/suspek-lelaki-berkelakuan-tidak-senonoh-dalam-premis-dikesan/feed/ 0 54664
Mayat lelaki warga Sweden ditemui dalam kapal pelayaran https://sabahmedia.com/2024/05/10/mayat-lelaki-warga-sweden-ditemui-dalam-kapal-pelayaran/ https://sabahmedia.com/2024/05/10/mayat-lelaki-warga-sweden-ditemui-dalam-kapal-pelayaran/#respond Fri, 10 May 2024 11:54:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54235
Read Time:48 Second

LABUAN: Mayat seorang lelaki warga Sweden ditemui dalam sebuah kapal pelayarannya yang berlabuh di perairan Labuan semalam.

Mangsa dikenali sebagai Dick Thomas @ Svahn berusia 55 tahun.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu pada jam 7.16 malam pada Khamis (9 Mei).

Katanya, hasil siasatan awal pihak polis di tempat kejadian mendapati mayat seorang lelaki warganegara Sweden, mangsa telah ditemui meninggal di dalam kapal pelayarannya.

“Pihak polis bersama pasukan Bomba telah mengambil masa hampir sejam bagi mengeluarkan mayat mangsa dari ruang kapal tersebut.

“Tempoh masa meninggal belum dapat dipastikan dan punca kematian masih dalam siasatan.

“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Labuan untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Mohd Hamizi menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga pihak polis menemui maklumat terbaru mengenai kejadian,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/10/mayat-lelaki-warga-sweden-ditemui-dalam-kapal-pelayaran/feed/ 0 54235
Empat suspek lelaki berjaya ditahan terlibat kes bunuh https://sabahmedia.com/2023/09/04/empat-suspek-lelaki-berjaya-ditahan-terlibat-kes-bunuh/ https://sabahmedia.com/2023/09/04/empat-suspek-lelaki-berjaya-ditahan-terlibat-kes-bunuh/#respond Mon, 04 Sep 2023 02:45:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41229
Read Time:1 Minute, 44 Second

KENINGAU: Polis berjaya menahan empat suspek lelaki dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang pekerja ladang sawit dalam kejadian di Kampung Batu 27, Jalan Tenom – Keningau baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Keningau Superintendan Yampil Anak Garai berkata, pada 29 Ogos 2023 jam lebih kurang 9.50 malam, pihak polis IPD Keningau telah menerima satu laporan berkaitan satu kejadian kes kematian dari orang awam yang melibatkan seorang lelaki warganegara Indonesia berumur 47 tahun.

“Hasil siasatan pihak polis, kejadian berlaku pada 27 Ogos 2023 jam lebih kurang 4 petang, seorang lelaki tempatan yang bertugas untuk meronda di kawasan kebun di Kampung Batu 27, Jalan Tenom – Keningau telah melihat mangsa terbaring di dalam rumah kebun dalam keadaan tidak sedarkan diri tetapi masih bernafas.

“Seterusnya mangsa telah dibawa ke Hospital Keningau untuk mendapatkan rawatan lanjut, namun pada 28 Ogos 2023, pihak hospital mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia akibat pendarahan dalaman otak yang mana terdapat benjolan pada kepala kanan mangsa.

“Punca awal pergaduhan ini disebabkan oleh kesemua empat suspek ini menuduh anak lelaki mangsa sebagai pencuri di kawasan ladang tempat kerja mereka dan ingin mendapatkan penjelasan. Berlaku cabar mencabar diantara mereka sehingga menyebabkan pergaduhan dan kematian mangsa,” kata Yampil ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Yampil, susulan dari maklumat, dua perempuan dan seorang lelaki telah ditahan polis bagi membantu siasatan kes tersebut untuk mengesan empat orang suspek utama yang terlibat dalam kes tersebut.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari bahagian siasatan jenayah IPD Keningau telah berjaya membuat tangkapan secara berasingan terhadap kesemua empat lelaki warganegara Indonesia berumur lingkungan 17 hingga 37 tahun pada 2 September 2023 diantara jam 8 pagi dan 3 petang di kawasan tepi jalan Kampung Bunga Raya Keningau dan hadapan rumah tidak bernombor di ladang sawit Sapong – Tenom.

“Kesemua suspek direman sehingga 7 September 2023. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Yampil turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam dan masyarakat yang telah membantu sehingga tertangkapnya kesemua suspek.

