liga malaysia – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 23 Feb 2022 07:25:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png liga malaysia – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Gary Steven Robbat Pemain Terakhir ‘Diikat’ Sabah FC https://sabahmedia.com/2022/02/23/gary-steven-robbat-pemain-terakhir-diikat-sabah-fc/ https://sabahmedia.com/2022/02/23/gary-steven-robbat-pemain-terakhir-diikat-sabah-fc/#respond Wed, 23 Feb 2022 07:25:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12469
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Bekas pemain skuad Harimau Muda Gary Steven Robbat sah diumumkan menyertai Sabah FC sebelum jendela perpindahan pertama Liga Malaysia musim ini ditutup petang semalam.

Perkara itu turut diumumkan menerusi hantaran di Facebook Sabah FC selepas bekas pemain Melaka United (MU) itu menandatangani kontrak untuk bermain bersama pasukan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Pemain berusia 29 tahun itu sebelum ini menyertai MU secara pinjaman bagi satu musim namun tidak berjaya mempamerkan kredibilitinya berikutan mengalami kecederaan.

Gary sebelum ini juga pernah berlatih bersama kelab Bundesliga, Borussia Dortmund dan turut bermain dalam pauskan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum dipinjamkan ke MU.

Kehadiran Gary dalam pasukan Sabah Fc musim ini bakal memberi banyak pilihan pemain kepada Ong Kim Swee untuk merencana sesuatu pada musim ini.

Selain Gary, Sabah FC turut membarisi beberapa pemain baharu yang dulunya pernah beraksi bersama Harimau Muda antaranya Khairul Fahmi Che Mat, Nazirul Naim, Irfan Fazail dan Dominic Tan.

Khairul dan Irfan pernah membantu pasukan negara memenangi pingat emas Sukan SEA 2011 lalu di Indonesia.

Selain membawa masuk bekas bintang Harimau Muda, pengurusan pasukan juga membawa masuk beberapa pemain senior dan pemain muda yang meningkat naik antaranya Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali, Stuart Wilkin, Azhad Harraz dan Harith Naem.

Berdasarkan beberapa pemain ternama yang dibawa masuk ke Sabah FC, jelas dilihat matlamat pasukan itu musim ini adalah untuk memenangi piala dan peminat menganggap mereka akan menjadi salah satu pencabar dalam saingan Liga Super musim ini.

Sabah FC akan membuka tirai saingan Liga Super 2022 bertemu Negeri Sembilan FC pada 4 Mac depan di Stadium Likas.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/23/gary-steven-robbat-pemain-terakhir-diikat-sabah-fc/feed/ 0 12469
Sabah FC Yakin Tampil Tunjukkan Prestasi Sebenar https://sabahmedia.com/2022/02/14/sabah-fc-yakin-tampil-tunjukkan-prestasi-sebenar/ https://sabahmedia.com/2022/02/14/sabah-fc-yakin-tampil-tunjukkan-prestasi-sebenar/#respond Mon, 14 Feb 2022 11:56:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12209
Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Sabah FC masih mempunyai baki tiga minggu untuk memperbaiki kelemahan sebelum memulakan kempen Liga Malaysia menentang Negeri Sembilan  FC awal Mac depan.

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata beliau tidak panik dengan beberapa keputusan dalam perlawanan persahabatan pra musim sebelum ini namun berusaha untuk memperbaiki setiap kelemahan sedia ada.

Katanya, beliau sudah mengenalpasti  kelemahan yang ada selepas mengharungi empat perlawanan termasuk ketika tewas 1 – 2 kepada Kelantan FC dalam Kejohanan Piala Sabah Maju Jaya (SMJ Cup) 2022 malam tadi sekali gus yakin dapat menunjukkan prestasi sebenar mereka selepas ini.

“Saya pasti kita boleh perbaiki apa juga kelemahan sedia ada…Kita ada tiga perlawanan lagi masa itu mungkin sudah ada keserasian dalam kalangan pemain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.

Mengulas mengenai perlawanan semalam ketika tewas kepada Kelantan FC,  Kim Swee nyata kecewa dengan keputusan tidak memberangsangkan itu sekali gus mengecewakan semua pihak.

“Daripada segi keputusan saya tidak berpuashati dengan beberapa pemain yang tidak menunjukkan prestasi terbaik mereka…Kita bermula agak perlahan tetapi kita mendapatkan gol pertama.

