ligs – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 14 Apr 2025 08:34:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ligs – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 LIGS perluas Program Penanaman Nenas MD2, fokus tambah pendapatan petani di Sabah https://sabahmedia.com/2025/04/14/ligs-perluas-program-penanaman-nenas-md2-fokus-tambah-pendapatan-petani-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/04/14/ligs-perluas-program-penanaman-nenas-md2-fokus-tambah-pendapatan-petani-di-sabah/#respond Mon, 14 Apr 2025 04:25:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71908
Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Dalam usaha meningkatkan pendapatan petani dan mengurangkan kebergantungan kepada tanaman getah, Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) kini giat memperluaskan program penanaman nenas MD2 di beberapa kawasan di Sabah.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, menerusi program yang bermula pada 2022, penanaman nenas MD2 dimulakan di kawasan seluas lima ekar melibatkan tujuh peserta dengan kos RM35,000.

“Pada 2024, keluasan projek bertambah kepada 15 ekar melibatkan 12 peserta dan kos meningkat kepada RM500,000. Tahun ini, projek itu sekali lagi diperluaskan ke kawasan seluas 30 ekar, membabitkan 21 peserta dengan peruntukan RM1.3 juta.

“Meskipun tanaman getah masih diberi perhatian, LIGS kini turut menumpukan kepada tanaman alternatif lain seperti nenas MD2 bagi mempelbagaikan sumber pendapatan pekebun kecil,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada ADUN Banggi Datuk Mohammad Mohamarin pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16, hari ini yang bertanyakan adakah perancangan kementerian mengusahakan tanaman nenas di Banggi selain getah.

Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri 1, menjelaskan selain program penanaman nenas, usaha pembangunan semula ladang getah juga diteruska secara berkolompok.

Pada tahun 2023, seluas 61.21 hektar ladang getah dibangunkan semula di Kampung Pangkalan Darat melibatkan 14 peserta dengan kos RM1.16 juta. Sementara itu, pada tahun 2024, 52 hektar ladang lagi dibangunkan di Kampung Gagau dengan penyertaan 30 peserta dan kos hampir RM1 juta,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/14/ligs-perluas-program-penanaman-nenas-md2-fokus-tambah-pendapatan-petani-di-sabah/feed/ 0 71908
LIGS sumbang RM2 juta kepada Kerajaan Negeri https://sabahmedia.com/2024/09/24/ligs-sumbang-rm2-juta-kepada-kerajaan-negeri/ https://sabahmedia.com/2024/09/24/ligs-sumbang-rm2-juta-kepada-kerajaan-negeri/#respond Tue, 24 Sep 2024 08:58:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61131
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) agensi dibawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah menyerahkan sumbangan sebanyak RM2 juta kepada Kerajaan Negeri.

Sumbangan itu diserahkan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor oleh Pengurus Besar LIGS, Sabdil Tanjong bersama Pengerusi LIGS, Datuk Edward Linggu serta ahli-ahli lembaga pengarahnya semasa mengadakan kunjungan hormat di Menara Kinabalu pada Selasa.

Menurut Sabdil, jumlah sumbangan itu meningkat sebanyak 33% berbanding tahun lalu sebanyak RM1.5 juta.

Katanya, sumbangan ini adalah berdasarkan prestasi kewangan LIGS yang baik padatahun 2023 dan manifestasi semangat LIGS untuk berkongsi hala tuju untuk membangunkan negeri Sabah.

Hajiji (kanan) menerima cenderamata daripada Konsul Republik Indonesia di Tawau, Bapak Aris Heru Utomo semasa menerima kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Selasa.

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Konsul Republik Indonesia di Tawau, Bapak Aris Heru Utomo di pejabatnya, hari ini.

Aris yang sebelum ini bertugas sebagai salah seorang Direktor Badan Pembinaan Ideologi Pancasila Republik Indonesia (The Pancasila Ideology Development Agency) menggantikan Ibu Heni Hamidah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/24/ligs-sumbang-rm2-juta-kepada-kerajaan-negeri/feed/ 0 61131
Hajiji Menyaksikan Penyerahan Dividen LIGS Dan Bantuan Banjir SESB https://sabahmedia.com/2022/02/07/hajiji-menyaksikan-penyerahan-dividen-ligs-dan-bantuan-banjir-sesb/ https://sabahmedia.com/2022/02/07/hajiji-menyaksikan-penyerahan-dividen-ligs-dan-bantuan-banjir-sesb/#respond Mon, 07 Feb 2022 09:54:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11979
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan dividen daripada Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) sebanyak RM1,317,336.00 kepada Kerajaan Negeri di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini. (7 Feb)

Dividen itu adalah untuk tahun 2020-2021, diserahkan oleh Pengurus Besar LIGS, Sabdil Tanjong kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong dan turut disaksikan oleh Pengerusi LIGS, Edward Linggu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan Bantuan Banjir SESB oleh CEO SESB, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid kepada Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri turut menyaksikan penyerahan bantuan banjir daripada Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) sebanyak RM100,000.00 kepada Tabung Bencana Negeri Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid menyerahkan sumbangan itu kepada Safar.