“Pihak polis juga menasihati orang awam untuk tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes tersebut di media sosial yang akan menjejaskan siasatan pihak polis,” tegas beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/04/empat-suspek-lelaki-berjaya-ditahan-terlibat-kes-bunuh/feed/ 0 41229
Lelaki ditahan reman lima hari bantu kes siasatan SPRM https://sabahmedia.com/2023/07/24/lelaki-ditahan-reman-lima-hari-bantu-kes-siasatan-sprm/ https://sabahmedia.com/2023/07/24/lelaki-ditahan-reman-lima-hari-bantu-kes-siasatan-sprm/#respond Mon, 24 Jul 2023 07:04:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38875
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang individu lelaki disyaki terlibat dengan sindiket penyamaran sebagai pegawai SPRM dan meminta rasuah daripada beberapa anggota polis.

Perintah reman terhadap suspek berkenaan selama lima hari bermula 24 Julai sehingga 29 Julai 2023 dikeluarkan oleh Majistret Lovely Natasha Charles di Mahkamah Majistret 1 Kota Kinabalu selepas pihak SPRM membuat permohonan tersebut pagi tadi.

Menurut SPRM Sabah, maklumat kes diterima mengatakan bahawa seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Pegawai Kanan SPRM dari Ibu Pejabat yang masih belum dikenali telah meminta wang rasuah dan sumbangan daripada beberapa anggota Polis Sabah sebagai balasan untuk menyelesaikan kes-kes siasatan SPRM.

Suspek hadir di mahkamah pagi tadi dengan memakai baju T-shirt berwarna jingga dan kedua-dua tangannya bergari.

Suspek diwakili barisan peguam Muhammad Amirul Amin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Khairudin Noordin.

Semalam Sabah media melaporkan SPRM Sabah telah berjaya menumpaskan satu sindiket penyamaran sebagai pegawai kanan SPRM dan pegawai kanan Menteri Dalam Negeri yang dipercayai menggunakan modus operandi bagi menyelesaikan kes yang disiasat oleh agensi penguat kuasa.

Hasil serbuan yang dijalankan di beberapa lokasi oleh pihak SPRM Sabah dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah di sekitar Kota Kinabalu, seramai tujuh individu warganegara Malaysia yang berusia di antara 20 hingga 30 tahun telah ditahan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/24/lelaki-ditahan-reman-lima-hari-bantu-kes-siasatan-sprm/feed/ 0 38875
Dua kanak-kanak lelaki ditemui lemas ketika mandi dalam parit https://sabahmedia.com/2023/02/14/dua-kanak-kanak-lelaki-ditemui-lemas-ketika-mandi-dalam-parit/ https://sabahmedia.com/2023/02/14/dua-kanak-kanak-lelaki-ditemui-lemas-ketika-mandi-dalam-parit/#respond Tue, 14 Feb 2023 14:23:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29586
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA MARUDU: Dua kanak-kanak lelaki ditemui lemas di dalam parit, salah seorang daripadanya disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital manakala seorang lagi masih tidak sedarkan diri.

Dalam kejadian kedua-dua mangsa berusia 10 tahun itu ditemui lemas semasa menjalankan aktiviti memancing dan mandi-manda di kawasan parit Jalan Radu, Kota Marudu pada petang tadi (14 Feb).

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.49 petang tadi berhubung kejadian itu.

Katanya, menurut maklumat yang diperolehi terdapat dua orang kanak-kanak dilaporkan lemas semasa menjalankan aktiviti memancing dan mandi-manda di kawasan parit tersebut.

“Mangsa pertama berjaya diselamatkan oleh orang awam dan dilaporkan tidak sedarkan diri, seterusnya dibawa ke hospital oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Manakala mangsa kedua turut berjaya diselamatkan oleh orang awam dan dilaporkan tidak sedarkan diri, mangsa kedua sempat diberi bantuan pernafasan (CPR) oleh seorang pegawai bomba PBKII KUP Lainor Unsigang yang berada di luar waktu penugasan di lokasi kejadian sementara menunggu ketibaan pasukan Bomba dan Ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Namun menurut kenyataan itu, seorang mangsa dikenali sebagai Mohammad Azam Masrul Abdullah disahkan meninggal dunia oleh pihak pegawai perubatan di hospital Kota Marudu.

“Seterusnya operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 5.45 petang tadi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/14/dua-kanak-kanak-lelaki-ditemui-lemas-ketika-mandi-dalam-parit/feed/ 0 29586
Lelaki warga Filipina dikhuatiri lemas terjun ke laut, lari dari pihak polis https://sabahmedia.com/2023/02/11/lelaki-warga-filipina-dikhuatiri-lemas-terjun-ke-laut-lari-dari-pihak-polis/ https://sabahmedia.com/2023/02/11/lelaki-warga-filipina-dikhuatiri-lemas-terjun-ke-laut-lari-dari-pihak-polis/#respond Sat, 11 Feb 2023 07:05:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29402
Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga Filipina dikhuatiri lemas selepas terjun ke laut kerana ingin melarikan dari pihak polis dalam satu kejadian di Kampung Pukat Pasir Putih, Sandakan pada Jumaat.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.57 pagi tadi mengenai kejadian berkenaan.

