Liawan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 01 Nov 2025 08:39:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Liawan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Nada Kempen Politik di Bingkor dan Liawan berubah menjelang PRU Sabah Ke-17 https://sabahmedia.com/2025/11/01/nada-kempen-politik-di-bingkor-dan-liawan-berubah-menjelang-pru-sabah-ke-17/ https://sabahmedia.com/2025/11/01/nada-kempen-politik-di-bingkor-dan-liawan-berubah-menjelang-pru-sabah-ke-17/#respond Sat, 01 Nov 2025 08:32:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84694
Read Time:2 Minute, 4 Second

Oleh Silar Pinikit

KENINGAU: Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah ke-17, landskap politik di Bingkor dan Liawan mula memperlihatkan perubahan nada kempen, khususnya daripada pihak yang dilihat kehabisan modal hujah.

Apabila rekod kerja dipersoalkan, segelintir pihak memilih untuk mengalihkan perhatian dengan membangkitkan sentimen serta drama politik, berbanding menjawab persoalan asas yang dituntut rakyat.

Menurut pemerhati politik tempatan, Clifford Spencer, apabila fakta tidak memihak, naratif emosilah yang akan diangkat.

“Dalam politik, apabila teguran dianggap serangan, itu tanda ada sesuatu yang cuba disembunyikan,” katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Clifford berkata, Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang menjadi teras pentadbiran negeri ketika ini, kekal dengan pendekatan berlandaskan rekod serta pelaksanaan dasar.

“Berbanding menyaingi retorik, gabungan itu memilih untuk menunjukkan prestasi melalui projek yang siap, peruntukan yang sampai dan perubahan yang dirasai rakyat,” ujarnya.

Jelas beliau, dalam konteks ini, GRS menegaskan bahawa kebenaran tidak perlu diteriak, kerana tindakan adalah bukti paling meyakinkan.

“Beberapa pihak turut mendakwa projek pembangunan yang dijalankan hanyalah hasil kerja kontraktor. Namun, hujah ini disifatkan dangkal oleh penganalisis kerana kontraktor hanyalah pelaksana, sedangkan perjuangan meluluskan bajet, memastikan kelulusan teknikal dan membawa projek ke peringkat kampung adalah hasil kerja dasar serta kepimpinan.

“Jika logik itu diterima, setiap jalan, jambatan dan kemudahan awam seharusnya dinamakan atas nama syarikat kontraktor, bukan pemimpin yang memperjuangkannya di Dewan Undangan Negeri dan kementerian.

“Antara dasar yang jelas memberi kesan kepada rakyat ialah Program Rumah Mesra SMJ, yang disalurkan kepada mereka yang benar-benar memenuhi kelayakan,” jelasnya.

Beiau turut menafikan peranan GRS dalam program ini hanya mendedahkan siapa yang tidak pernah menulis atau memperjuangkan satu pun cadangan dasar, tetapi hanya muncul untuk memetik kredit di media sosial.

“Tuduhan bahawa GRS “mesra parti Malaya” atau “parti rasuah” turut dilihat sebagai taktik pengalihan perhatian, terutama daripada pihak yang tidak mempunyai rekod kerja untuk dipertahankan.

Bezanya, penyokong GRS berhujah menggunakan data, angka dan rekod bukan emosi atau naratif separuh benar.

“Di Bingkor dan Liawan, rakyat kini semakin matang. Mereka telah melihat sendiri siapa yang turun bertemu rakyat ketika tiada kamera, siapa yang mengurus kebajikan ketika tiada publisiti, dan siapa pula yang hanya kembali apabila pilihan raya semakin hampir,” katanya.

Katanya, dalam politik Sabah, yang penting bukan slogan atau sorakan, tetapi siapa yang sudah membuktikan kerja.

“GRS berdiri di atas pengalaman dan kesinambungan dasar bukan pada janji yang melangit, tetapi pada pencapaian yang nyata.

