Lengkap – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 20 Nov 2021 10:40:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Lengkap – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah Benarkan Pelawat Lengkap Vaksin Masuk Negeri Ini Tanpa Ujian Swab Mulai 1 Disember 2021 https://sabahmedia.com/2021/11/20/sabah-benarkan-pelawat-lengkap-vaksin-masuk-negeri-ini-tanpa-ujian-swab-mulai-1-disember-2021/ https://sabahmedia.com/2021/11/20/sabah-benarkan-pelawat-lengkap-vaksin-masuk-negeri-ini-tanpa-ujian-swab-mulai-1-disember-2021/#respond Sat, 20 Nov 2021 06:56:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8637
Read Time:1 Minute, 38 Second

KUALA LUMPUR: Sabah akan membenarkan pelawat yang telah lengkap divaksin memasuki negeri ini tanpa perlu menjalani ujian swab mulai 1 Dis 2021.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor membuat pengumuman itu semasa merasmikan Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) ke-49 di Putra World Trade Centre (PWTC) di sini hari ini.

Ketua Menteri berkata, Sabah bersedia sepenuhnya untuk mengalu-alukan ketibaan antarabangsa sebaik sahaja Malaysia membuka semula sempadannya tahun depan.

“Menjelang November 2021, sudah ada 266 penerbangan mingguan terus ke Sabah dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Bharu, Labuan, dan Sarawak, dengan jumlah kapasiti 43,000 tempat duduk.

“Di Sabah, terdapat 123 penerbangan mingguan dengan jumlah kapasiti 16,720 tempat duduk yang menghubungkan Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau,” katanya.

Dipilih sebagai “Destinasi Kegemaran Malaysia” buat kali ketiga selepas 2015 dan 2019, Sabah telah mengambil 12 gerai pameran untuk mempamerkan produk pelancongannya.

Bagi kemudahan penginapan, Hajiji berkata ia memadai untuk memenuhi jangkaan permintaan ditambah dengan tambahan 3,506 bilik dijangka tersedia dengan siapnya 11 pembangunan hotel baharu pada 2022.

Pada masa sama, Hajiji turut menyatakan Kerajaan Negeri Sabah telah melaksanakan Pelan Pemulihan Pelancongan Sabah untuk segmen domestik dan antarabangsa bagi menambah baik promosi pelancongan, termasuk peralihan pasaran semasa pandemik.

Menurutnya, Lembaga Pelancongan Sabah (STB) telah bekerjasama dengan penggiat industri pelancongan untuk mengadakan penglibatan maya, ekspo pelancongan, promosi, dan latihan mengenai kemas kini destinasi.

“Ini termasuk mewujudkan semula perdagangan dan keyakinan pelancong melalui B2B dan G2G, dengan banyak negara termasuk China, Korea, Norway, Indonesia, Brunei, India, Dubai, Itali, Kazakhstan dan Turki. STB juga bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan membantu mereka dalam mewujudkan semula penerbangan terus untuk perjalanan domestik dan antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, penganjuran pameran MATTA dilihat penting ia merupakan permulaan fasa pemulihan bagi industri pelancongan selepas serangan Pandemik COVID-19 selama hampir dua tahun.

“Saya gembira apabila melihat banyak perniagaan termasuk industri pelancongan berada dalam fasa pemulihan selepas bergelut untuk bertahan semasa wabak ini,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/20/sabah-benarkan-pelawat-lengkap-vaksin-masuk-negeri-ini-tanpa-ujian-swab-mulai-1-disember-2021/feed/ 0 8637
Labuan capai 100 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/09/08/labuan-capai-100-peratus-populasi-dewasa-lengkap-vaksinasi-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/09/08/labuan-capai-100-peratus-populasi-dewasa-lengkap-vaksinasi-covid-19/#respond Wed, 08 Sep 2021 11:56:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6024
Read Time:1 Minute, 20 Second

LABUAN: Sebanyak 100 peratus populasi dewasa di Labuan telah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 pada Selasa (7 Sept), menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan Rithuan Ismail.

Beliau berkata, selain rakyat tempatan, populasi dewasa dalam kalangan imigran di pulau ini juga telah divaksin.

Rithuan yang juga Pengerusi Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Labuan berkata pasukan itu telah menyenaraikan 68,500 dewasa yang layak untuk program imunisasi di Labuan.

