Lemas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 20 Jul 2026 23:27:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Lemas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua kanak-kanak lemas mandi di kolam terbiar https://sabahmedia.com/2026/07/21/dua-kanak-kanak-lemas-mandi-di-kolam-terbiar/ https://sabahmedia.com/2026/07/21/dua-kanak-kanak-lemas-mandi-di-kolam-terbiar/#respond Mon, 20 Jul 2026 23:27:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100225
Read Time:1 Minute, 6 Second

SANDAKAN: Dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia sembilan dan 11 tahun ditemukan lemas ketika mandi di sebuah kolam terbiar di Jalan Sungai Manila, di sini, petang Isnin.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 pada jam 6.01 petang semalam sebelum menggerakkan sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan ke lokasi kejadian.

Pasukan yang diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Rosemedian Majid, tiba di lokasi pada jam 6.36 petang selepas menempuh perjalanan sejauh 19 kilometer dari balai.

Menurut Komander Operasi, kedua-dua mangsa dipercayai lemas ketika menjalankan aktiviti mandi di kolam terbiar berkenaan.

“Sebaik pasukan bomba tiba di lokasi, kedua-dua mangsa telah berjaya dijumpai dan dibawa keluar oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Pemeriksaan yang dijalankan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba kemudian membantu mengangkat dan membawa kedua-dua mangsa ke lokasi yang selamat sebelum diserahkan kepada pihak KKM dan seterusnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

“Mangsa yang maut ialah dua kanak-kanak lelaki warga tempatan masing-masing berusia sembilan dan 11 tahun.

“Selepas memastikan tiada lagi sebarang bahaya di lokasi kejadian, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.08 malam,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/21/dua-kanak-kanak-lemas-mandi-di-kolam-terbiar/feed/ 0 100225
Komando VAT69 lemas semasa latihan menyelam di Pulau Mataking https://sabahmedia.com/2026/01/22/komando-vat69-lemas-semasa-latihan-menyelam-di-pulau-mataking/ https://sabahmedia.com/2026/01/22/komando-vat69-lemas-semasa-latihan-menyelam-di-pulau-mataking/#respond Thu, 22 Jan 2026 12:48:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90185
Read Time:1 Minute, 36 Second

SEMPORNA: Seorang pegawai kanan Pasukan 69 Komando (VAT69) Polis Diraja Malaysia (PDRM) disahkan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika menjalani latihan menyelam di Pos Gabungan PDRM-ATM Pulau Mataking, di sini, pagi Khamis.

Difahamkan mangsa, Inspektor Khairul Azhar Kamaruddin, 40-an, tidak sedarkan diri semasa latihan menyelam yang dijalankan oleh Pasukan Charlie VAT69 di perairan Pulau Mataking.

Menurut laporan awal, pasukan terbabit tiba dan melapor diri di Jeti Pas Platun Tak Mataking kira-kira jam 8 pagi sebelum membuat persiapan peralatan menyelam. Latihan bermula sekitar jam 9.15 pagi selepas pemakluman rasmi dibuat di pos berkenaan.

Bagaimanapun, kira-kira jam 10.25 pagi, Ketua Platun Tak Mataking menerima makluman kecemasan daripada pihak Reef Dive Resort bahawa seorang pegawai VAT69 tidak sedarkan diri semasa latihan menyelam.

Difahamkan, bantuan pertolongan cemas termasuk CPR telah diberikan oleh kakitangan resort bersama anggota Pasukan Charlie VAT69 di jeti resort berkenaan.

Mangsa kemudiannya dibawa menaiki bot ke Hospital Semporna kira-kira jam 10.45 pagi untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia.

Allahyarham merupakan Terup Komander 9, Skuadron C 69 Komando dan berkhidmat sebagai pegawai kanan dalam pasukan elit PDRM.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi hantaran di laman Facebook rasminya merakamkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham.

“Saya amat sedih menerima satu lagi berita kehilangan anggota PDRM hari ini dan kali ini adalah insiden semasa latihan menyelam di Pos Gabungan PDRM-ATM Pulau Mataking, Semporna, Sabah.

“Saya dimaklumkan bahawa pegawai kanan dari VAT69 Komando, Allahyarham Inspektor Khairul Azhar bin Kamaruddin telah terkorban semasa menjalani latihan tersebut dan sesungguhnya kehilangan beliau merupakan satu kehilangan yang besar kepada seluruh pasukan PDRM dan warga Kementerian Dalam Negeri,” katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham serta mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang beriman.

