LKAN – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 06 Oct 2026 10:17:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png LKAN – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 LKAN 2/ 2026 : Arahan Perubahan Kerja Dengan nilai RM513.99 juta diluluskan melebihi had kuasa https://sabahmedia.com/2026/10/06/lkan-2-2026-arahan-perubahan-kerja-dengan-nilai-rm513-99-juta-diluluskan-melebihi-had-kuasa/ https://sabahmedia.com/2026/10/06/lkan-2-2026-arahan-perubahan-kerja-dengan-nilai-rm513-99-juta-diluluskan-melebihi-had-kuasa/#respond Tue, 06 Oct 2026 09:56:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104876
Read Time:1 Minute, 45 Second

KUALA LUMPUR: Sebanyak 57 Arahan Perubahan Kerja bernilai terkumpul RM513.99 juta bagi Pan Borneo Sabah Fasa 1A diluluskan melebihi had kuasa, menurut LKAN 2/2026.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026, kelulusan melibatkan 15 pakej kerja dan dibuat oleh jawatankuasa yang dipengerusikan Pegawai Penguasa atau SO, melebihi had ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan PK 4.1.

Daripada jumlah itu, 11 APK bernilai RM14.16 juta tidak dikemukakan kepada Lembaga Perolehan KKR, manakala 46 APK bernilai RM499.83 juta tidak dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Audit menyifatkan keadaan tersebut sebagai ketakteraturan serius yang menunjukkan kelemahan kawalan kos projek.

Kementerian Kewangan memandang serius perkara itu dan mengingatkan KKR serta JKR Sabah supaya mematuhi had kelulusan serta tidak mengulangi kesalahan berkenaan.

KKR memaklumkan APK yang melebihi had perlu diangkat kepada pihak berkuasa berkaitan untuk pertimbangan.

Sementara itu, Maklum balas JKR Sabah yang diterima pada 1 Julai 2026 berkata , JKR Sabah telah mengemukakan permohonan penetapan had kelulusan APK sehingga 10% daripada kos siling projek melalui surat bertarikh 20 Mei 2026 untuk pertimbangan dan kelulusan KKR serta MoF.

Dalam itu Nilai RM513.99 juta dihitung secara terkumpul tanpa pelarasan pengurangan kos. Ia berbeza daripada RM484.15 juta nilai bersih perubahan kerja yang mengambil kira penambahan dan pengurangan harga kontrak.

Di dalam laporan itu juga Sebanyak 31 daripada 34 dokumen kontrak Pan Borneo Sabah yang disemak menetapkan had kelulusan Arahan Perubahan Kerja tidak selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan PK 4.1.

Menurut LKAN 2/2026, hanya tiga dokumen kontrak disediakan selaras dengan ketetapan yang dirujuk Audit.

Sebelas kontrak memperuntukkan kuasa kepada Pegawai Penguasa untuk meluluskan perubahan kerja antara RM3.57 juta hingga RM34.72 juta. Sebanyak 19 kontrak pula membenarkan kelulusan sehingga RM3 juta.

Audit membandingkan peruntukan tersebut dengan had RM1 juta bagi jawatankuasa dipengerusikan SO untuk kontrak yang melebihi RM10 juta.

Ketidakselarasan klausa itu dikaitkan dengan kelulusan 57 APK bernilai RM513.99 juta melebihi had kuasa.

Audit menyatakan perkara tersebut menunjukkan kelemahan kawalan dalaman dalam penyediaan kontrak.

KKR dan JKR Sabah disyorkan menyemak kontrak yang masih berkuat kuasa serta menyelaraskan klausa melalui pindaan sah, tertakluk kepada persetujuan pihak berkaitan dan semakan undang-undang.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/06/lkan-2-2026-arahan-perubahan-kerja-dengan-nilai-rm513-99-juta-diluluskan-melebihi-had-kuasa/feed/ 0 104876
LKAN 2/2026 : Unjuran kos kontrak Pan Borneo Sabah meningkat RM1.05 bilion https://sabahmedia.com/2026/10/06/lkan-2-2026-unjuran-kos-kontrak-pan-borneo-sabah-meningkat-rm1-05-bilion/ https://sabahmedia.com/2026/10/06/lkan-2-2026-unjuran-kos-kontrak-pan-borneo-sabah-meningkat-rm1-05-bilion/#respond Tue, 06 Oct 2026 09:52:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104869
Read Time:1 Minute, 40 Second

KUALA LUMPUR: Unjuran kos kontrak keseluruhan Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1 meningkat kepada RM18.960 bilion daripada RM17.910 bilion, iaitu pertambahan RM1.050 bilion.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/ 2026, kos meningkat kepada RM18.394 bilion selepas mengambil kira perubahan kerja bersih yang diluluskan, sebelum tambahan anggaran RM566 juta menjadikan unjuran RM18.960 bilion.

Tambahan RM566 juta itu merangkumi RM120 juta bagi pelanjutan kontrak perunding dan perkhidmatan, serta RM446 juta anggaran tuntutan loss and expenses dan pelarasan harga susulan pelanjutan kontrak pembinaan.

Bagi 15 pakej Fasa 1A, unjuran kos keseluruhan projek ialah RM11.323 bilion, melebihi siling RM10.336 bilion sebanyak RM987 juta atau 9.5 peratus.

Audit menyatakan peruntukan tambahan diperlukan bagi membolehkan projek disiapkan.

KKR memaklumkan permohonan perubahan kos perlu dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi, tetapi siling bagi pembayaran tahun 2026 masih mencukupi ketika maklum balas diberikan.

RM18.960 bilion merupakan unjuran kos kontrak. Perbelanjaan sebenar keseluruhan Fasa 1 yang direkodkan sehingga 31 Mac 2026 ialah RM10.547 bilion daripada peruntukan diterima RM11.153 bilion.

Dalam laporan itu juga Pampasan pengambilan tanah berjumlah RM228 juta masih belum dibayar, manakala 3,459 struktur belum dirobohkan bagi Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1 setakat 31 Mac 2026.

LKAN 2/2026 memperincikan baki pampasan RM144 juta bagi Fasa 1A dan RM84 juta bagi Fasa 1B. Struktur belum dirobohkan pula terdiri daripada 99 di Fasa 1A dan 3,360 di Fasa 1B.

Pengambilan tanah keseluruhan melibatkan 6,513 pemilik dan kawasan seluas 2,237.966 hektar.

Audit mendapati pewartaan tanah tidak menjamin tapak tersedia secara fizikal untuk pembinaan. Pengosongan kawasan, pembayaran pampasan dan perobohan struktur masih belum selesai.

Bagi 11 pakej Fasa 1A, halangan struktur mengambil masa antara 38 hingga 89 bulan untuk diselesaikan selepas tarikh masuk tapak.

KKR menjelaskan kapasiti penilaian terhad kerana Jabatan Tanah dan Ukur Sabah hanya mempunyai tujuh jurunilai berbanding jumlah lot serta struktur yang banyak.

Sebagai langkah mitigasi, 29 jurunilai swasta daripada 12 firma dilantik. Jumlah pampasan yang direkodkan juga boleh meningkat selepas penilaian dan surat tawaran selesai.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/06/lkan-2-2026-unjuran-kos-kontrak-pan-borneo-sabah-meningkat-rm1-05-bilion/feed/ 0 104869