lockdown – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 24 Aug 2021 13:54:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png lockdown – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Palsu, Tiada ‘Lockdown’ – Masidi Manjun https://sabahmedia.com/2021/08/24/palsu-tiada-lockdown-masidi-manjun/ https://sabahmedia.com/2021/08/24/palsu-tiada-lockdown-masidi-manjun/#respond Tue, 24 Aug 2021 13:54:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5196
Read Time:30 Second

KOTA KINABALU : Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun hari ini menafikan dakwaan kononnya Sabah akan dikenakan perintah sekatan pergerakan (Lockdown).

Ia susulan mesej yang tular sejak pagi tadi kononnya Sabah akan dikenakan ‘Lockdown’ minggu hadapan. Mesej itu menyatakan ‘Next Week Sabah Lockdown, Be Prepare’.

Masidi yang juga jurucakap rasmi COVID-19 Sabah berkata, mesej yang tular dan disebarkan termasuk di beberapa sosial media tersebut adalah palsu.

“Itu berita palsu (Fake),” katanya melalui WhatsApp disini hari ini.

Mesej itu disebarkan susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di negeri itu yang merekodkan 3,376 kes pada hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/24/palsu-tiada-lockdown-masidi-manjun/feed/ 0 5196
Kerajaan Sabah Ambil Pendekatan Tingkatkan Kadar Vaksinasi, Pelaksanaan ‘Lockdown’ Bukan Kaedah Berkesan https://sabahmedia.com/2021/07/30/kerajaan-sabah-ambil-pendekatan-tingkatkan-kadar-vaksinasi-pelaksanaan-lockdown-bukan-kaedah-berkesan/ https://sabahmedia.com/2021/07/30/kerajaan-sabah-ambil-pendekatan-tingkatkan-kadar-vaksinasi-pelaksanaan-lockdown-bukan-kaedah-berkesan/#respond Fri, 30 Jul 2021 12:39:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3811
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU : Pelaksanaan ‘lockdown’ atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh bukan lagi kaedah berkesan bagi mengekang penularan COVID-19 pada masa kini dimana virus berkenaan sudah berada dalam komuniti.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, virus itu kini mudah dijangkiti dan ia dibuktikan menerusi saringan secara besar-besaran yang dilaksanakan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

“Kontak rapat sudah menjadi kumpulan tertinggi kes harian iaitu sebanyak 60 peratus pad hari ini dan kontak rapat ini pula ada jaringan dari kawan-kawan mereka sendiri (circle of friends).

“Ini mengakibatkan bilangan kes harian berganda, yakni kesan ‘multiplier effect’. Hasilnya bilangan positif baharu semakin naik kerana semakin luas medan saringan yang perlu dibuat oleh JKNS,” katanya kepada Sabah Media disini hari ini.

Masidi yang juga jurucakap rasmi COVID-19 Sabah berkata, kunci bagi melawan dan mengurus pandemik ini adalah melalui pematuhan standard operasi prosedur (SOP) dan meningkatkan kadar vaksinasi dikalangan penduduk.

Katanya, kapasiti JKNS untuk memberi vaksin kini sudah sampai sehingga 50,000 dos vaksin sehari dan akan dipertingkatkan sehingga 60,000 dos sehari bergantung kepada stok vaksin yang diterima.

“Rakyat kini sudah agak lesu dalam keadaan ‘terkurung’ dan pematuhan SOP secara menyeluruh akan membantu kita mengelak daripada dijangkiti. Vaksinasi juga memberi kita ‘kekebalan’ daripada jangkitan virus sehingga 90 peratus.

“Kita masih boleh dijangkiti tetapi kesannya ringan (mild) dan tidak memerlukan rawatan hingga masuk ke hospital. Ini adalah antara pendekatan kerajaan Sabah bagi menangani pandemik COVID-19 di negeri ini,” katanya.

Katanya, peningkatan kadar vaksinasi dikalangan penduduk Sabah bagi membolehkan kita mencapai kelompok imuniti dan penguatkuasaan pematuhan SOP secara menyeluruh terbukti lebih berkesan menurunkan jumlah jangkitan setiap hari

Menurutnya, pendekatan ini sudah terbukti berkesan ditempat lain dan apa yang perlu kini adalah bekalan vaksin yang mencukupi dan jadual penghantaran yang tidak terganggu.

“Bagi saya pelaksanaan ‘lockdown’ semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah kes jangkitan yang semakin bertambah.