“Bilangan dewasa yang layak diberi vaksin telah melebihi sasaran berikutan dasar CITF Labuan yang memberi suntikan vaksin kepada semua tanpa mengira kewarganegaraan. Kami juga menawarkan vaksin kepada pekerja (dari luar Labuan) dalam sektor perkapalan serta minyak dan gas Labuan,” katanya.

Beliau berkata ribuan pelarian Filipina di dua Skim Penempatan Masyarakat Pelarian (SPMP) juga mendapat vaksinasi sebagai sebahagian daripada usaha pasukan itu mengurangkan penyebaran jangkitan COVID-19 dalam masyarakat tempatan.

“Kita boleh lihat bilangan dewasa yang lengkap vaksinasi akan terus meningkat apabila jumlah orang yang menerima dos pertama mencapai 102.94 peratus setakat semalam.

“Lebih ramai orang yang divaksin lebih baik kerana kita dapat mengawal penularan COVID-19…kerana dasar kami adalah menggalakkan kru perkapalan dan mereka yang berada dalam sektor minyak dan gas mendapatkan suntikan. Bilangan orang yang melengkapkan vaksin pasti akan melebihi sasaran kita,” katanya.

Rithuan berkata CITF Labuan bersedia untuk mengadakan program vaksinasi untuk remaja berusia 16 dan 17 tahun.

Labuan telah lengkap memvaksin 80 peratus populasi dewasa pada 27 Julai lepas dan menjadi yang pertama dalam kalangan Wilayah Persekutuan dan negeri di Malaysia yang mencapai imuniti terhadap COVID-19.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Labuan dilancarkan pada 27 Feb.– BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/08/labuan-capai-100-peratus-populasi-dewasa-lengkap-vaksinasi-covid-19/feed/ 0 6024
85 peratus warga Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/07/29/85-peratus-warga-maritim-negeri-sabah-dan-w-p-labuan-lengkap-menerima-suntikan-vaksin-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/07/29/85-peratus-warga-maritim-negeri-sabah-dan-w-p-labuan-lengkap-menerima-suntikan-vaksin-covid-19/#respond Thu, 29 Jul 2021 06:04:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3755
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Hampir semua warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan termasuk skim gunasama telah menerima suntikan vaksin COVID-19 di pusat-pusat vaksin yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut lokasi anggota bertugas.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, 85 peratus warga Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan merangkumi Zon-Zon Maritim telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 terutamanya petugas frontliners di lapangan bermula pada awal bulan April 2021.

Manakala selebihnya 15 peratus lagi warga dalam proses untuk divaksin mengikut jadual dan dijangka selesai dalam masa terdekat.

“Adalah penting bagi memastikan semua warga terutamanya petugas lapangan mendapat suntikan vaksin memandangkan mereka berhadapan dan terdedah kepada risiko jangkitan dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan di lapangan.

“Di samping melaksanakan tugas hakiki penguatkuasaan, anggota Maritim juga terlibat membantu pihak KKM untuk memastikan komuniti maritim di pulau-pulau sekitar Sabah tidak tercicir daripada mendapatkan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan seperti PPV Mobile Outreach di Daerah Sandakan dengan menghantar petugas-petugas kesihatan dan vaksin ke pulau-pulau di sekitar Kudat dan Sandakan,” katanya.

Berikutan itu, anggota Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan mengambil berat mengenai keselamatan, kesihatan dan tugas mereka yang berhadapan dengan risiko dijangkiti virus tersebut.

Menurut Mohd Rosli, penahanan ke atas bot dan warga asing yang menceroboh perairan negara boleh menyebabkan mereka terdedah kepada risiko dijangkiti virus COVID-19.

“Dengan suntikan vaksin tersebut maka ianya menguatkan imunisasi badan anggota yang bertugas di lapangan serta dapat mengurangkan kesan jangkitan virus,” tambahnya.

Dalam pada itu, Maritim Malaysia terus memperkasakan rondaan di sempadan perairan negara khususnya di Pantai Timur Sabah daripada dicerobohi oleh nelayan asing dan membendung kemasukan pendatang tanpa izin ke Sabah agar rantaian COVID-19 ini dapat putuskan selain itu mengekang penularan virus tersebut di negara kita.

Maritim Malaysia juga memohon kerjasama daripada komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti bom ikan yang berlaku dipersekitaran perairan Kota Kinabalu di talian Pusat Operasi MN Sabah 088-387774.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/29/85-peratus-warga-maritim-negeri-sabah-dan-w-p-labuan-lengkap-menerima-suntikan-vaksin-covid-19/feed/ 0 3755