Letak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 11 Jan 2024 04:49:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Letak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Peniaga dinasihatkan letak tanda harga dengan jelas, elak dikenakan tindakan undang-undang – KPDN Sandakan https://sabahmedia.com/2024/01/11/peniaga-dinasihatkan-letak-tanda-harga-dengan-jelas-elak-dikenakan-tindakan-undang-undang-kpdn-sandakan/ https://sabahmedia.com/2024/01/11/peniaga-dinasihatkan-letak-tanda-harga-dengan-jelas-elak-dikenakan-tindakan-undang-undang-kpdn-sandakan/#respond Thu, 11 Jan 2024 04:45:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47814
Read Time:2 Minute, 57 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sandakan menasihatkan kepada para peniaga supaya meletakkan tanda harga dengan jelas pada setiap barangan yang dijual untuk mengelakkan kekeliruan sekali gus memudahkan pengguna membuat pembelian secara berhemah.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KKPDN Sandakan Azdy Zukkry John berkata, beliau bersama pasukannya menjalankan pemantauan setiap hari di pasaraya, kedai runcit dan gerai-gerai jualan sekitar Sandakan untuk memastikan para peniaga menjalankan aktiviti perniagaan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh KPDN.

Azdy menunjukkan cara meletakkan tanda harga dengan betul di sebuah gerai makanan semasa membuat tinjuan di sekitar Sandakan semalam. – Foto ihsan KPDN Sandakan.

Selain itu, katanya, meletakkan tanda harga dengan jelas ke atas setiap barangan yang dijual juga adalah sangat penting. Ini adalah supaya tidak menimbulkan sebarang kekeliruan kepada pengguna sekali gus memudahkan pengguna membuat pembelian secara berhemah.

Beliau berkata, pemantauan oleh pegawai penguat kuasa KPDN Sandakan yang dijalankan setiap hari meliputi lima kawasan Parlimen dan 13 Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuklah Sandakan, Beluran, Paitan, Telupid, Tongod dan Kinabatangan.

“Untuk makluman, penandaan harga ini sudah ada sejak 1946 lagi. Sepatutnya semua peniaga sudah faham mengenai perkara ini.

“Peniaga ada tanggungjawab iaitu menjual barangan yang ada kualiti
namun penandaan harga adalah tanggungjawab peniaga dan KPDN ada tanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang, justeru, kita masing-masing mempunyai tanggungjawab,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Peniaga (kiri) terharu, Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDN Sandakan, Azdy membantunya cara membuat tanda harga dengan betul di gerai makanannya semasa tinjauan oleh pihak KPDN semalam. – Foto ihsan KPDN Sandakan

Menurutnya, beberapa tahun lepas KPDN ada buat kempen Timbang Tepat Harga Jelas (TTHJ). Kempen ini menyasarkan kepada para peniaga untuk meletakkan tanda harga yang jelas dan menggunakan alat timbang sukat yang telah ditentusahkan.

“Penguatkuasaan yang berterusan sebagai contoh memberikan khidmat nasihat dan seterusnya mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 ke atas peniaga yang enggan mematuhi peraturan dan melakukan kesalahan berulang.

“Khidmat nasihat akan kami sampaikan sebelum memberikan apa-apa notis amaran ataupun kompaun terhadap peniaga yang ingkar arahan bagi kesalahan pertama tetapi jika kesalahan berulang pihak penguat kuasa KPDN tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap kesalahan yang dilakukan.

“Semalam, pihak KPDN Sandakan selain membuat tinjauan bekalan barangan runcit di pasaraya, kami juga membuat tinjuan di gerai-gerai menjual makanan sekitar Sandakan.

“Bagaimanapun masih terdapat gerai-gerai yang tidak mempamerkan tanda harga dan meletakkan tanda harga yang mengelirukan pada produk makanan yang dijual, jadi tinjuan kali ini kami hanya memberikan nasihat dan menunjukkan cara meletakkan tanda harga yang betul.

“Rata-rata para peniaga yang kita bantu dalam khidmat nasihat menyatakan rasa berterima kasih kerana penguatkuasaan berhemah ini, saya dapati cara ini sangat berkesan untuk beri kesedaran kepada peniaga mengenai perkara ini,” ujarnya.

