lima penjawat awam – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 18 Jul 2023 07:28:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png lima penjawat awam – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lima penjawat awam didakwa di mahkamah melibatkan kes tuntutan palsu https://sabahmedia.com/2023/07/18/lima-penjawat-awam-didakwa-di-mahkamah-melibatkan-kes-tuntutan-palsu/ https://sabahmedia.com/2023/07/18/lima-penjawat-awam-didakwa-di-mahkamah-melibatkan-kes-tuntutan-palsu/#respond Tue, 18 Jul 2023 07:28:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38492
Read Time:1 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU: Lima penjawat awam didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di sini kerana membuat tuntutan palsu berhubung kos perpindahan ke pelbagai daerah membabitkan RM61,500.

Mereka ialah Rozidah Samudin, 52, Myron Masing, 40, Alif Abdul Fatah, 35, Mohd Effendi Awang Damit, 31, dan Ady Said, 38.

Kesemua mereka bertugas di Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah (JPBW) Sabah.

Rozidah menghadapi dua pertuduhan manakala empat lelaki tersebut masing-masing satu pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (2) Akta yang sama 2009.

Ady bagaimanapun menghadapi lima lagi pertuduhan bersubahat dengan empat tertuduh dalam melakukan kesalahan itu.

Mereka mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga.

Dalam kes Rozidah, dia didakwa menyerahkan resit syarikat pengangkutan untuk penghantaran barangan rumah dan kenderaan yang berkaitan dengan tugas rasminya. Namun, perkhidmatan itu tidak pernah diberikan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di JPBW di sini pada 2 Oktober 2017 bernilai RM17, 100, dan pada 5 September 2019 bernilai RM17, 000.

Myron dan Mohd Effendi masing-masing didakwa melakukan kesalahan sama pada 8 Sept 2020 membabitkan RM6,250.

Sementara Alif, dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 23 Ogos 2019 membabitkan RM8, 480.

Dalam kes Ady, pertuduhan pertama menyatakan dia didakwa melakukan kesalahan sama membabitkan RM6,450 pada 8 Sept 2020.

Bagi pertuduhan kedua hingga keenam, Ady didakwa bersubahat dengan Rozidah, Myron, Alif, dan Mohd Effendi dalam membuat tuntutan palsu masing-masing antara 2017 dan 2020.

Pertuduhan, mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM dibaca bersama Seksyen 18 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Hakim menetapkan tarikh yang sama pada 15 Ogos untuk semua tertuduh.

Setiap tertuduh turut diikat jamin antara RM10,000 dan RM15,000 dengan deposit antara RM3,000 dan RM4,000 di bawah penjamin tempatan.

Mahkamah turut memerintahkan mereka melaporkan diri di pejabat SPRM dua bulan sekali. Pasport masing-masing diperintahkan untuk diserahkan kepada mahkamah dan mereka diarah tidak mengganggu mana-mana saksi pendakwaan sementara menunggu penyelesaian kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Dzulkarnain Rousan Hasbi dan Rekhraj Singh untuk SPRM.

Rozidah diwakili peguam Mohd Luqman Syazwan Zabidi Md Zain manakala Alif diwakili peguam Yannik Mohd Anuar dan Lim Chun Yuan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/18/lima-penjawat-awam-didakwa-di-mahkamah-melibatkan-kes-tuntutan-palsu/feed/ 0 38492
Kemuka tuntutan palsu, lima penjawat awam ditahan https://sabahmedia.com/2023/07/17/kemuka-tuntutan-palsu-lima-penjawat-awam-ditahan/ https://sabahmedia.com/2023/07/17/kemuka-tuntutan-palsu-lima-penjawat-awam-ditahan/#respond Mon, 17 Jul 2023 10:19:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38449
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan lima pegawai termasuk seorang wanita di sebuah jabatan kerajaan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu perpindahan yang melibatkan beberapa daerah di Sabah berjumlah kira-kira RM61,000.

Menurut sumber, kelima-lima suspek berusia antara 30an hingga 50an dipercayai ditahan antara jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari ketika hadir di pejabat SPRM Sabah hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek dipercayai mengemukakan penyata resit syarikat pengangkutan bagi tujuan pembayaran penghantaran barangan rumah dan kenderaan sedangkan perkhidmatan tersebut tidak pernah dilakukan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Kesemua suspek ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut dan tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat.

“Kelima-lima suspek juga akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah, Kota Kinabalu esok pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan daripada siasatan kes ini, S Karunanithy berkata, pihak SPRM Sabah telah memberikan khidmat nasihat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dengan mencadangkan beberapa penambahbaikan pekeliling perkhidmatan sistem dan prosedur berhubung tuntutan perpindahan di jabatan itu.

“Kerajaan negeri Sabah juga telah menyambut baik khidmat nasihat dan kini dalam proses penambahbaikan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/17/kemuka-tuntutan-palsu-lima-penjawat-awam-ditahan/feed/ 0 38449
SPRM tahan enam, individu termasuk lima penjawat awam https://sabahmedia.com/2023/01/12/sprm-tahan-enam-individu-termasuk-lima-penjawat-awam/ https://sabahmedia.com/2023/01/12/sprm-tahan-enam-individu-termasuk-lima-penjawat-awam/#respond Thu, 12 Jan 2023 01:39:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27757
Read Time:50 Second

KOTA.KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah telah menahan enam individu terdiri daripada lima penjawat awam yang bertugas di sebuah jabatan di daerah Semporna malam tadi.

Sumber berkata, kesemua suspek lelaki termasuk seorang awam yang disyaki sebagai orang tengah ditahan kerana dipercayai telah meminta wang rasuah kira-kira RM20,000 daripada seorang awam bagi tidak mengambil tindakan ke atas anaknya yang disyaki melakukan kesalahan menyimpan minyak masak subsidi berjumlah kira-kira 100 kotak yang disyaki diseludup ke luar negara.

Menurut sumber, kesemua suspek berusia antara 29 hingga 50 tahun itu dipercayai ditahan oleh pegawai SPRM selepas menerima sebahagian dari wang rasuah iaitu sebanyak kira-kira RM5,000 daripada orang awam berkenaan pada kira-kira jam 10 malam, tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tambahnya, semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Tawau untuk proses permohonan reman pada hari ini bagi tujuan siasatan lanjut.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/12/sprm-tahan-enam-individu-termasuk-lima-penjawat-awam/feed/ 0 27757