“Saya turut mendoakan agar Allah SWT menganugerahkan pahala atas segala jasa dan sumbangan beliau kepada negara,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/22/komando-vat69-lemas-semasa-latihan-menyelam-di-pulau-mataking/feed/ 0 90185
Kegembiraan sekumpulan rakan bermandi-manda bertukar tragedi, salah seorang ditemukan lemas https://sabahmedia.com/2025/11/08/kegembiraan-sekumpulan-rakan-bermandi-manda-bertukar-tragedi-salah-seorang-ditemukan-lemas/ https://sabahmedia.com/2025/11/08/kegembiraan-sekumpulan-rakan-bermandi-manda-bertukar-tragedi-salah-seorang-ditemukan-lemas/#respond Sat, 08 Nov 2025 03:25:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85253
Read Time:52 Second

Oleh Raul G

TAMPARULI: Kegembiraan sekumpulan remaja bermandi-manda berubah menjadi tragedi apabila salah seorang rakan mereka ditemukan lemas selepas dilaporkan hilang di Sungai Kampung Kimonsi, di sini.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan sebaik pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.05 petang, semalam berhubung kehilangan mangsa berusia 16 tahun itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohamad Nor Amit, berkata mayat remaja itu ditemui pada jam 9.15 pagi, hari ini oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).

“Mangsa dikenali Randell Junior Rony, ditemui di dasar sungai berkenaan, kira-kira 10 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang”.

“Mangsa disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, seramai 11 anggota termasuk pegawai menjalankan operasi SAR di lokasi kejadian beserta satu jentera dan satu kenderan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Operasi SAR turut dijalankan dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta penduduk kampung berhampiran.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.30 pagi kemudian,” tambahnya. – SABAH MEDIA / FOTO JBPM

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/08/kegembiraan-sekumpulan-rakan-bermandi-manda-bertukar-tragedi-salah-seorang-ditemukan-lemas/feed/ 0 85253
Remaja lelaki 16 tahun dikhuatiri lemas https://sabahmedia.com/2025/11/07/remaja-lelaki-16-tahun-dikhuatiri-lemas/ https://sabahmedia.com/2025/11/07/remaja-lelaki-16-tahun-dikhuatiri-lemas/#respond Fri, 07 Nov 2025 13:05:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85216
Read Time:49 Second

Oleh Raul G

TAMPARULI: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Sungai Kampung Kimonsi di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa yang dikenali Randell Junior Rony, belum ditemukan sehingga kini manakala pencarian mangsa masih giat dijalankan oleh pasukan penyelamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.05 petang berhubung kejadian terbabit.

Katanya, seramai sembilan anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian beserta satu jentera dan satu kenderan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapatkan maklumat dan bertindak menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa di sekitar kawasan sungai,” katanya dihubungi pemberita hari ini.

Menurutnya, operasi SAR juga dijalankan dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta penduduk kampung berhampiran.

“Sehingga kini, pasukan penyelamat belum menemui sebarang petunjuk.

“Sebarang perkembangan maklumat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/07/remaja-lelaki-16-tahun-dikhuatiri-lemas/feed/ 0 85216
Mayat kanak-kanak lima tahun ditemukan lemas, dua lagi masih hilang https://sabahmedia.com/2025/03/30/mayat-kanak-kanak-lima-tahun-ditemukan-lemas-dua-lagi-masih-hilang/ https://sabahmedia.com/2025/03/30/mayat-kanak-kanak-lima-tahun-ditemukan-lemas-dua-lagi-masih-hilang/#respond Sun, 30 Mar 2025 03:17:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71313
Read Time:45 Second

Oleh FLORIETA DIET

SANDAKAN: Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) berhampiran Pangkalan TLDM, manakala ibunya berjaya diselamatkan orang awam dalam insiden terjun ke laut awal pagi Ahad (30 Mac).

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Am Malaysia (APM) Sandakan hari ini, mayat kanak-kanak tersebut ditemui kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian di Tembok Bandar Sandakan.

“Difahamkan, ibu mangsa terjun ke laut bersama dua anaknya iaitu seorang anak perempuan berusia enam tahun (masih hilang) dan anak lelaki berusia lima tahun sekitar jam 12 pagi.

“Sepupu kepada ibu berkenaan, Ahmad Asmin, 22, turut hilang selepas terjun untuk cuba menyelamatkan mangsa namun gagal,” kata kenyataan itu.

Operasi SAR untuk mencari dua lagi mangsa yang hilang sedang giat dijalankan.

Selain APM, operasi ini turut disertai oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Kesihatan dengan melakukan pencarian di permukaan air dan tepi pantai.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/30/mayat-kanak-kanak-lima-tahun-ditemukan-lemas-dua-lagi-masih-hilang/feed/ 0 71313
Kanak-kanak hampir lemas diselamatkan penduduk kampung https://sabahmedia.com/2025/03/20/kanak-kanak-hampir-lemas-diselamatkan-penduduk-kampung/ https://sabahmedia.com/2025/03/20/kanak-kanak-hampir-lemas-diselamatkan-penduduk-kampung/#respond Thu, 20 Mar 2025 11:05:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70812
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh FLORIETA DIET

KENINGAU:  Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun yang dikhuatiri lemas di Sungai Kampung Baru Durok dekat sini, berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada petang Khamis.