“Akhirnya, sejarah hanya mencatat dua jenis pemimpin: yang bekerja dan yang berdrama. Dan rakyat Bingkor serta Liawan sudah lama belajar membezakan antara keduanya,” tambah beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/01/nada-kempen-politik-di-bingkor-dan-liawan-berubah-menjelang-pru-sabah-ke-17/feed/ 0 84694
Perpaduan komuniti jadi asas pembangunan di Liawan – Annuar https://sabahmedia.com/2025/10/27/perpaduan-komuniti-jadi-asas-pembangunan-di-liawan-annuar/ https://sabahmedia.com/2025/10/27/perpaduan-komuniti-jadi-asas-pembangunan-di-liawan-annuar/#respond Mon, 27 Oct 2025 01:09:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84237
Read Time:58 Second

Oleh Silar Pinikit

KENINGAU : Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, menegaskan bahawa perpaduan masyarakat adalah kunci kepada pembangunan mampan.

Beliau berkata demikian semasa menyantuni komuniti Bugis, Jawa, dan Bajau di Kampung Liawan kelmarin.

Dalam pertemuan itu, Annuar turut menyampaikan penghargaan kepada penduduk atas sokongan padu mereka, sambil menekankan bahawa kehadiran masyarakat bukan sekadar menunjukkan kesetiaan politik, tetapi juga bukti kepercayaan dan kesepaduan yang kukuh.

“Keberadaan anda semua adalah cerminan kepada semangat kebersamaan yang tidak ternilai. Sokongan padu yang diberikan adalah bukti bahawa kita saling percaya dan bersatu untuk membina masa depan yang lebih gemilang,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa dengan usaha bersama, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus memperkukuh pembangunan di Liawan secara seimbang, memastikan manfaat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

“Kepercayaan yang anda berikan adalah kekuatan kami. Perpaduan yang kita miliki adalah senjata utama untuk memastikan Liawan terus maju dalam landskap politik dan pembangunan negeri,” katanya.

Sebagai peneraju utama kawasan itu, beliau berikrar untuk terus memperjuangkan kepentingan rakyat, memperkukuh ekonomi, dan meningkatkan kualiti hidup penduduk.

Program santai itu turut memberi peluang kepada penduduk untuk bergambar kenangan dan beramah mesra, menzahirkan hubungan erat antara pemimpin dan masyarakat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/27/perpaduan-komuniti-jadi-asas-pembangunan-di-liawan-annuar/feed/ 0 84237
Belia Liawan diseru terus aktif dalam politik negeri – Annuar https://sabahmedia.com/2025/10/26/belia-liawan-diseru-terus-aktif-dalam-politik-negeri-annuar/ https://sabahmedia.com/2025/10/26/belia-liawan-diseru-terus-aktif-dalam-politik-negeri-annuar/#respond Sun, 26 Oct 2025 14:20:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84221
Read Time:49 Second

Oleh Silar Pinikit

KENINGAU: Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, turut hadir memeriahkan Program Jelajah PRN17 Sabah yang diadakan di Balai Belia Kampung Bariawa Tengah, baru-baru ini.

Program yang menghimpunkan lebih ratusan belia dari seluruh kawasan DUN Liawan itu menjadi platform bagi golongan muda berkongsi pandangan serta membincangkan isu-isu semasa yang memberi kesan kepada mereka.

Pelbagai aktiviti santai turut diadakan, termasuk sesi dialog yang menyentuh topik pembangunan negeri, kesejahteraan belia dan hala tuju politik Sabah menjelang PRN17.

Dalam ucapan ringkasnya, Annuar menekankan pentingnya peranan belia dalam proses politik dan demokrasi negara.

“Terima kasih kepada semua belia yang hadir. Kehadiran anda membuktikan betapa pentingnya suara golongan muda dalam menentukan masa depan negeri kita,” katanya.

Program itu turut memberi peluang kepada belia untuk mengenali lebih dekat visi calon-calon PRN17 serta menyuarakan harapan mereka terhadap pembangunan kawasan masing-masing.