“Menurut maklumat dari pihak polis mangsa telah terjun ke laut pada Jumaat (10 Feb) untuk melarikan diri dari pihak Polis.

“Pada mulanya operasi pencarian telah dijalankan oleh pihak Maritim lebih kurang sejam tetapi mangsa belum ditemui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seterusnya, misi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh pasukan Bomba pada hari ini (11 Feb) dengan melakukan kaedah ‘Surface Rescue’ manakala anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) bersiap sedia untuk melakukan selaman.

“Mangsa yang hanya dikenali sebagai Man berusia 18 tahun itu sehingga kini belum ditemui dan maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa,” kata kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/11/lelaki-warga-filipina-dikhuatiri-lemas-terjun-ke-laut-lari-dari-pihak-polis/feed/ 0 29402
Dua beradik lelaki cedera diserang buaya ketika memasang pam air https://sabahmedia.com/2023/02/07/dua-beradik-lelaki-cedera-diserang-buaya-ketika-memasang-pam-air/ https://sabahmedia.com/2023/02/07/dua-beradik-lelaki-cedera-diserang-buaya-ketika-memasang-pam-air/#respond Tue, 07 Feb 2023 13:46:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29201
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA MARUDU: Seorang lelaki parah manakala adiknya mengalami cedera ringan selepas diserang seekor buaya ketika turun ke sungai berhampiran rumahnya untuk memasang pam air di Kampung Sinasak, Pitas dekat sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan (Supt) Zairolnizal Ishak berkata, sebelum kejadian, kedua-dua mangsa lelaki adalah adik beradik masing-masing berusia 53 dan 51 tahun itu telah turun ke dalam sungai berhampiran rumah kediaman mereka pada jam 5.30 petang Isnin (6 Feb) untuk memasang pam air di Sungai Bengkoka, Kampung Sinasak, Pitas.

“Semasa kedua-dua mangsa membetulkan paip PVC di dalam sungai yang pada ketika itu air di paras lutut, mangsa tidak menyedari seekor buaya berukuran 2.4 meter datang dari arah sebelah kiri abangnya dan telah menyerang dengan menggigit bahagian kakinya.

“Melihat kejadian itu, adiknya cuba membantu menyelamatkan abangnya namun dia juga turut digigit buaya tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zairolnizal, kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Pitas untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Abangnya mengalami kecederaan parah di kedua belah kaki, tangan serta badan dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Pitas, manakala adiknya cedera ringan bahagian tangan kanan serta kaki sebelah kiri dan hanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

“Bagaimanapun, keadaan mangsa (abang) adalah stabil dan akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu (HQE) untuk rawatan lanjut,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/07/dua-beradik-lelaki-cedera-diserang-buaya-ketika-memasang-pam-air/feed/ 0 29201
Polis tahan lelaki tempatan bersama 2.076 kilogram dadah https://sabahmedia.com/2023/01/27/polis-tahan-lelaki-tempatan-bersama-2-076-kilogram-dadah/ https://sabahmedia.com/2023/01/27/polis-tahan-lelaki-tempatan-bersama-2-076-kilogram-dadah/#respond Fri, 27 Jan 2023 04:12:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28568
Read Time:1 Minute, 11 Second

TAWAU: Seorang lelaki tempatan ditahan bersama dadah disyaki jenis syabu seberat 2.076 kilogram bernilai RM130,000 dalam satu serbuan oleh sepasukan polis di kawasan bandar Sri Indah dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata,
bertindak di atas risikan maklumat dadah, pada 24 Januari 2023, jam lebih kurang 6.00 petang, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sabah serta daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau telah membuat serbuan dan tangkapan ke atas satu lelaki berbangsa cina warga tempatan berumur 53 tahun di kawasan bandar Sri Indah, Tawau.

“Pihak polis telah menahan suspek yang berada di dalam sebuah kenderaan pacuan 4 roda dan hasil pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut telah menjumpai dua bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat 2076.66 gram (2.076kg),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Jasmin, ujian saringan awal air kencing ke atas suspek dijalankan dan didapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine serta suspek juga merupakan seorang penganggur yang mempunyai empat rekod dadah dan empat rekod jenayah lampau.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah seksyen 39b akta dadah berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati,” katanya.

Jasmin berkata, usaha mengesan saki baki rangkaian pengedaran dadah juga sedang giat dijalankan.

