Lemah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 31 Aug 2023 03:34:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Lemah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Gempa bumi lemah berlaku di Ranau https://sabahmedia.com/2023/08/31/gempa-bumi-lemah-berlaku-di-ranau/ https://sabahmedia.com/2023/08/31/gempa-bumi-lemah-berlaku-di-ranau/#respond Thu, 31 Aug 2023 03:34:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41061
Read Time:35 Second

RANAU: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 skala Richter telah berlaku di Daerah Ranau pada jam 7.13 pagi tadi (31 Ogos).

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia Pusat Gempa Bumi tersebut terletak 6.1° Utara dan 116.6° Timur dengan kedalaman 5 kilometer, 13 kilometer Barat Laut dari Ranau, Sabah. Gegaran dirasai di Ranau dan kawasan sekitarnya.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Ranau telah menjalankan pemantauan dan pemeriksaan bangunan di sekitar Pekan Ranau, selepas berlakunya gegaran tersebut.

“Buat masa ini Bilik Kawalan BBP Ranau, tidak menerima panggilan kecemasan berkaitan gempa bumi dari orang awam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/31/gempa-bumi-lemah-berlaku-di-ranau/feed/ 0 41061
Ibubapa bina pondok atas pokok untuk anak ikuti PdPR ekoran capaian internet yang lemah https://sabahmedia.com/2021/08/08/ibubapa-bina-pondok-atas-pokok-untuk-anak-ikuti-pdpr-ekoran-capaian-internet-yang-lemah/ https://sabahmedia.com/2021/08/08/ibubapa-bina-pondok-atas-pokok-untuk-anak-ikuti-pdpr-ekoran-capaian-internet-yang-lemah/#respond Sun, 08 Aug 2021 14:37:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4326
Read Time:1 Minute, 5 Second

RANAU: Ibu bapa di tiga buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan terpaksa membina sebuah pondok di atas pokok bagi memberi kemudahan kepada anak mereka mengikuti pembelajaran dalam talian.

Ini kerana capaian internet yang lemah dan tidak stabil menyebabkan anak-anak mereka terpaksa mencari lokasi yang lebih tinggi.

Antara kampung terlibat adalah Kampung Sosondoton, Kampung Torolobou dan Kampung Ratau.

Salah seorang penduduk, Saifuddin Abdullah berkata, penduduk terlibat telah mengemukakan surat rasmi permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenalpasti kelemahan capaian internet di kawasan berkenaan.

“Kami telah mengajukan surat rasmi kepada SKMM beberapa tahun lalu namun sehingga kini kami belum menerima sebarang perkembangan positif berhubung masalah capaian internet.

“Justeru itu, kami terpaksa mencari alternatif lain membina pondok atas pokok agar anak-anak dapat mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian,” katanya kepada Sabah Media disini hari ini.

Katanya yang mengakui pembinaan pondok itu akan memberi risiko terhadap anak-anak mereka namun terpaksa berbuat demikian bagi memastikan sesi pembelajaran dan ulangkaji berjalan lancar.

“Anak-anak kami amat memerlukan capaian internet yang baik agar sesi pembelajaran mereka berjalan lancar kerana kita belum tahu bila sesi sekolah secara bersemuka akan dibuka.

“Justeru itu kami memohon pihak berwajib termasuk pemimpin setempat khususnya wakil rakyat kami agar dapat membantu mengatasi masalah ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/08/ibubapa-bina-pondok-atas-pokok-untuk-anak-ikuti-pdpr-ekoran-capaian-internet-yang-lemah/feed/ 0 4326
COVID-19: Pematuhan SOP lemah, 2 kluster baharu, 1 lokaliti dikenakan PKPD https://sabahmedia.com/2021/07/21/covid-19-pematuhan-sop-lemah-2-kluster-baharu-1-lokaliti-dikenakan-pkpd/ https://sabahmedia.com/2021/07/21/covid-19-pematuhan-sop-lemah-2-kluster-baharu-1-lokaliti-dikenakan-pkpd/#respond Wed, 21 Jul 2021 11:47:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3403
Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Terdapat dua kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Sawit Lung, Beluran dan Kluster Industri KKIP Selatan, Kota Kinabalu, Tuaran.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Sawit Lung, Beluran melibatkan jangkitan dalam ladang yang disyaki berpunca daripada pematuhan SOP yang lemah.

Katanya, kes indeks adalah lelaki, bukan warganegara, 35, bergejala sejak 12 Julai 2021, sebelum disahkan positif RTK-Ag dengan grading 80 peratus dalam saringan masuk ke ladang pada 14 Julai 2021.

Bagaimanapun, pada hari yang sama, tiga lagi kes positif dengan kaitan epidemiologi di tempat kerja.

Daripada 40 kontak yang disaring, 11 kontak dikesan positif melibatkan rakan sekerja dan ahli keluarga sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 15 kes.

Manakala, Kluster Industri KKIP Selatan, Kota Kinabalu, Tuaran berlaku di sebuah kilang plastik di kawasan perindustrian Kota Kinabalu.

Kes indeks adalah operator kilang, lelaki, 20, disahkan positif COVID-19 melalui ujian RTK-Ag dengan grading 97% di Family Care Clinic Sepanggar pada 12 Julai 2021, selepas bergejala pada 09 Julai 2021. Kes indeks telah dimasukkan ke PKRC untuk rawatan lanjut.

Daripada 45 sampel dalam kalangan kontak rapat yang diambil di daerah Kota Kinabalu, lapan kes telah dikesan positif termasuk enam kes baharu pada hari ini.

Manakala 32 sampel negatif sementara lima kes masih menunggu keputusan ujian saringan.

Selain itu, empat lagi kes dengan kaitan epidemiologi juga telah didaftarkan di daerah Tuaran, menjadikan jumlah kumulatif bagi kluster ini sebanyak 12 kes.

Dalam perkembangan lain, satu lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Taman Merpati, Sandakan berkuat kuasa pada 23 Julai 2021 hingga 5 Ogos 2021.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/21/covid-19-pematuhan-sop-lemah-2-kluster-baharu-1-lokaliti-dikenakan-pkpd/feed/ 0 3403