“Ia adalah sekadar satu kaedah dan bukan satu-satunya jalan keluar daripada jangkitan yang bertambah. Dulu kita tidak ada pilihan lain selain daripada ‘lockdown’ kerana vaksin pada ketika itu belum ada,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/30/kerajaan-sabah-ambil-pendekatan-tingkatkan-kadar-vaksinasi-pelaksanaan-lockdown-bukan-kaedah-berkesan/feed/ 0 3811
Misi Kemanusiaan ‘Total Lockdown’ Sasar 600 Keluarga Terjejas PKP https://sabahmedia.com/2021/06/12/misi-kemanusiaan-total-lockdown-sasar-600-keluarga-terjejas-pkp/ https://sabahmedia.com/2021/06/12/misi-kemanusiaan-total-lockdown-sasar-600-keluarga-terjejas-pkp/#respond Sat, 12 Jun 2021 02:39:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1078
Read Time:1 Minute, 5 Second

12 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

BEAUFORT: Sebanyak hampir 600 keluarga disekitar Parlimen Beaufort dan Sipitang yang terjejas dan terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Diperketatkan akan dibantu melalui Misi Kemanusiaan ‘Total Lockdown’ BERPADU Sabah.

Misi kemanusiaan yang dilaksanakan Pertubuhan Masyarakat Berpadu Sabah (BERPADU) itu turut melancarkan tabung bantuan bagi mengumpul dana bagi membeli dan mengumpul Pek Makanan Asas untuk disumbangkan kepada penduduk terjejas.

Setiausaha Agung BERPADU Nurfasiha Masri berkata, bagi menjayakan misi ini, pihaknya akan membuka tabung bantuan sehingga penghujung bulan ini bagi membolehkan masyarakat menyalurkan sumbangan.

“Pek makanan asas ini akan merangkumi Beras, Tepung Gandum, Minyak Masak, Gula dan Garam dan akan diserahkan seawal penghujung bulan ini sekiranya dana dan barangan keperluan ini mencukupi.

“Penyumbang juga boleh menyerahkan sumbangan dalam bentuk barangan seperti yang dinyatakan dan boleh terus menghubungi kami untuk tujuan pengumpulan sumbangan,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Nurfasiha berkata, bantuan itu adalah bertujuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas selepas pelaksanaan PKP dan PKPD yang menyukarkan penduduk untuk keluar mencari sumber pendapatan.

“Justeru itu, kami tertarik hati untuk sama-sama membantu mereka ini dan turut mengajak semua untuk bersama membantu mereka ini bagi meringkan bebanan harian mereka,”katanya.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi 014-3453452 atau  019-8098193 untuk keterangan lebih lanjut.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/12/misi-kemanusiaan-total-lockdown-sasar-600-keluarga-terjejas-pkp/feed/ 0 1078
Total Lockdown: Kebajikan Pelajar Keutamaan UMS https://sabahmedia.com/2021/06/11/total-lockdown-kebajikan-pelajar-keutamaan-ums/ https://sabahmedia.com/2021/06/11/total-lockdown-kebajikan-pelajar-keutamaan-ums/#respond Fri, 11 Jun 2021 08:59:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1035
Read Time:1 Minute, 34 Second

11 Jun 2021

[email protected]


KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) sentiasa menitikberatkan kebajikan pelajar  termasuk ketika pelaksanaan Total Lockdown yang sedang berkuatkuasa sehingga 14 Jun ini. 


Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, seperti beberapa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, universiti melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) akan memantau situasi dan keperluan pelajar dari masa ke semasa. 

“Satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan JHEP bersama barisan kepimpinan pelajar bagi tujuan ini. 


“Mereka bertanggungjawab menguruskan segala sumbangan atau bantuan yang diberikan oleh organisasi, agensi kerajaan dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) selain sumbangan daripada UMS sendiri. 

“Antaranya, penyediaan Food Bank pada setiap Isnin hingga Khamis bagi memastikan kesemua pelajar di Kolej Kediaman dalam kampus dan pelajar Non Residen atau yang menyewa di sekitar Kota Kinabalu, mendapat bekalan makanan yang mencukupi ” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. 


Taufiq berkata, UMS juga memantau rapat tahap kesihatan fizikal para pelajar sekiranya ada yang bergejala, mereka akan segera dirujuk ke Hospital UMS untuk menjalani saringan ujian Covid-19.


“Inisiatif lain yang turut dijalankan termasuklah tinjauan berkala oleh Kaunselor JHEP bagi memastikan tahap kesihatan mental para pelajar sepanjang tempoh Lockdown. 

“Sehubungan itu, ibu bapa atau penjaga pelajar di seluruh kampus UMS sama ada di Kota Kinabalu, Sandakan atau di Labuan, usah bimbang, saya memberi jaminan bahawa UMS akan sentiasa memantau dan menjaga kebajikan anak-anak anda di sini,” katanya. 

Mengenai aktiviti akademik, Taufiq memaklumkan sesi kelas kuliah berjalan seperti biasa melalui budaya norma baharu yang kesemuanya diadakan secara atas talian membabitkan pelajar di dalam kampus dan yang tinggal di luar.


Seramai 4,589  pelajar UMS berada di kampus Kota Kinabalu, Sandakan dan Labuan pada ketika ini.

 
Sebarang saluran sumbangan atau pertanyaan mengenai anak-anak yang menuntut di universiti itu boleh menghubungi talian hotline Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS di nombor 088-320060.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/11/total-lockdown-kebajikan-pelajar-keutamaan-ums/feed/ 0 1035