liga super sabah fc – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 06 Sep 2025 02:42:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png liga super sabah fc – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah FC perlu penambahbaikan, yakin prestasi akan meningkat – Jean Paul https://sabahmedia.com/2025/09/06/sabah-fc-perlu-penambahbaikan-yakin-prestasi-akan-meningkat-jean-paul/ https://sabahmedia.com/2025/09/06/sabah-fc-perlu-penambahbaikan-yakin-prestasi-akan-meningkat-jean-paul/#respond Sat, 06 Sep 2025 02:42:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80693
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Pengendali Sabah FC Jean-Paul de Marigny mengakui masih banyak yang perlu dilakukan untuk memperbaiki pasukan selepas hanya seri tiga perlawanan setakat ini.

Namun beliau tetap yakin prestasi Sang Badak akan bertambah baik apabila penambahbaikan yang sewajarnya dilaksanakan.

Katanya, pasukan kendaliannya juga mampu mencipta lebih banyak gol dan melakar kemenangan dalam saingan Liga Super musim ini.

Menurutnya, aksi pertama menentang Kuala Lumpur City cukup baik bagi pasukannya walaupun hanya bermain 10 orang, namun agak mengecewakan apabila gagal memenangi dua perlawanan di gelanggang sendiri selepas itu.

“Masih banyak penambahbaikan yang perlu dibuat dan saya fikir setelah kita melaksanakan itu, kita mampu menjaring lebih banyak gol dan memenangi perlawanan,” katanya ditemui pada pelancaran jersi baharu Sabah FC, di sini pada Khamis.

Jersi baharu bertemakan ‘The Rise of the Rhinos’ itu adalah hasil kerjasama Sabah FC dengan jenama sukan terkemuka, Adidas.

Pelancaran disempurnakan Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Ir Shahelmey Yahya.

De Marigny berkata pembaikan yang ditumpukan pasukan adalah untuk menambah keyakinan menjaringkan gol.

“Kita perlu lebih yakin dan mencipta banyak peluang, selain bertindak dengan berani apabila peluang itu tiba dalam setiap perlawanan.

“Kita mempunyai barisan pertahanan yang bagus, justeru kita juga mahu barisan hadapan pasukan yang seperti itu. Kita perlu tambah baik dan cipta banyak peluang,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/06/sabah-fc-perlu-penambahbaikan-yakin-prestasi-akan-meningkat-jean-paul/feed/ 0 80693
Dua import Sabah FC dijangka terlepas peluang beraksi esok https://sabahmedia.com/2024/05/11/dua-import-sabah-fc-dijangka-terlepas-peluang-beraksi-esok/ https://sabahmedia.com/2024/05/11/dua-import-sabah-fc-dijangka-terlepas-peluang-beraksi-esok/#respond Sat, 11 May 2024 09:26:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54270
Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu : Dua pemain import Sabah FC, Ramon Machado dan Saddil Ramdani berkemungkinan terlepas peluang untuk beraksi pada perlawanan Liga Super menentang Penang FC di Stadium Likas petang esok.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, kedua-dua pemain itu masih belum pulih sepenuhnya akibat kecederaan selepas perlawanan persahabatan pramusim Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) 2024 baru-baru ini.

Katanya, masih ada tempoh 48 jam untuk melihat secara keseluruhan tahap kecergasan mereka sebelum dapat diturunkan atau sebaliknya.

“Kita tidak akan mengambil risiko berikutan perjalanan Liga Super baru bermula dan dalam masa sama Sabah FC sedang mencorak taktikal lain untuk mengisi kekosongan sekiranya kedua-dua mereka tidak dapat diturunkan petang esok.

“Selain itu, S.Kumaahran juga berada dalam senarai kecederaan manakala Damien Lim sudah pasti terkeluar tidak dapat beraksi kemungkinan selama enam hingga ke lapan minggu. Kita akan lihat perkembangannya, Damien Lim memerlukan masa untuk mendapatkan semula tahap kecergasannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Damien diketepikan untuk tempoh enam hingga kelapan minggu susulan kecederaan Medial Collateral Ligament (MCL) yang dialaminya ketika saingan Sabah Maju Jaya Cup 2024 berdepan Hougang United 29 April lalu.

Ketika mengulas mengenai persiapan Sabah FC menentang Penang FC, Kim Swee berkata ini bukan satu perlawanan mudah memandangkan Penang FC mempunyai jurulatih yang baharu serta beberapa pemain yang sangat berkualiti.

“Penang FC juga bersiap sedia dengan banyak menghadapi perlawanan persahabatan pramusim termasuk tiba dua hari lebih awal ke Kota Kinabalu.

“Ini menunjukkan Penang FC sangat serius dalam menghadapi saingan musim 2024/25. Sabah FC juga sudah bersiap sedia sepenuhnya dalam mengharungi kempen Liga Super ini selepas menjadi juara dalam Piala SMJ lalu,” katanya.

Menurutnya banyak kelemahan dan kekuatan dapat dilihat, disamping cuba memperbaiki beberapa kelemahan sedia ada sekali gus akan mampu mencapai keputusan positif pada perlawanan pertama petang esok.

“Sudah tentu, Sabah FC memerlukan sokongan padu dalam kalangan penontonnya…Ayuh semua datang ke Stadium Likas esok,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/11/dua-import-sabah-fc-dijangka-terlepas-peluang-beraksi-esok/feed/ 0 54270
Aksi Sabah FC, Kelantan FC ditunda kerana hujan lebat https://sabahmedia.com/2023/09/29/aksi-sabah-fc-kelantan-fc-ditunda-kerana-hujan-lebat/ https://sabahmedia.com/2023/09/29/aksi-sabah-fc-kelantan-fc-ditunda-kerana-hujan-lebat/#respond Fri, 29 Sep 2023 14:32:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42763
Read Time:52 Second

Kota Kinabalu : Perlawanan Liga Super antara Sabah FC dengan Kelantan FC yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Kota Bharu Kelantan jam 9 malam tadi ditunda susulan hujan lebat dan padang digenangi air.

Pengumuman penangguhan itu turut dimuat naik di Facebook rasmi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kira-kira jam 9.30 malam.

Keadaan padang yang digenangi air itu juga didapati tidak sesuai diadakan perlawanan untuk skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee dan Angel Alfredo Vera.

“Perlawanan Liga Super di antara Kelantan FC lawan Sabah FC yang dijadualkan bermula jam 9 malam ini terpaksa ditangguhkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak berikutan hujan lebat mengakibatkan permukaan padang ditakungi air,”

Untuk rekod Sabah FC kini mengumpul 42 mata dengan menduduki tangga keempat Liga Super manakala Kelantan FC mengutip lapan mata dengan menduduki tangga ke-13 liga.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu akan berdepan PSM Makasar dalam aksi saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada 5 Oktober ini di Stadium Kapten I Wayan Dipta. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/29/aksi-sabah-fc-kelantan-fc-ditunda-kerana-hujan-lebat/feed/ 0 42763