Azdy berkata, harapan KPDN Sandakan agar para peniaga sedar akan tanggungjawab mereka sebagai peniaga iaitu menjual barang yang berkualiti dan bersih, membuat penandaan harga yang jelas iaitu tidak mengelirukan atau ada dua harga yang tidak jelas serta menggunakan alat timbang yang telah ditentusahkan.

“Manakala bagi pihak KPDN tanggungjawabnya pula adalah memastikan para peniaga mematuhi semua peraturan yang telah digariskan atau mereka akan berhadapan dengan tindakan kes daripada KPDN.

“Tindakan undang-undang akan dikenakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 iaitu Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga dan Caj Perkhidmatan) 2020. Ini bagi individu yang melakukan kesalahan gagal meletakkan tanda harga atau senarai harga ke atas barangan yang dijual boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM50,000 atau dikompaun sehingga RM25,000

“Manakala bagi syarikat yang melakukan kesalahan tersebut boleh didenda sehingga RM100,000 atau dikompaun sehingga RM50,000,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/11/peniaga-dinasihatkan-letak-tanda-harga-dengan-jelas-elak-dikenakan-tindakan-undang-undang-kpdn-sandakan/feed/ 0 47814
Letak lebih banyak tong sampah, tingkatkan tahap kebersihan di Taman Awam Teluk Likas https://sabahmedia.com/2024/01/07/letak-lebih-banyak-tong-sampah-tingkatkan-tahap-kebersihan-di-taman-awam-teluk-likas/ https://sabahmedia.com/2024/01/07/letak-lebih-banyak-tong-sampah-tingkatkan-tahap-kebersihan-di-taman-awam-teluk-likas/#respond Sun, 07 Jan 2024 06:16:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47620
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Masalah kekurangan kemudahan tong sampah dan meningkatkan tahap kebersihan serta prasarana di kawasan Taman antara isu yang akan diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, beliau mengakui ketiga-tiga isu menjadi asas penting untuk diselesaikan segera memandangkan kawasan ini tumpuan setiap hari warga bandaraya menjalankan aktiviti seharian mereka.

Katanya, lokasi menempatkan banyak tong sampah sudah dikenal pasti agar pengunjung tidak perlu berjalan jauh sekali gus bersama-sama menjaga kebersihan di kawasan ini.

“Taman Awam Teluk Likas antara kawasan tarikan utama pelancong luar negara. Sudah tentu masalah seperti ini ditangani segera agar kawasan ini mesra pengunjung serta boleh dilawati oleh seluruh lapisan masyarakat.

“Saya sendiri melawat serta berjalan kaki sepanjang laluan jogging dan berbasikal ini mengakui tahap kebersihan agak kurang memuaskan kerana terdapat sampah diselitkan dicelah timbunan batu berikutan kekurangan tong sampah.

“Begitu juga dengan sampah yang lambat diangkat sehingga menyebabkan ia mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan kepada orang ramai yang menggunakan kemudahan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau sambil berjalan kaki bersama pegawai dan kakitangan di Taman Awam Teluk Likas di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie.

Dr Sabin berkata, aspek lain akan dititikberatkan adalah mewujudkan lebih banyak tanda petunjuk keselamatan untuk laluan pejalan kaki, berjogging serta mereka yang menggunakan kemudahan berbasikal.

“Kita juga akan menanam lebih banyak pokok serta bunga di beberapa lokasi yang tertentu agar Taman Awam Teluk Likas ini benar-benar mencapai tahap mesra pengguna kepada seluruh lapisan masyarakat.

“Aspek kebersihan pantai akan kota beri perhatian. Saya akan bertemu dengan Kontraktor Pembersihan Pantai untuk mendapatkan reaksi mereka berkaitan masalah sampah di sekitar kawasan pantai teluk likas ini,” Jelas Dr Sabin.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau akan mengambil perhatian kepada rungutan peniaga di Anjung Selera Likas berikutan kekurangan tarikan pengunjung berkunjung ke kawasan tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/07/letak-lebih-banyak-tong-sampah-tingkatkan-tahap-kebersihan-di-taman-awam-teluk-likas/feed/ 0 47620