“Pihak polis mengalu-alukan kerjasama serta maklumat daripada orang awam untuk bersama-sama membanteras kegiatan ini,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/27/polis-tahan-lelaki-tempatan-bersama-2-076-kilogram-dadah/feed/ 0 28568
Bomba selamatkan lelaki jatuh gaung https://sabahmedia.com/2023/01/22/bomba-selamatkan-lelaki-jatuh-gaung/ https://sabahmedia.com/2023/01/22/bomba-selamatkan-lelaki-jatuh-gaung/#respond Sun, 22 Jan 2023 08:02:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28306
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Pasukan Bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki telah terjatuh ke dalam gaung dengan kedalaman 200 kaki dalam satu kejadian di Kg Longkou Baru, Telipok, dekat sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.24 awal pagi tadi (22 Jan) mengenai kejadian berkenaan.

“Pasukan Bomba tiba di lokasi kejadian mendapati seorang mangsa lelaki dilaporkan telah jatuh kedalam gaung dengan kedalaman 200 kaki.

“Seterusnya pasukan Bomba bertindak membuat pencarian dikawasan tersebut. Mangsa telah ditemui oleh Pasukan Bomba dalam keadaan selamat dan hanya mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mangsa diberi rawatan awal oleh EMRS dan seterusnya diserahkan kepada pihak ambulan untuk rawatan lanjut. – Foto ihsan JBPM Sabah.

Menurutnya, mangsa yang berusia 38 tahun itu kemudian diberi rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS).

“Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak ambulan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 5.30 pagi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/22/bomba-selamatkan-lelaki-jatuh-gaung/feed/ 0 28306
Lelaki dibelasah curi syampu dan losyen tangan, langgar dua buah kenderaan https://sabahmedia.com/2022/12/29/lelaki-dibelasah-curi-syampu-dan-losyen-tangan-langgar-dua-buah-kenderaan/ https://sabahmedia.com/2022/12/29/lelaki-dibelasah-curi-syampu-dan-losyen-tangan-langgar-dua-buah-kenderaan/#respond Thu, 29 Dec 2022 12:59:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27116
Read Time:1 Minute, 52 Second

SEMPORNA: Tular video memaparkan seorang lelaki tempatan dibelasah teruk disyaki terlibat dalam kes kecurian barang di hypermarket Jalan Bugaya dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan (Supt) Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, berkaitan kes kejadian tular di media sosial berdurasi 1 minit 36 saat itu, pada 29 Disember 2022 jam lebih kurang 1.21 petang tadi, satu laporan polis telah dibuat menyatakan pada 28 Disember 2022 jam lebih kurang 3 petang semalam semasa pengadu sedang bekerja di sebuah hypermarket Jalan Bugaya Semporna telah menahan seorang lelaki disyaki terlibat dengan kecurian barang dalam pasaraya tersebut.

“Menurut pengadu, semasa hendak menahan lelaki itu, lelaki itu telah cuba melarikan diri dengan menggunakan kenderaan jenis Proton Saga warna hitam.

“Selepas itu, beberapa orang pekerja pasaraya telah cuba menahan lelaki itu, tetapi suspek telah bertindak memandu kenderaan secara berbahaya dan telah melanggar dua buah kenderaan jenis Honda dan van yang diletakkan di hadapan pasaraya menyebabkan kerosakan kepada kedua-dua kenderaan tersebut.

“Atas ihsan seorang yang baik hati telah membayar kerugian yang dialami dan kerosakan kenderaan yang terlibat. Suspek kemudiannya telah dilepaskan atas perbincangan antara mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Mohd Farhan, siasatan lanjut pihak polis, mendapati suspek berusia 40 tahun itu telah mencuri dua botol syampu dan satu unit losyen tangan bernilai RM126.

“Suspek mempunyai 11 rekod lampau iaitu dua kes jenayah dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, 380 Kanun Keseksaan dan sembilan rekod melibatkan kesalahan dadah. Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes ini,” katanya.

Berkenaan insiden yang berlaku di pasaraya berkenaan, beliau berkata, pihak polis juga sedang mengesan saksi untuk diambil keterangan.

“Bagaimanapun, pada 29 Disember 2022 jam lebih kurang 4.50 petang, pihak polis telah berjaya menahan saspek untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan suspek boleh dihukum penjara boleh sampai 10 tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya,” jelasnya.

Dalam pada itu, pihak polis menasihatkan pemilik-pemilik pasaraya sekiranya berlaku kejadian kecurian untuk datang ke balai polis membuat laporan dan menyerahkan suspek serta barang yang dicuri kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Sebarang maklumat berkenaan kejadian boleh disalurkan kepada Insp Jamal Tampak di talian 013-2111667, Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/29/lelaki-dibelasah-curi-syampu-dan-losyen-tangan-langgar-dua-buah-kenderaan/feed/ 0 27116