Turut hadir ialah Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Awang Shahminan Awang Sahari.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/07/hajiji-menyaksikan-penyerahan-dividen-ligs-dan-bantuan-banjir-sesb/feed/ 0 11979
RM20 Juta Insentif Harga Getah Tahun 2022 https://sabahmedia.com/2021/12/12/rm20-juta-insentif-harga-getah-tahun-2022/ https://sabahmedia.com/2021/12/12/rm20-juta-insentif-harga-getah-tahun-2022/#respond Sun, 12 Dec 2021 09:56:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9780
Read Time:2 Minute, 25 Second

TUARAN: Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi pembayaran Insentif Harga Getah dalam Belanjawan Negeri tahun 2022 untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, melalui insentif itu para pekebun kecil akan diberi tambahan harga getah sebanyak RM0.25 sekilogram bagi getah kentalan.

Manakala Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) akan menyumbangkan subsidi sebanyak RM0.05 bagi sekilogram getah kentalan menjadikan jumlah tambahan harga bagi sekilogram adalah RM0.30 pada tahun 2022.

Katanya, dalam Belanjawan 2022, LIGS telah diperuntukkan sebanyak RM5.23 juta bagi perbelanjaan pembangunan, selain terus menerima geran bantuan kerajaan sebanyak RM11 juta.

“LIGS juga akan meneruskan pembangunan kawasan ladang melalui Program High Impact Project (HIP) Tanam Baru dan Tanam Semula Getah Secara Berkelompok yang melibatkan 2,333 pekebun kecil, serta terus melaksanakan program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) kepada pekebun-pekebun kecil getah dengan empat bidang usaha iaitu tanaman halia, nanas MD2, pisang nipah dan penternakan ikan talapia”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) di Dewan Persatuan Rumpun Bajau SAMA Sabah, Kampung Lok Batik, hari ini.

Hajiji berkata, kerajaan sentiasa peka dan prihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh pekebun kecil dan penoreh getah di negeri ini dan sentiasa mencari jalan untuk membantu, terutama ketika negara masih bergelut dengan masalah COVID-19 sehingga golongan tersebut turut menerima kesan akibat pandemik ini.

Menyedari dan memahami situasi sukar ini, beliau berkata kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai bantuan termasuk Bantuan Sabah Prihatin (BSP) 1.0 hingga 3.0 secara one-off yang mencecah bayaran lebih RM353 juta selain pemberian bakul makanan kepada semua rakyat yang terjejas termasuk pekebun kecil getah, bermula sejak akhir tahun lalu.

Menurutnya, selain COVID-19, para pekebun kecil juga terpaksa menghadapi keadaan cuaca yang tidak menentu terutamanya pada setiap akhir tahun sehingga menjejaskan pendapatan mereka.

“Justeru Kerajaan Persekutuan telah meluluskan Bantuan Musim Tengkujuh (BMH) kepada seluruh pekebun kecil getah di negara ini khasnya di Sabah sebagai usaha dan sokongan untuk meringankan beban mereka.

“Kerajaan Negeri melalui LIGS akan mengagih-agihkan BMT yang berjumlah RM51,793,800 kepada 86,323 pekebun kecil di seluruh negeri dengan bantuan RM600 bagi setiap pekebun kecil. Dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri dan Persekutuan, saya menyeru para pekebun kecil untuk terus mempertingkatkan produktiviti pengeluaran getah mereka.

“Penyaluran BMT ini merupakan salah satu usaha dan keprihatinan kerajaan untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas akibat musim tengkujuh selain akibat penularan pandemik COVID-19”, tegasnya.

Hajiji juga menyeru pengurusan dan semua lapisan kakitangan LIGS agar terus berusaha meningkatkan lagi kualiti dan keberkesanan perkhidmatan kepada para pekebun kecil getah terutama dalam aspek membangunkan tanah-tanah milik pekebun kecil sehingga kepada pemprosesan dan pemasaran getah-getah ke pasaran antarabangsa.

Katanya, LIGS juga perlu memikirkan kaedah baru lain yang boleh membantu pekebun kecil dan penoreh getah di negeri ini.Melalui pengurusan yang baik, saya percaya LIGS mampu membantu untuk memasarkan atau menjual hasil getah mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/12/rm20-juta-insentif-harga-getah-tahun-2022/feed/ 0 9780