Libatkan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 09 Dec 2021 14:15:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Libatkan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 COVID-19: Lagi Kluster Baharu Di Sabah Libatkan Institusi Pendidikan https://sabahmedia.com/2021/12/09/covid-19-lagi-kluster-baharu-di-sabah-libatkan-institusi-pendidikan/ https://sabahmedia.com/2021/12/09/covid-19-lagi-kluster-baharu-di-sabah-libatkan-institusi-pendidikan/#respond Thu, 09 Dec 2021 14:15:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9674
Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Satu lagi kluster baharu dilaporkan hari ini melibatkan institusi pendidikan selepas semalam di daerah Tuaran dan kini di daerah Ranau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster baharu tersebut yang diberi nama Kluster Debut Timbua di daerah Ranau berpunca daripada seorang guru lelaki yang dikesan positif melalui Saringan Kendiri.

“Siasatan dan saringan lanjut dikalangan kontak rapat mendapati seramai 31 orang lagi telah dijangkiti. Kesemua pesakit telah diasingkan dan dirawat sewajarnya.

“Antara lokaliti yang terlibat dengan kluster ini ialah Asrama SMK Timbua, Kuarters SMK Timbua dan Kuarters SMA Mohd Ali,” kata Masidi dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 329 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 236,375 kes. Selain tiga kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu masing-masing satu kes di Kota Kinabalu, Kota Marudu dan Tuaran.

Bagaimanapun, bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 325 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 226,655 orang. Manakala 1,164 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 575 orang di hospital, 579 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, lapan orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara dan dua (2) orang di fasiliti swasta.

Daerah Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi dengan 73 kes diikuti Tuaran 32 kes, Penampang 31 kes dan Ranau 23 kes.

Secara perbandingan, 15 daerah mencatatkan peningkatan kes harian berbanding kes semalam tetapi dengan dua daerah menunjukkan peningkatan yang agak tinggi iaitu Kota Kinabalu meningkat 20 kes dan Penampang 11 kes manakala 11 daerah mencatatkan penurunan dengan tiga daripadanya penurunan dua angka iaitu Tuaran -23 kes, Beaufort -13 kes dan Ranau -11 kes.

Menurut Masidi lagi, hampir 97% daripada pesakit hari ini berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2, seorang pesakit dalam Kategori 3, dua orang pesakit dalam Kategori 4 dan tidak ada pesakit dalam Kategori 5 pada hari ini. Tujuh pesakit lagi masih dalam penilaian lanjut JKNS.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/09/covid-19-lagi-kluster-baharu-di-sabah-libatkan-institusi-pendidikan/feed/ 0 9674
COVID-19: Kluster Baharu Direkodkan Di Sabah Libatkan Pelajar IPG https://sabahmedia.com/2021/12/08/covid-19-kluster-baharu-direkodkan-di-sabah-libatkan-pelajar-ipg/ https://sabahmedia.com/2021/12/08/covid-19-kluster-baharu-direkodkan-di-sabah-libatkan-pelajar-ipg/#respond Wed, 08 Dec 2021 12:13:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9575
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini melibatkan asrama pelajar siswi Institut Pendidikan Guru (IPG) di Bakut, Tuaran.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Jalan Tuaran Bakut- Tuaran bermula dari kes indeks seorang pelajar wanita yang didapati positif COVID-19.

“Saringan kesihatan di kalangan kontak rapat mendapati 26 orang lagi pelajar yang tinggal di asrama bersama indeks kes telah dijangkiti.

“Kesemua yang dijangkiti telah diasingkan dan diberikan rawatan yang sesuai,”katanya.

Dalam perkembangan lain, turut dilaporkan jumlah kes positif COVID-19 baharu bagi negeri Sabah hari ini iaitu sebanyak 322 kes, menjadikan jumlah kumulatif 236,046 kes.

Manakala lima kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu masing-masing satu kes di Ranau, Lahad Datu, Sipitang, Kota Marudu dan Penampang.

Menurut Masidi, empat daerah mencatatkan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu Tuaran 55 kes, Kota Kinabalu 53 kes, Ranau 34 kes dan Kota Belud 25 kes. Bagaimanapun, sebanyak 16 daerah merekodkan kes pada satu angka sahaja dan enam daripadanya merekodkan sifar kes.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/08/covid-19-kluster-baharu-direkodkan-di-sabah-libatkan-pelajar-ipg/feed/ 0 9575
COVID-19: Lagi Kluster Baharu Sabah Libatkan Kilang Sawit https://sabahmedia.com/2021/11/25/covid-19-lagi-kluster-baharu-sabah-libatkan-kilang-sawit/ https://sabahmedia.com/2021/11/25/covid-19-lagi-kluster-baharu-sabah-libatkan-kilang-sawit/#respond Thu, 25 Nov 2021 12:36:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8880
Read Time:40 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu dilaporkan di Sabah hari ini iaitu Kluster Sawit Biru, Kinabatangan merupakan kluster jenis tempat kerja.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster tercetus dari tempat kerja melibatkan sebuah kilang sawit di Kinabatangan.

“Kes indeks merupakan seorang wanita bukan warganegara berumur 41 tahun bekerja sebagai pembersihan di kilang sawit berkenaan.

“Beliau didapati positif COVID-19 setelah menjalani ujian saringan RTK-Ag di klinik swasta di Lahad Datu pada 22 November 2021 dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan selanjutnya,” katanya.

Susulan kes tersebut, aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapatiseramai 13 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan telah didapati positif COVID-19 dan telah di kuarantin serta diberi rawatan yang sesuai.

Manakala jumlah kumulatif kes positif untuk kluster ini adalah seramai 14 orang.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/25/covid-19-lagi-kluster-baharu-sabah-libatkan-kilang-sawit/feed/ 0 8880