lhdn – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 29 May 2025 22:31:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png lhdn – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 LHDN Sabah berjaya kutip RM5.7 bilion cukai tahun lalu https://sabahmedia.com/2025/05/30/lhdn-sabah-berjaya-kutip-rm5-7-bilion-cukai-tahun-lalu/ https://sabahmedia.com/2025/05/30/lhdn-sabah-berjaya-kutip-rm5-7-bilion-cukai-tahun-lalu/#respond Thu, 29 May 2025 22:31:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74800
Read Time:1 Minute, 40 Second

Kota Kinabalu : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sabah berjaya mencatat kutipan cukai sebanyak RM5.7 billion bagi tahun 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Malaysia, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin berkata, tahun ini agensi itu menyasarkan kutipan yang lebih berbanding tahun lalu dengan nilai sasaran RM6.2 billion bagi negeri ini.

“Sasaran berkenaan meningkat memandangkan kutipan pada tahun 2024 menunjukkan maklum balas yang positif dengan kutipan melebihi dari tahun sebelumnya.

“LHDN juga dari masa ke semasa akan terus memantau prestasi syarikat-syarikat yang culas untuk membayar cukai yang sepatutnya dikenakan.

“Mereka boleh membuat pembayaran secara ansuran dan menjadi tanggungjawab LHDN Negeri untuk memastikan syarikat-syarikat tersebut mematuhi jadual pembayaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas membuat kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu di sini pada Khamis.

Dr. Abu turut menyatakan tujuan kunjungan itu diadakan adalah untuk memperkenalkan Pengarah LHDN Sabah yang baharu iaitu Datin Dayang Halimah Awang Ahmad yang menggantikan Azrul Hisham Shamsudin.

Selain itu, Tariq juga berkata LHDN Sabah telah mengadakan Operasi Pematuhan (OP) Tombak di Tawau pada 23 hingga 25 April 2025.

“LHDN juga ada mengadakan beberapa operasi khusus bagi memastikan peraturan diikuti antaranya OP Tombak dalam memastikan pematuhan dari segi cukai pendapatan termasuk Sistem Taksiran dan Pembayaran Duti Setem secara elektronik (STAMPS) dapat dipantau,” katanya.

Dalam kunjungan tersebut, Tariq diiringi Datin Dayang Halimah Awang Ahmad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Cawangan Khas) Ahmad Khairuddin Abdullah, Pengarah Operasi Negeri (Audit Cukai Syarikat) Paul Anak Sarip dan Pengarah Operasi Negeri (Pungutan) Naharuddin Nurdin.

Dalam pada itu, Tun Musa turut menerima kunjungan hormat dari Persatuan Jurutera Malaysia (IEM) Negeri Sabah yang diketuai oleh pengerusinya Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar bersama rombongan pada hari tersebut.

Menurut Yaakob, tujuan kunjungan adalah bagi menjemput Tun Musa untuk hadir ke Majlis Golden Jubilee 50 Tahun IEM Sabah yang dijangkakan diadakan pada 14 Jun depan.

Yaakob juga berkata Tun Musa pernah merasmikan Pusat Latihan IEM Sabah di Telipok pada tahun 2015 ketika beliau masih lagi menjadi Ketua Menteri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/30/lhdn-sabah-berjaya-kutip-rm5-7-bilion-cukai-tahun-lalu/feed/ 0 74800
LHDN Sekat Perjalanan Lebih 200,000 Individu, Pengarah Syarikat https://sabahmedia.com/2024/12/11/lhdn-sekat-perjalanan-lebih-200000-individu-pengarah-syarikat/ https://sabahmedia.com/2024/12/11/lhdn-sekat-perjalanan-lebih-200000-individu-pengarah-syarikat/#respond Wed, 11 Dec 2024 02:00:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65191
Read Time:2 Minute, 0 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah melaksanakan sekatan perjalanan ke atas 203,123 individu dan syarikat setakat 30 Nov lepas.

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan jumlah itu, melibatkan 175,656 individu yang mempunyai tunggakan di bawah Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, dan 12,205 individu yang mempunyai tunggakan cukai di bawah Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (ACKHT) 1976. 

“Menurut Seksyen 104 dan 75A ACP 1967, dan Seksyen 22 ACKHT 1976, LHDN diberi kuasa untuk menghalang mana-mana individu daripada meninggalkan Malaysia, jika mereka atau syarikat mereka mempunyai tunggakan cukai yang tidak dijelaskan kepada kerajaan.