Acara berakhir dengan semangat juang tinggi yang mengeratkan hubungan komuniti dan menyemarakkan sokongan terhadap calon yang bakal bertanding kelak.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/26/belia-liawan-diseru-terus-aktif-dalam-politik-negeri-annuar/feed/ 0 84221
DUN Sabah : KPLB Sabah Hanya Terima 400 Unit Agihan Rumah PPRT https://sabahmedia.com/2021/12/07/dun-sabah-kplb-sabah-hanya-terima-400-unit-agihan-rumah-pprt/ https://sabahmedia.com/2021/12/07/dun-sabah-kplb-sabah-hanya-terima-400-unit-agihan-rumah-pprt/#respond Tue, 07 Dec 2021 04:53:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9452
Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah hanya menerima 400 unit agihan rumah dibawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Sabah pada tahun ini.

Menterinya Datuk Jahid Jahim berkata, jumlah agihan PPRT yang telah diperuntukkan  selama ini masih jauh kurang daripada keperluan sebenar.

“Untuk makluman, jumlah keperluan PPRT secara purata setiap tahun adalah sebanyak 4,500 unit. Untuk tahun ini, agihan PPRT yang diterima oleh Kementerian saya hanyalah 400 unit sahaja.

“Sememangnya Kementerian saya telah sedia maklum dengan keperluan untuk menambah kuota PPRT.

“Kementerian saya telah mengambil usaha-usaha untuk menambah kuota PPRT di Sabah termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)  Liawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaa Datuk Anwar Ayuub @ Annuar Ayub (STAR-Liawan) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Jahid berkata, usaha bagi menambah kouta itu termasuklah mengemukakan surat makluman kepada pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan (KPLBP) ekoran daripada keputusan Jemaah Menteri Sabah.

Katanya, susulan daripada keputusan Jemaah Menteri Sabah, Kementeriannya telah bekerjasama dengan pejabat-pejabat daerah untuk membuat unjuran keperluan pembinaan rumah PPRT bagi tempoh lima tahun.

“Ssurat berkaitan perkara ini juga telah dikemukakan kepada pihak KPLBP,” katanya.

Dalam pada itu, Jahid berkata, usaha dan tekad untuk menambah kuota PPRT juga telah dibuat melalui lawatan kunjungan hormat beliau kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Persekutuan.

“Saya telah membawa isu berkenaan penambahan kuota PPRT untuk perhatian beliau. Sekali lagi, cadangan untuk menambah kuota PPRT juga dibangkitkan semasa Menteri KPLBP membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah yang mana saya juga turut hadir,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/07/dun-sabah-kplb-sabah-hanya-terima-400-unit-agihan-rumah-pprt/feed/ 0 9452
Ketibaan Vaksin Cansino Ke Sabah Dialu-Alukan – Annuar Ayub https://sabahmedia.com/2021/08/10/ketibaan-vaksin-cansino-ke-sabah-dialu-alukan-annuar-ayub/ https://sabahmedia.com/2021/08/10/ketibaan-vaksin-cansino-ke-sabah-dialu-alukan-annuar-ayub/#respond Tue, 10 Aug 2021 02:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4386
Read Time:1 Minute, 24 Second

Liawan –Pengumuman Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bahawa Sabah akan mendapat vaksin jenis Cansino disambut baik oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub.

Menurutnya pengumuman oleh Menteri Penyelaras PICK, YB  Khairy Jamaluddin bahawa Sabah akan menerima 1.8 juta dos vaksin pada pertengahan bulan Ogos ini diharapkan  tidak akan berkurang seperti yang telah dijanjikan untuk memenuhi keperluan penduduk kawasan Pedalaman.

Katanya, keinginan dan sikap rakyat pedalaman semakin meningkat untuk mendapatkan vaksin.

“ Oleh itu, adalah amat penting pemberian jumlah vaksin yang mencukupi oleh Kerajaan Persekutuan, adalah sangat penting untuk memenuhi keperluan vaksinasi rakyat di Sabah khasnya di kawasan pedalaman” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Menurut Annuar yang juga Naib Presiden Parti Solidariti Tanah Airku StarSabah lagi,  program-program outreach yang dilaksanakan di kawasan pedalaman kini , telah membantu meningkatkan kesedaran rakyat untuk divaksin.