“Selepas gol pertama kita berhenti bermain dan mengambil mudah. Ini merupakan satu sikap negatif yang perlu diubah kerana apabila mendahului kita harus kekalkan momentum,” katanya.

Dalam tempoh terdekat, Sabah FC akan memperbaiki semua masalah ini termasuk masalah kecederaan yang masih membelenggu beberapa pemain utama terutama sekali seorang lagi penyerang import dari Jepun, Taiki Kagayama, Dominic Tan, Irfan Fazail dan beberapa pemain lain.

Mengulas prestasi penampilan pertama penyerang Brazil, Neto Pessoa, Kim Swee berkata Neto baharu bersama-sama kita selama dua minggu, sudah tentu banyak kelemahan perlu diperbaiki  terutamanya daripada segi penyudah tetapi secara keseluruhannya saya amat berpuas hati terutama kesungguhannya,” katanya.

Kim Swee berkata Ini termasuk seorang lagi pemain import Brazil, Jackson De Souza yang turut menunjukkan persefahaman baik dalam perlawanan malam tadi dan percaya mereka akan menjadi lebih baik selepas mengharungi beberapa perlawanan selepas ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/14/sabah-fc-yakin-tampil-tunjukkan-prestasi-sebenar/feed/ 0 12209
Tiga Pemain Kebangsaan Akan Sertai Latihan Bersama Sabah FC https://sabahmedia.com/2021/12/28/tiga-pemain-kebangsaan-akan-sertai-latihan-bersama-sabah-fc/ https://sabahmedia.com/2021/12/28/tiga-pemain-kebangsaan-akan-sertai-latihan-bersama-sabah-fc/#respond Tue, 28 Dec 2021 09:06:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10382
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Tiga pemain kebangsaan dijangka akan menjalani sesi latihan bersama skuad Sabah FC pada 10 Januari depan.

Mereka ialah Baddrol Bakhtiar, Dominic Tan dan Rizal Ghazali yang sebelum ini telah menandatangi kontrak bersama pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Ketiga-tiga pemain itu diberikan tempoh rehat lebih panjang selepas menyertai pasukan kebangsaan dalam Piala AFF Suzuki di Singapura baru-baru ini.

“Hari ini (semalam) merupakan sesi latihan pertama.  Kita ada tiga fasa untuk bersiap sedia menghadapi latihan pra musim. Apa yang penting ini adalah persiapan rapi untuk kita menghadapi Liga Malaysia musim hadapan.

“Kita yakin dengan kehadiran tiga pemain itu nanti akan memperkukuhkan lagi kekuatan Sabah FC. Kita jangka mereka sampai pada 10 Januari depan,” katanya dalam satu kenyataan media semasa sesi latihan pertama Sabah FC disini semalam.

Kim Swee berkata, Sabah FC akan memulakan latihan secara berperingkat-peringkat bagi menyesuaikan peranan serta menyusun semula posisi dan keserasian semua pemain.

“Dalam minggu pertama tidak banyak yang kita akan lakukan kecuali mendapatkan balik rentak agar semua pemain dapat bersama-sama bukan sahaja di dalam padang tetapi juga di luar padang,” katanya.

Seramai 20 pemain termasuk beberapa muka baharu yang berjaya diikat Sabah FC untuk musim depan hadir pada sesi latihan pertama di Padang Sintetik, Universiti Malaysia Sabah (UMS) semalam.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/28/tiga-pemain-kebangsaan-akan-sertai-latihan-bersama-sabah-fc/feed/ 0 10382
SUKAN : 5 Perlawanan Persahabatan Bakal Uji Keserasian 2 Pemain Baharu Sabah FC : Kurniawan https://sabahmedia.com/2021/06/29/sukan-5-perlawanan-persahabatan-bakal-uji-keserasian-2-pemain-baharu-sabah-fc-kurniawan/ https://sabahmedia.com/2021/06/29/sukan-5-perlawanan-persahabatan-bakal-uji-keserasian-2-pemain-baharu-sabah-fc-kurniawan/#respond Tue, 29 Jun 2021 11:53:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2227
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU : Lima perlawanan persahabatan di ibu negara bulan depan dijadikan ruang untuk menguji tahap kecergasan pemain selain menilai prestasi dua pemain baharunya.