Pengganti Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau Julius John Stephen JR, panggilan kecemasan diterima pada jam 1:34 petang melaporkan seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama rakan-rakannya.

Namun, sebelum ketibaan pasukan bomba, penduduk kampung telah bertindak cepat dan berjaya menyelamatkan mangsa.

“Ketika kanak-kanak sedang mandi di kawasan itu, seorang daripada mereka kelihatan di sedang hanyut dan meminta tolong. Orang awam yang menyaksikan kejadian itu, bertindak membuat panggilan kecemasan kepada pihak bomba.

“Pada masa yang sama, seorang penduduk kampung yang tinggal berdekatan sungai itu, turut terdengar jeritan kanak-kanak, bertindak segera menyelamatkan kanak-kanak itu,” katanya ketika dihubungi Sabah Media.

Tambahnya, pasukan BBP tiba di lokasi kejadian pada jam 1:42 petang dan terus membuat lawatan ke rumah mangsa untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai insiden tersebut.

“Menurut cerita mangsa, sebelah kakinya tiba-tiba berasa kejang ketika mandi, menyebabkan dia tidak dapat berenang ke tepi. Kanak-kanak itu bernasib baik kerana keadaan air tidak terlalu dalam dan dia tidak tenggelam walaupun kakinya menyentuh dasar sungai. Dia terlompat-lompat bagi memastikan dia tidak tenggelam sambil menjerit meminta tolong.,” katanya menambah, mangsa dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi yang melibatkan tiga anggota bomba dari BBP Keningau, diketuai oleh Komander Operasi PBK II Leong Hoi Min, tamat pada jam 2:20 petang setelah semua maklumat diperoleh dan keadaan mangsa dipastikan selamat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/20/kanak-kanak-hampir-lemas-diselamatkan-penduduk-kampung/feed/ 0 70812
Tragedi Lemas di Pantai Bundusan: Dua Mangsa Ditemui Meninggal Dunia https://sabahmedia.com/2024/12/26/tragedi-lemas-di-pantai-bundusan-dua-mangsa-masih-hilang/ https://sabahmedia.com/2024/12/26/tragedi-lemas-di-pantai-bundusan-dua-mangsa-masih-hilang/#respond Thu, 26 Dec 2024 11:49:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66013
Read Time:1 Minute, 12 Second

PAPAR: Suasana di Pantai Bundusan, Kampung Bundusan dekat sini bertukar pilu apabila empat individu dilaporkan lemas ketika menjalankan aktiviti riadah mandi-manda petang tadi (26 Dis).

Dua mangsa lelaki termasuk seorang remaja dan seorang kanak-kanak ditemui dan disahkan meninggal dunia, seorang mangsa selamat, manakala seorang mangsa lagi masih hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata maklumat mengenai kejadian itu diterima pada jam 5.38 petang tadi melalui panggilan kecemasan MERS999.

“Menurut laporan awal, seorang mangsa lelaki berusia 14 tahun ditemui oleh penduduk kampung sebelum pasukan bomba tiba.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas usaha CPR dilakukan bersama pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Seorang lagi mangsa lelaki berusia 12 tahun berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung dan berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun, menurutnya, pada jam 6.56 petang mangsa ketiga berjaya dijumpai oleh pasukan bomba.

“Mangsa kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu dijumpai terdampar di tepi pantai dan disahkan meninggal dunia oleh pihak pegawai perubatan KKM.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini sedang giat dijalankan oleh pihak bomba dengan bantuan agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM untuk mencari seorang lagi mangsa lelaki berusia 48 tahun yang masih hilang,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika menjalankan aktiviti di kawasan pantai terutama dalam cuaca tidak menentu.

Maklumat lanjut mengenai operasi ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/26/tragedi-lemas-di-pantai-bundusan-dua-mangsa-masih-hilang/feed/ 0 66013
Mayat mangsa lemas kanak-kanak perempuan empat tahun, dijumpai https://sabahmedia.com/2024/09/21/mayat-mangsa-kanak-kanak-perempuan-empat-tahun-lemas-dijumpai/ https://sabahmedia.com/2024/09/21/mayat-mangsa-kanak-kanak-perempuan-empat-tahun-lemas-dijumpai/#respond Sat, 21 Sep 2024 02:17:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60964
Read Time:58 Second

TAWAU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dilaporkan hilang dan mangsa dikhuatiri lemas di sungai Kampung Ranggu Batu 8 Jalan Apas dekat sini kelmarin sebelum mayatnya dijumpai oleh orang awam pada jam 8 pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kawalan Balai Bomba d dan Penyelamat (BBP) Tawau menerima panggilan kecemasan pada jam 6.06 petang semalam (20 Sept) terdapat seorang mangsa dikhuatiri hanyut di sungai.