” Adalah diharapkan keinginan rakyat untuk menerima perlindungan diri melalui vaksinasi ini mestilah dipenuhi dengan cara penghantaran dan pembekalan vaksin yang mencukupi,khasnya bagi kawasan pedalaman”, kata Datuk Annuar.

Disamping itu beliau turut turut merakamkan rasa terima kasih dan penghargaan beliau kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program vaksinasi di PPV dan juga program mobile outreach di seluruh Sabah.

Pada Julai lalu, Menteri Penyelaras PICK, Khairy di dalam satu pertemuan secara maya bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, berkata Sabah antara negeri terawal yang akan untuk menerima vaksin dos tunggal CanSino apabila Malaysia menerima tiga juta bekalan vaksin berkenaan pada bulan depan.

Beliau memberi jaminan berkenaan sebagai maklum balas kepada permintaan Hajiji agar lebih banyak bekalan vaksin dihantar ke Sabah bagi mencapai sasaran 60 peratus vaksinasi di negeri itu menjelang Oktober sekali gus mencapai imuniti kelompok pada akhir tahun ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/10/ketibaan-vaksin-cansino-ke-sabah-dialu-alukan-annuar-ayub/feed/ 0 4386
Adun Liawan Hargai Sokongan UMNO Sabah, Seru Pemerkasaan GRS https://sabahmedia.com/2021/08/09/adun-liawan-hargai-sokongan-umno-sabah-seru-pemerkasaan-grs/ https://sabahmedia.com/2021/08/09/adun-liawan-hargai-sokongan-umno-sabah-seru-pemerkasaan-grs/#respond Mon, 09 Aug 2021 08:47:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4355
Read Time:1 Minute, 14 Second

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan,YB Datuk Annuar Ayub Aman merakamkan penghargaan  kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Mokhtar yang telah menyatakan pendirian UMNO Sabah untuk terus menyokong Kerajaan GRS pimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Katanya Pendirian UMNO Sabah terhadap Kerajaan Negeri amat penting meskipun berlaku pergolakan politik di peringkat Persekutuan, demi menepati janji serta menghargai mandat yang diamanahkan oleh rakyat Sabah kepada Kerajaan GRS.

 “ Ini adalah satu tanda bahawa kerajaan GRS cukup memahami dan mengambil berat dalam memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat Sabah tatkala kita masih lagi dilanda pandemik Covid-19.”

Menurutnya, beliau amat bersetuju dan menyokong sepenuhnya dengan saranan dan seruan daripada Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak agar GRS ini dapat diperkasakan menjadi entiti rasmi Sabah sama seperti GPS di Sarawak, lengkap dengan lambang GRS sendiri.

“ Pemerkasaan GRS sebagai satu entiti juga dilihat mampu memberikan kerajaan negeri Sabah suara yang lebih lantang atau “bargaining power” dalam memperjuangkan hak-hak negeri Sabah sepertimana yang telah termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963” katanya di dalam satu Kenyataan hari ni.

“ Kita sedar pemerkasaan GRS ini memerlukan satu “political will” yang kuat dan jitu daripada semua parti di dalam GRS dan inilah masa yang sesuai untuk kita memulakan langkah pertama kita.

Sokongan padu dan tidak berbelah bagi yang berterusan kepada kerajaan GRS ini juga membuktikan kematangan politik serta kewarasan pemikiran dikalangan pemimpin gabungan yang mendahulukan kepentingan rakyat berbanding hal-hal lain dikala kita berhadapan dengan waktu sukar seperti sekarang katanya lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/09/adun-liawan-hargai-sokongan-umno-sabah-seru-pemerkasaan-grs/feed/ 0 4355
Penduduk Pedalaman Perlu Diberi Keutamaan Terima Vaksin Dos Tunggal https://sabahmedia.com/2021/07/21/penduduk-pedalaman-perlu-diberi-keutamaan-terima-vaksin-dos-tunggal/ https://sabahmedia.com/2021/07/21/penduduk-pedalaman-perlu-diberi-keutamaan-terima-vaksin-dos-tunggal/#respond Wed, 21 Jul 2021 09:49:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3394
Read Time:1 Minute, 6 Second

KENINGAU: Pemberian vaksin dos tunggal kepada penduduk di kawasan pedalaman dilihat lebih menjimatkan masa dan mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan Datuk Annuar Ayub Aman berkata, pemberian vaksin dos tunggal kepada penduduk di pedalaman lebih praktikal kerana tidak perlu menunggu jadual suntikan kedua.