Jurulatih Sabah FC Kurniawan Dwi Yulianto berkata, dua pemain tersebut, Josip Ivancic, penyerang dari Croatia yang menggantikan penyerang Liberia, Sam Johnson serta Nazirul Naim Che Hashim dari Perak FC.

Josip berketinggian 1.93 cm itu diturunkan menentang Kedah Darul Aman FC, penghujung Mei lalu manakala Nazirul,  bekas bek kiri skuad kebangsaan dipinjamkan ke Sabah FC pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

“Kita masih tunggu kelulusan daripada Malaysian Football League (MFL) yang dijangka akan diperolehi dalam tempoh terdekat.

“Mudah-mudahan kita dapat tengok serta ukur kemampuan mereka dalam perlawanan persahabatan nanti.

“Mereka mungkin memerlukan masa untuk memahami serta mengerti bagaimana game plan kita.. kerana mungkin game plan kita berbeza dengan team lama mereka. jadi kita cuba untuk berikan pengertian kepada mereka terutama Josip, memang agak berbeza game plan team lamanya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjalani “Camp Based Training” di padang Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Kota Kinabalu.

Mengulas mengenai perlawanan persahabatan itu, Kurniawan berkata Sabah FC sudah secara lisan berkomunikasi dengan beberapa kelab di Semenanjung Malaysia yang bersedia dan berminat untuk mengadakan perlawanan persahabatan itu nanti.

“Kita tinggal tunggu pelaksanaannya nanti termasuk tatacara untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dibenarkan dan hanya menunggu keputusannya kemungkinan besar dapat diperolehi dalam minggu ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/29/sukan-5-perlawanan-persahabatan-bakal-uji-keserasian-2-pemain-baharu-sabah-fc-kurniawan/feed/ 0 2227
SUKAN : Saddil Ramdani & 2 Lagi Pemain Sabah FC Lanjut Kontrak Sehingga November 2022 https://sabahmedia.com/2021/06/29/sukan-saddil-ramdani-2-lagi-pemain-sabah-fc-lanjut-kontrak-sehingga-november-2022/ https://sabahmedia.com/2021/06/29/sukan-saddil-ramdani-2-lagi-pemain-sabah-fc-lanjut-kontrak-sehingga-november-2022/#respond Tue, 29 Jun 2021 03:59:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2171
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU:  Sabah FC mengambil langkah awal melanjutkan kontrak tiga tonggak utamanya sehingga November tahun depan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia.

Pengurusnya, Marzuki Nasir berkata, ketiga-tiga pemain tersebut iaitu Alto Linus, Randy Baruh dan pemain import, Saddil Ramdani menandatangani pelanjutan kontrak mereka semalam di ibu pejabat kelab yang disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC,  Khairul Firdaus Akhbar Khan.

Katanya pelanjutan kontrak ini sebagai imbuhan atas prestasi terbaik mereka sepanjang pusingan pertama Liga Super serta komitmen pihak pengurusan Sabah FC menuju ke era pengurusan yang lebih profesional dan komprehensif.

“Kita tetap penuhi janji pihak pengurusan kepada pemain-pemain yang menunjukkan komitmen dan prestasi cemerlang serta memberangsangkan sama ada di dalam atau di luar padang  sepanjang beraksi bersama Sabah FC.

“Ini langkah pertama dan berterusan untuk dipanjangkan kepada pemain-pemain yang lain untuk melanjutkan kontrak mereka selepas pihak pengurusan berpuas hati terhadap komitmen dan mutu permainan mereka,” katanya.

Marzuki berkata, kontrak ketiga-tiga pemain tersebut sepatutnya tamat November ini namun  diperbaharui lebih awal berdasarkan persetujuan bersama antara ketiga-tiga mereka dan pengurusan Sabah FC.

“Bermula hari ini ketiga-tiga mereka akan menerima kontrak serta gaji baharu. Ini bermakna akan terdapat peningkatan gaji mereka selepas persetujuan daripada kedua-dua pihak,” katanya.

Pihak pengurusan Sabah FC merancang untuk menandatangani pelanjutan kontrak beberapa pemain lagi dalam tempoh terdekat dan berharap komitmen yang ditunjukkan ketiga-tiga pemain ini akan menjadi contoh kepada pemain-pemain lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/29/sukan-saddil-ramdani-2-lagi-pemain-sabah-fc-lanjut-kontrak-sehingga-november-2022/feed/ 0 2171