“Menurut pengadu mangsa seorang kanak-kanak perempuan dipercayai hanyut di sungai ketika cuba menyeberangi sungai bersama bapa mangsa di Kampung Ranggu Batu 8 Jalan Apas Tawau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seterusnya, Operasi Mencari dan Menyelamat (OPS SAR) hari ke-2 (hari ini) dimulakan pada jam 6.58 pagi dengan kaedah pencarian surface rescue bersama agensi lain dan orang awam di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Namun pada jam 8 pagi tadi mangsa dikenali sebagai Putri Jimar berusia empat tahun itu telah ditemui meninggal dunia oleh orang awam dengan Jarak 800 meter dari lokasi asal dilaporkan lemas.

“Seterusnya, pasukan Bomba menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan susulan dan Operasi SAR ditamatkan pada jam 8.30 pagi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/21/mayat-mangsa-kanak-kanak-perempuan-empat-tahun-lemas-dijumpai/feed/ 0 60964
Remaja perempuan lemas semasa aktiviti mandi-manda https://sabahmedia.com/2024/08/19/remaja-perempuan-lemas-semasa-aktiviti-mandi-manda/ https://sabahmedia.com/2024/08/19/remaja-perempuan-lemas-semasa-aktiviti-mandi-manda/#respond Mon, 19 Aug 2024 13:45:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59350
Read Time:51 Second

RANAU: Seorang remaja perempuan maut dipercayai lemas semasa menjalankan aktiviti mandi-manda di sungai Jalan Ranau-Sandakan dekat sini petang tadi.

Mangsa Nerlyne Christine Januai, 13, disahkan meninggal dunia oleh pegawai petugas perubatan di lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.37 petang tadi (19 Ogos).

“Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau menerima panggilan mangsa lemas di sungai Jalan Ranau – Sandakan Kg Sungangon semasa menjalankan aktiviti mandi-manda.

“Menurut pemanggil mangsa berjaya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh penduduk kampung.

“Mangsa di temui dengan jarak 500 meter dari tempat lokasi dilaporkan lemas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan bomba bertindak mengangkat mangsa untuk diperiksa oleh pegawai petugas perubatan yang berada di lokasi.

“Pihak pegawai petugas perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 7.35 malam,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/19/remaja-perempuan-lemas-semasa-aktiviti-mandi-manda/feed/ 0 59350
Wanita ditemui lemas dibawa arus deras banjir di Penampang https://sabahmedia.com/2024/07/01/wanita-ditemui-lemas-dibawa-arus-deras-banjir-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2024/07/01/wanita-ditemui-lemas-dibawa-arus-deras-banjir-di-penampang/#respond Mon, 01 Jul 2024 03:19:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56817
Read Time:1 Minute, 31 Second

PENAMPANG: Seorang wanita berumur 37 tahun ditemui maut dipercayai lemas dibawa arus deras semasa cuba melintasi air banjir di Kampung Hungab dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 10 malam tadi (30 Jun).

“Sebaik sahaja kita mendapat maklumat bahawa satu kejadian mangsa hilang lebih kurang jam 10 malam, semalam, kita telah mengatur gerak penugasan operasi mencari dan menyelamat (SAR), walau bagaimanapun oleh kerana air pasang dengan cepat dan arus deras maka kita hentikan operasi sekitar jam 11 malam tugas mencari dan menyelamat tersebut.

“Kita teruskan operasi SAR pada jam 6 pagi tadi membabitkan seramai dua pegawai dan empat anggota polis, tujuh pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysian (APM) dan 13 anggota bomba,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Sammy, mayat mangsa telah ditemui pada jam 8.00 pagi tadi (1 Julai) di Jalan Penampang Bypass oleh pasukan penyelamat iaitu kira-kira 500 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

“Hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati mangsa bersama suaminya dipercayai berjalan keluar daripada kenderaan mereka yang ditenggelami air berdekatan Jalan Penampang Bypass.

“Mangsa dan suaminya telah terjatuh ke dalam sebuah longkang namun suami mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa telah dihanyutkan oleh arus deras.

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan yang bertugas dan mayat mangsa seterusnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk tujuan bedah siasat.

“Kes dipercayai mati lemas dan kita klasifikasi sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Beliau berkata, mangsa seorang wanita berusia 37 tahun itu dihanyutkan air deras dan dipercayai mangsa cuba melintasi kawasan berair deras kerana pada ketika itu kemuncak air tengah pasang.

“Justeru, kita menasihatkan masyarakat agar sentiasa mematuhi arahan-arahan semasa daripada pusat kawalan operasi bencana atau arahan dikeluarkan oleh pihak berkuasa agar tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/01/wanita-ditemui-lemas-dibawa-arus-deras-banjir-di-penampang/feed/ 0 56817