lobster – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 22 Oct 2025 14:41:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png lobster – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KPDN kompaun tiga peniaga lobster di Semporna https://sabahmedia.com/2025/10/22/kpdn-kompaun-tiga-peniaga-lobster-di-semporna/ https://sabahmedia.com/2025/10/22/kpdn-kompaun-tiga-peniaga-lobster-di-semporna/#respond Wed, 22 Oct 2025 14:41:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83942
Read Time:1 Minute, 7 Second

Oleh Ahmad Husnayan

SEMPORNA: Tiga peniaga di Pasar Ikan Semporna dikenakan kompaun berjumlah RM900 selepas didapati gagal mempamerkan tanda harga jualan Udang Kara (Lobster) dalam pemeriksaan dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), hari ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Semporna, Dr. Jong Jee Leong, berkata tindakan itu hasil Operasi Bersepadu susulan aduan tular di media sosial berhubung dakwaan pelancong dari China ditipu ketika membeli hasil laut di pasar berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian sebenar berlaku enam bulan lalu dan hanya dikongsi semula di media sosial pada 21 Oktober lalu.

“Walaupun insiden itu bukan kejadian baharu, atas keprihatinan KPDN untuk melindungi pengguna dan pelancong, pemeriksaan tetap dijalankan bagi memastikan semua peniaga mematuhi undang-undang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, operasi berkenaan turut disertai penguat kuasa Majlis Daerah Semporna dan memeriksa 40 premis perniagaan di sekitar pasar terbabit.

Dr. Jong menegaskan, KPDN tidak akan berkompromi terhadap mana-mana peniaga yang melanggar peraturan, terutama yang boleh menjejaskan imej Semporna sebagai destinasi pelancongan terkenal.

“Peniaga perlu beretika dan mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan. Kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan keyakinan pengguna dan pelancong terhadap industri tempatan,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya menjadi mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berkaitan penyelewengan harga atau gangguan bekalan melalui saluran rasmi KPDN seperti talian aduan 1-800-886-800, aplikasi EzADU, atau portal e-Aduan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/22/kpdn-kompaun-tiga-peniaga-lobster-di-semporna/feed/ 0 83942
Warga asing dipenjara tujuh tahun pecah masuk restoran dan curi ikan kerapu, lobster https://sabahmedia.com/2025/10/15/warga-asing-dipenjara-tujuh-tahun-pecah-masuk-restoren-dan-curi-ikan-kerapu-lobster/ https://sabahmedia.com/2025/10/15/warga-asing-dipenjara-tujuh-tahun-pecah-masuk-restoren-dan-curi-ikan-kerapu-lobster/#respond Wed, 15 Oct 2025 09:42:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83348
Read Time:1 Minute, 38 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang warga asing yang memecah masuk sebuah restoran dan mencuri 15 ekor ikan kerapu serta lima ekor lobster dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Hurman Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap Lajah Musa Habibullah, 25, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, telah melakukan pecah kedai dengan memasuki ke dalam kedai tersebut bagi maksud melakukan kesalahan mencuri ikan kerapu dan lobster milik seorang lelaki.

Kesalahan itu dilakukan pada 24 Feb lalu jam lebih kurang 5 pagi, bertempat The House Crab Restaurant, Jalan Gaya, Lorong 1, Jalan Haji Saman, dekat sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada 24 Februari lalu kira-kira jam 8.58 pagi, pengadu yang juga pengurus operasi The House Crab Restaurant telah dimaklumkan oleh pekerjanya bahawa restoran berkenaan telah dipecah masuk.

Pengadu kemudian pergi ke restoran itu dan mendapati terdapat kesan umpil pada pintu.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati sebanyak 15 ekor ikan kerapu dan lima ekor lobster telah hilang dicuri.

Pada hari yang sama kira-kira jam 11.30 malam, sepasukan anggota dari Balai Polis Kota Kinabalu menahan tertuduh di Pasar Safma, Kota Kinabalu, kerana disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.

Terdahulu semasa prosiding, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dimainkan di mahkamah, dan tertuduh mengakui bahawa individu dalam rakaman tersebut adalah dirinya.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dan juga meminta tempoh penjara dikira dari tarikh tangkap, dengan alasan sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak.

Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir pula memohon hukuman berat dikenakan dengan mengambil kira keseriusan dan kekerapan kes seumpama itu, selain kerugian dianggarkan sekitar RM5,000 yang ditanggung pengadu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap, serta dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/15/warga-asing-dipenjara-tujuh-tahun-pecah-masuk-restoren-dan-curi-ikan-kerapu-lobster/feed/ 0 83348