“Sekatan perjalanan merupakan tindakan terakhir yang boleh dikenakan sekiranya pembayar cukai masih lagi gagal membuat bayaran terhadap baki cukai yang tertunggak (individu dan syarikat) selepas pelbagai peringatan dan notis telah diberikan,” menurut kenyataan itu.

LHDN menjelaskan tindakan sekatan perjalanan ke luar negara terhadap mana-mana pihak bukan bertujuan menafikan hak mereka, tetapi ia adalah usaha untuk menguatkuasakan undang-undang percukaian sedia ada kepada pembayar cukai yang gagal melunaskan tunggakan cukai.

Oleh itu, LHDN menasihatkan supaya pembayar cukai perlu sentiasa peka melaksanakan tanggungjawab mereka setiap masa dan tidak menangguhkan penyelesaikan hal-hal percukaian bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan.

“Justeru, LHDN ingin menasihatkan kepada semua pembayar cukai yang ingin ke luar negara untuk menyemak status tunggakan cukai masing-masing terlebih dahulu menerusi portal MyTax yang boleh dicapai di https://mytax.hasil.gov.my/. 

“Selain itu, semakan sekatan perjalanan ke luar negara boleh dilakukan menerusi portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di https://sspi.imi.gov.my/sspi/,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memaklumkan mulai 4 Mac 2024 permohonan pembatalan sekatan perjalanan boleh dibuat secara dalam talian menerusi perkhidmatan e-Sekatan Perjalanan yang boleh diakses menerusi portal MyTax. 

Permohonan pembatalan sekatan perjalanan juga boleh dilakukan dengan prosedur dan saluran sedia ada iaitu menghubungi Hasil Contact Centre di talian 03-8911 1000 atau hadir ke pejabat LHDN berhampiran. 

Maklumat lanjut berkenaan e-Sekatan Perjalanan boleh dirujuk pada soalan lazim permohonan pembatalan sekatan perjalanan menerusi capaian pantas di https://www.hasil.gov.my/individu/lain-lain/soalan-lazim-individu/.

“Seiring dengan trend terkini masyarakat Malaysia yang gemar melancong ke luar negara atau mengerjakan ibadah, LHDN ingin menyarankan kepada semua pembayar cukai untuk terlebih dahulu menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan masing-masing sebelum merancang sebarang perjalanan ke luar negara,” menurut kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/11/lhdn-sekat-perjalanan-lebih-200000-individu-pengarah-syarikat/feed/ 0 65191
LHDN Sumbang 1,000 Bakul Makanan, Bantu Golongan Terjejas https://sabahmedia.com/2021/08/27/lhdn-sumbang-1000-bakul-makanan-bantu-golongan-terjejas/ https://sabahmedia.com/2021/08/27/lhdn-sumbang-1000-bakul-makanan-bantu-golongan-terjejas/#respond Fri, 27 Aug 2021 01:15:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5326
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU :  Sabah menerima bantuan 1,000 bakul makanan di bawah Program Prihatin Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Seri Dr. Sabin Samitah berkata, bantuan terbabit merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya yang dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Nur Jauhar (YNJ). 

“Program Prihatin LHDN ini merupakan satu program yang diadakan di seluruh negara. Sebanyak 1,000 bantuan bakul makanan diedarkan di seluruh negeri yang mana 600 daripadanya akan diedarkan dengan kerjasama YNJ ke daerah-daerah di sekitar Kota Kinabalu.

“Manakala bakinya akan diagihkan oleh LHDN Cawangan Tawau dan Sandakan kepada golongan terjejas di sebelah pantai timur Sabah,” katanya.

Katanya selepas menghadiri Program Penyerahan Simbolik Sumbangan Bakul Makanan Prihatin LHDN Peringkat Negeri Sabah di Istana Negeri, disini semalam.

Dr Sabin berkata, bantuan itu disasarkan kepada golongan yang memerlukan bantuan khususnya mereka yang terkesan akibat pandemik COVId-19.

Katanya turut berharap bantuan itu akan dapat meringankan beban masyarakat yang ketika ini menghadapi kesusahan akibat kehilangan pekerjaan dan sebagainya.

Pada program tersebut, Tun Juhar yang juga penaung yayasan berkenaan menyampaikan bakul makanan kepada salah seorang penerima.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Penasihat YNJ, Toh Puan Norlidah R.M Jasni dan Pengerusi YNJ, Brigedier Jeneral Al Hambra Juhar./PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/27/lhdn-sumbang-1000-bakul-makanan-bantu-golongan-terjejas/feed/ 0 5326