Lima cedera – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 06 Apr 2025 07:42:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Lima cedera – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lima cedera dalam kemalangan babitkan dua kenderaan di Sandakan https://sabahmedia.com/2025/04/06/lima-cedera-dalam-kemalangan-babitkan-dua-kenderaan-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2025/04/06/lima-cedera-dalam-kemalangan-babitkan-dua-kenderaan-di-sandakan/#respond Sun, 06 Apr 2025 07:42:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71535
Read Time:51 Second

Oleh FLORIETA DIET

SANDAKAN: Lima mangsa cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua buah kenderaan, Isuzu Dmax dan Proton Saga, di Jalan Batu 9, Sandakan sekitar jam 11:12 malam Sabtu.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Rosemidian@Rosdi Majid berkata, kejadian itu melibatkan seorang lelaki berusia 23 tahun yang memandu Proton Saga dan empat mangsa yang berada dalam Isuzu Dmax, iaitu seorang lelaki berusia 46 tahun serta tiga perempuan berusia 16 tahun.

“Semua mangsa yang terlibat dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan BBP.

“Pasukan BBP Sandakan, seramai lapan anggota, tiba di lokasi kejadian pada jam 11:29 malam dan segera melakukan pembersihan kawasan kemalangan serta mengambil maklumat dari tempat kejadian.

“Pasukan EMRS dan pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum menghantar mereka ke Hospital Sandakan untuk rawatan lanjut,” katanya.

Tambahnya lagi, operasi tamat pada jam 12:22 pagi selepas pasukan BBP memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kemalangan.

Pihak polis juga hadir untuk menjalankan siasatan lanjut mengenai punca kejadian.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/06/lima-cedera-dalam-kemalangan-babitkan-dua-kenderaan-di-sandakan/feed/ 0 71535
Seorang lelaki maut, lima cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan https://sabahmedia.com/2025/03/31/seorang-lelaki-maut-lima-cedera-dalam-kemalangan-melibatkan-tiga-kenderaan/ https://sabahmedia.com/2025/03/31/seorang-lelaki-maut-lima-cedera-dalam-kemalangan-melibatkan-tiga-kenderaan/#respond Mon, 31 Mar 2025 13:29:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71349
Read Time:44 Second

Oleh FLORIETA DIET

TUARAN: Seorang lelaki berumur 20-an maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kampung Nouga, Jalan Tenghilan di sini pada Hari Raya pertama.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Nor Amit berkata, pihak BBP menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.33 petang dan tiba di lokasi kejadian pada jam 3.53 petang.

” Setibanya pasukan ke lokasi kejadian mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Bezza tersepit di keretanya dan disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, kemalangan itu melibatkan tiga buah kenderaan kereta jenis Perodua Bezza, Perodua Viva, dan Mitsubishi Triton.

“Lima mangsa daripada kenderaan Mitsubishi Triton mengalami kecederaan telah keluar sendiri manakala lima mangsa lagi daripada kereta Perodua Axia tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/31/seorang-lelaki-maut-lima-cedera-dalam-kemalangan-melibatkan-tiga-kenderaan/feed/ 0 71349