“Kerajaan diminta untuk memberi keutamaan kepada penduduk pedalaman khususnya di Sabah untuk memperoleh bekalan vaksin dos tunggal CanSino kerana penduduk luar bandar tinggal di pelbagai lokasi berjauhan dengan kemudahan jalan yang amat daif.

“Keutamaan bekalan vaksin kepada penduduk pedalaman dapat mengatasi kos pengangkutan yang tinggi untuk ke bandar,” katanya.

Annuar yang juga Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Liawan merujuk kepada kenyataan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin yang menyatakan sebanyak 3.5 juta dos tunggal vaksin Cansino dari China bakal sampai Julai ini.

Katanya, pihaknya amat memahami keperluan penduduk kawasan-kawasan terpencil perlu diberi vaksin sehingga ke perkampungan mereka untuk mengatasi masalah perjalanan yang jauh.

“Itu sebabnya, program outreach vaksinasi dos tunggal patut diperbanyakkan ke seluruh pelosok perdalaman,” katanya.

Dalam pada itu,  Annuar meminta penduduk pedalaman agar tidak risau dan ragu tentang keberkesanan vaksin dos tunggal CanSino kerana vaksin itu disahkan pihak berkuasa farmasi negara dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Annuar berharap saranannya mendapat pertimbangan serius demi menjayakan program imunisasi peringkat negeri dengan pantas, berkesan dan efektif.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/21/penduduk-pedalaman-perlu-diberi-keutamaan-terima-vaksin-dos-tunggal/feed/ 0 3394
COVID-19: Penularan jangkitan Kluster Jambatan Liawan berpunca dari pergaulan golongan remaja di kampung https://sabahmedia.com/2021/07/17/covid-19-penularan-jangkitan-kluster-jambatan-liawan-berpunca-dari-pergaulan-golongan-remaja-di-kampung/ https://sabahmedia.com/2021/07/17/covid-19-penularan-jangkitan-kluster-jambatan-liawan-berpunca-dari-pergaulan-golongan-remaja-di-kampung/#respond Sat, 17 Jul 2021 13:28:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3178
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Terdapat satu kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini iaitu Kluster Jambatan Liawan, Keningau melibatkan jangkitan dalam komuniti di Mukim Tuarid Taud dan Lingkudau di daerah Keningau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan lelaki, 26, yang dikesan positif COVID-19 melalui ujian RTK-Ag dalam saringan bergejala pada 14 Julai 2021 di sebuah klinik swasta di Keningau.

Katanya, saringan kontak rapat pada 15 Julai 2021 pula mendapati enam kes RTK-Ag positif iaitu satu kes di klinik swasta dan lima kes yang dilaporkan daripada Pusat Kuarantin Sementara, IPG Keningau.

Namun, pada 16 Julai 2021, 38 lagi kes RTK-Ag positif dikesan hasil saringan kontak rapat di lapangan.

“Secara keseluruhannya, berbanding 256 kontak yang disaring, jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini mencatatkan 45 kes, termasuk 38 kes baharu.

“Penularan jangkitan kluster ini juga disyaki berpunca daripada pergaulan golongan remaja di kampung dan kemudian merebak kepada ahli keluarga,”kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

Walau bagaimanapun aktiviti siasatan dan pengesanan kontak rapat masih giat dijalankan.

Dalam perkembangan lain, empat lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 19 Julai 2021 hingga 1 Ogos 2021 iaitu Apartment Seri Maju, Kota Kinabalu, Kampung Tinusa 2, Sandakan, dua Lokaliti di Tawau melibatkan QL Farm Breeder, Jalan Stesen TV dan Kuarters Pekerja Onika Kuari.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/17/covid-19-penularan-jangkitan-kluster-jambatan-liawan-berpunca-dari-pergaulan-golongan-remaja-di-kampung/feed/ 0 3178