Lembu korban – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 28 May 2026 01:23:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Lembu korban – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 15 ekor lembu korban disumbangkan untuk DUN Sungai Manila https://sabahmedia.com/2026/05/28/15-ekor-lembu-korban-disumbangkan-untuk-dun-sungai-manila/ https://sabahmedia.com/2026/05/28/15-ekor-lembu-korban-disumbangkan-untuk-dun-sungai-manila/#respond Thu, 28 May 2026 01:21:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97407
Read Time:46 Second

SANDAKAN: Sebanyak 15 ekor lembu disumbangkan bagi ibadah korban di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Sumbangan lembu korban itu diserahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Datuk Hazem Mubarak Tun Musa bagi membantu umat Islam di kawasan berkenaan meraikan Aidiladha.

Hazem berkata, beliau berharap sambutan Aidiladha tahun ini dapat diraikan dalam suasana harmoni, sederhana dan penuh kesyukuran.

“Saya berharap sambutan ini diraikan dengan sederhana dan harmoni,” katanya.

Selain penyerahan lembu korban, Hazem yang juga Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu turut menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sentosa, Jalan Sungai Batang.

Beliau kemudian mengadakan kunjungan ke beberapa rumah terbuka termasuk bertemu rakan-rakan serta ahli cawangan di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, Hazem turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya di DUN Sungai Manila.

Katanya, Aidiladha merupakan medan terbaik untuk memperkukuhkan semangat perpaduan, pengorbanan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/28/15-ekor-lembu-korban-disumbangkan-untuk-dun-sungai-manila/feed/ 0 97407
29 lembu korban diagih kepada masjid, surau dan madrasah di DUN Melalap https://sabahmedia.com/2026/05/23/29-lembu-korban-diagih-kepada-masjid-surau-dan-madrasah-di-dun-melalap/ https://sabahmedia.com/2026/05/23/29-lembu-korban-diagih-kepada-masjid-surau-dan-madrasah-di-dun-melalap/#respond Sat, 23 May 2026 11:36:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97206
Read Time:1 Minute, 33 Second

TENOM: Sebanyak 29 ekor lembu korban diagihkan kepada masjid, surau dan institusi pendidikan agama dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Jamawi Jaafar berkata, daripada jumlah itu, 27 ekor diperuntukkan kepada masjid dan surau, manakala dua ekor lagi diserahkan kepada Madrasah Tahfiz Nur Aisyah dan Madrasah Tahfiz Ar-Raudhah.

Beliau berkata, program sumbangan korban itu telah dilaksanakan sejak tahun 2003 dan diharap dapat terus mengimarahkan sambutan Aidiladha selain membantu golongan kurang berkemampuan melaksanakan ibadah korban.

“Hari ini, syukur alhamdulillah, kita telah menyampaikan 29 ekor lembu korban kepada pengerusi-pengerusi masjid dan surau dalam DUN Melalap.

“Kita mengharapkan ia dapat mengimarahkan lagi sambutan Aidiladha tahun ini, di samping membantu mereka yang kurang mampu untuk melaksanakan ibadah korban,” katanya ketika ditemui pada Program Serahan Binatang Korban 2026 di Surau Al Falah Kampung Bunut, di sini, hari ini.

Menurutnya, sebahagian daripada daging korban itu turut diagihkan kepada golongan fakir miskin dan asnaf di kawasan berkenaan.

“Sebahagian daging korban ini akan disumbangkan kepada fakir miskin dan golongan asnaf. Mudah-mudahan dengan niat ini kita dapat memberikan sedikit kegembiraan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Jamawi berkata, sumbangan berkenaan membolehkan lebih banyak masjid dan surau di kawasan itu bersama-sama meraikan Aidiladha dalam suasana penuh kegembiraan serta semangat kebersamaan.

Terdahulu, beliau turut mengadakan tinjauan pasca banjir di Taman Bahagia serta meninjau keadaan jalan rosak akibat laluan lori berat di Kampung Mandalom Lama dan Kampung Bulun.

Turut hadir dalam tinjauan itu ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Melalap, Denesly Justin; Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Tenom, Honeylet Ullap; Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Tenom, Lahaman Shah serta wakil Majlis Daerah Tenom.

Dalam lawatan itu, Jamawi turut mengarahkan kontraktor terlibat supaya segera melaksanakan kerja pembaikan jalan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk setempat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/23/29-lembu-korban-diagih-kepada-masjid-surau-dan-madrasah-di-dun-melalap/feed/ 0 97206
Hajiji serah 157 ekor lembu korban https://sabahmedia.com/2024/06/15/hajiji-serah-157-ekor-lembu-korban/ https://sabahmedia.com/2024/06/15/hajiji-serah-157-ekor-lembu-korban/#respond Sat, 15 Jun 2024 07:51:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56016
Read Time:37 Second

Tuaran : Sebanyak 157 ekor lembu korban diagihkan kepada masjid, surau dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) sekitar daerah Tuaran dan Tamparuli. 

Agihan lembu sempena dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha itu disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Dewan Terbuka, Pusat Rumpun Bajau Sama di sini pagi tadi.

Turut menerima sumbangan adalah Jabatan dan Agensi kerajaan di sekitar daerah berkenaan.

Sumbangan diagihkan kepada 67 buah masjid dan surau, 17 NGO dan 18 agensi dan jabatan kerajaan negeri. 

Antara penerima adalah Markas Angkatan Tentera Darat Kem Lok Kawi, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Surau Darus Salam Kg. Termunong, Masjid Ubudiah daerah Tamparuli dan Masjid An-Nur daerah Tuaran. 

Umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 17 Jun ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/15/hajiji-serah-157-ekor-lembu-korban/feed/ 0 56016