Lembaga padi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 10 Jul 2026 02:58:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Lembaga padi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 LPBS perlu diberi kuasa lebih besar pantau bekalan beras di Sabah https://sabahmedia.com/2026/07/10/lpbs-perlu-diberi-kuasa-lebih-besar-pantau-bekalan-beras-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/07/10/lpbs-perlu-diberi-kuasa-lebih-besar-pantau-bekalan-beras-di-sabah/#respond Fri, 10 Jul 2026 02:58:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99623
Read Time:2 Minute, 4 Second

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan diminta untuk memberikan bidang kuasa yang lebih besar kepada Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) khususnya dalam pemantauan bekalan beras di Sabah.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah berkata, langkah itu penting bagi memastikan sebarang isu berkaitan bekalan beras dapat dikenal pasti dan ditangani.

Beliau berkata, LPBS perlu diberi peranan lebih signifikan sebagai rakan strategik Kerajaan Persekutuan, khususnya dalam pemantauan bekalan beras, pengumpulan data stok dan penguatkuasaan bersama.

Menurutnya, ia juga harus meliputi aspek perancangan keselamatan makanan negeri serta penyelarasan pengagihan bekalan ketika berlaku krisis. 

“Pendekatan ini bukan untuk mengambil alih kuasa Persekutuan, tetapi bagi memperkukuhkan kerjasama demi kepentingan rakyat Sabah,” katanya.

Matbali berkata demikian ketika berucap membahas Rang Undang-Undang (RUU) Akta Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2026 di Dewan Rakyat, di sini.

Untuk itu, katanya, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Persekutuan perlu berganding bahu dan menjalin kerjasama strategik dengan Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri Sabah.

Sambil menyifatkan langkah Kerajaan Sabah menubuhkan LPBS sebagai berpandangan jauh, Matbali turut membangkitkan tiga persoalan penting untuk ditangani KPKM berkaitan isu padi dan beras di Sabah.

“Pertama, mengapakah subsidi pesawah di Sabah masih dihadkan kepada enam ekar sedangkan struktur pengusahaan, keluasan tanah dan kos pengeluaran di Sabah jauh berbeza daripada Semenanjung.

“Kedua, bolehkah Kementerian memberi jaminan bahawa kuota 25,000 tan metrik beras sebulan untuk Sabah akan dipenuhi secara konsisten tanpa sebarang kekurangan atau kelewatan.

“Ketiga, adakah Kerajaan bersedia mewujudkan Stok Penimbal Beras Sabah serta memberikan peranan yang lebih besar kepada LPBS dalam pemantauan bekalan, pengurusan stok dan perancangan keselamatan makanan negeri?,” katanya.

Mengenai RUU yang dibentangkan, beliau menyifatkannya sebagai benteng baharu kepada sistem bekalan makanan negara. 

“Ia memperkukuh pemantauan, memperkemaskan penguatkuasaan, membanteras manipulasi dan mematahkan kerakusan kartel. 

“Lebih penting, ia mengembalikan keyakinan rakyat bahawa kerajaan tidak membiarkan makanan ruji mereka terus diperdagangkan sesuka hati oleh golongan tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyokong penuh cadangan menaikkan penalti terhadap mereka yang melanggar undang-undang berkaitan padi dan beras.

Matbali turut meminta kerajaan mengenal pasti lebih banyak kawasan jelapang padi baharu serta menggunakan teknologi moden, termasuk kecerdasan buatan dalam membangunkan industri tanaman padi.

Katanya, Sabah masih mempunyai khazanah tanah yang luas dan berpotensi untuk dibangunkan, misalnya di kawasan pantai Barat Sabah, dari Papar hingga ke Sipitang sahaja terdapat lebih 4,000 hektar tanah yang dikenal pasti berpotensi untuk pembangunan padi.  

“Jika kawasan ini dibangunkan secara moden dengan mekanisasi, sistem pengairan pintar dan teknologi baharu, Sabah mampu menjadi antara penyumbang penting bekalan beras negara,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/10/lpbs-perlu-diberi-kuasa-lebih-besar-pantau-bekalan-beras-di-sabah/feed/ 0 99623
DUN Sabah: Keperluan Mewujudkan Lembaga Padi dan Benih Baharu di Sabah – Salleh https://sabahmedia.com/2024/11/19/keperluan-mewujudkan-lembaga-padi-dan-benih-baharu-di-sabah-salleh/ https://sabahmedia.com/2024/11/19/keperluan-mewujudkan-lembaga-padi-dan-benih-baharu-di-sabah-salleh/#respond Tue, 19 Nov 2024 13:06:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64054
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan Datuk Seri Salleh Said Keruak menekankan keperluan mendesak untuk mewujudkan Lembaga Padi dan Beras dan mencari benih padi yang lebih produktif bagi meningkatkan hasil pertanian di Sabah.

Beliau menyatakan sokongan terhadap usaha menghidupkan semula fungsi Lembaga Padi dan Beras yang pernah wujud pada zaman kerajaan Perikatan. Namun, beliau menegaskan bahawa tumpuan utama perlu diberikan kepada peningkatan kualiti benih padi.

“Sekarang ini, kita bergantung sepenuhnya kepada bekalan benih dari Semenanjung Malaysia. Namun, jika kita melihat negara-negara lain seperti Taiwan, mereka mempunyai banyak jenis benih yang lebih produktif yang boleh kita manfaatkan di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi perbahasan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.

Salleh turut menyuarakan kekangan dalam mendapatkan benih daripada sumber luar, dengan mendakwa bahawa kerajaan pusat menetapkan peraturan ketat di mana hanya satu badan tertentu dibenarkan untuk berurusan dalam hal ini.

“Kita di Sabah juga perlu diberi kebebasan untuk berunding dengan mana-mana pihak agar kita dapat memiliki benih sendiri. Benih yang lebih produktif ini penting untuk masyarakat kita,” tambah beliau.

Mwnurutnya, cadangan ini mencerminkan keperluan untuk reformasi dalam sektor pertanian Sabah, terutama dalam usaha meningkatkan kemandirian dan produktiviti para petani tempatan.

“Pendekatan ini bukan sahaja akan mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar tetapi juga mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri melalui peningkatan hasil pertanian.

“Isu ini dijangka akan terus menjadi perhatian, dengan pelbagai pihak menyeru supaya kerajaan pusat mempertimbangkan kelonggaran dalam dasar berkenaan,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/19/keperluan-mewujudkan-lembaga-padi-dan-benih-baharu-di-sabah-salleh/feed/ 0 64054