KOTA KINABALU: Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menerusi program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) terus komited dalam merangka hala tuju strategik bagi memperkasakan industri padi dan beras negara.
Program ini juga seiring dengan matlamat kerajaan dalam meningkatkan kadar Tahap Sara Diri (SSL) beras negara iaitu sebanyak 75 peratus.
Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan BERNAS hari ini, bermula dengan Memorandum Persefahaman (MoU) antara BERNAS dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada awal tahun, SMART SBB adalah salah satu inisiatif MAFI bagi menyatukan tanah sawah untuk membentuk satu sistem pengurusan ladang berpusat.
Sistem berpusat ini dilihat dapat mengoptimumkan penggunaan sumber sedia ada serta meningkatkan kecekapan aktiviti penanaman dan pengeluaran hasil padi negara.
Sebagai syarikat yang berpengalaman luas dan mempunyai rangkaian kukuh di dalam industri, BERNAS menyasarkan kawasan-kawasan yang mempunyai produktiviti rendah dengan mengunjurkan lonjakan hasil antara 40 hingga 60 peratus semusim.
Manakala, empat kawasan sawah yang berpotensi telah dikenalpasti, iaitu Kampung Kulambai, Kota Belud di Sabah; Batang Lupar, Sarawak; Sungai Batu Pahat, Perlis dan Setiu Terengganu.
Sementara, SMART SBB ini merupakan program kolaborasi di antara BERNAS dan agensi lain seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Pertanian Negeri Sabah, Pertubuhan Peladang Kawasan, IADA dan lain-lain.
Di samping itu, BERNAS juga turut melaksanakan SMART SBB bersama Pengilang Bumiputera; sebagai contoh program di antara BERNAS dan Kilang Beras Dibuk di Perlis.
Ketika ini kerja-kerja pemulihan infrastruktur dan tanah serta penanaman padi sedang giat dilakukan, semestinya cabaran ini memerlukan ketelitian yang menyeluruh, sebagai contoh dalam membangunkan tanah sawah yang sudah lebih 10 tahun terbiar seperti di Kampung Kulambai Kota Belud, Sabah dan kawasan luar jelapang seperti Sungai Batu Pahat di Perlis.
Dalam pada itu, BERNAS bekerjasama dengan hampir 200 pesawah, di mana mereka turut didedahkan dengan teknik serta amalan pertanian baik bagi menguruskan sawah berskala besar.
Penggunaan mekanisasi dan teknologi terkini atau Internet of Things (IoT) yang dilihat dapat memudahkan kerja-kerja ladang akan turut diperkenalkan kepada warga tani bagi mewujudkan sistem pertanian yang lebih terancang.
Ini sekaligus dapat menjimatkan kos penanaman secara menyeluruh, selain membantu pesawah memperolehi hasil tuaian yang baik.
Penglibatan pesawah yang merupakan elemen terpenting dalam program ini turut menunjukkan angka yang memberangsangkan.
Mereka amat komited serta berdisiplin dalam mengikuti Jadual Kerja Ladang yang telah ditetapkan bagi mendapatkan kadar hasil dan mutu padi yang lebih berkualiti.
Sebagai salah sebuah syarikat peneraju SMART SBB, BERNAS akan sentiasa memberi sokongan terhadap pesawah melalui pelbagai platform perkongsian ilmu pengetahuan bagi memacu kejayaan mereka.
Selain itu, BERNAS juga turut merancang untuk memperluaskan lagi program SMART SBB ini kepada varieti padi yang lain seperti beras wangi pada masa akan datang.
]]>KOTA KINABALU: Penerima vaksin yang hadir ke temujanji di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini tidak perlu membuat imbasan MySejahtera di pintu masuk utama UMS.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan UMS, orang ramai walau bagaimanapun dikehendaki membuat imbasan tersebut di beberapa lokasi di dalam kampus.
“Imbasan Kod QR boleh dibuat berdekatan simpang Jalan Banjaran menuju ke Jalan Canselor, simpang Jalan Samudera menuju ke simpang Jalan Fakulti Sains dan Sumber Alam, jalan dari bulatan menuju ke parkir Dewan Canselor.

“Imbasan juga boleh dibuat di jalan menuju Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan simpang masuk Fakulti Kejuruteraan,” demikian menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan, arahan itu juga turut berkuatkuasa ke atas seluruh warga UMS. Ia bagi mengelakkan kesesakan trafik di pintu masuk utama universiti.
Namun, keperluan membuat imbasan Kod QR di dalam kampus wajib dipatuhi seiring dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majis Keselamatan Negara (MKN).
Dalam perkembangan berkaitan, Bahagian Keselamatan UMS turut memaklumkan bahawa staf dan penerima vaksin dibenarkan keluar melalui pintu BHO bagi melancarkan aliran trafik di dalam kampus.
Pintu yang terletak di tengah-tengah laluan antara PPV IPT UMS ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dibuka bermula jam 9.00 pagi – 6.00 petang kecuali Sabtu, Ahad dan hari cuti kelepasan am.
Untuk rekod, kapasiti pemberian vaksin COVID-19 di PPV IPT UMS kini meningkat kepada 3,000 dos sehari berbanding 1,000 dos sebelum ini.
]]>KOTA KINABALU: Tujuh Lokasi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari membabitkan dua lokaliti di Tawau iaitu Kampung Mangga, Nasip Kita
dan Kampung Kijang, Balung, Taman Jaya Diri, Kota Kinabalu, Kampung Lingkodon, Kota Belud, Kampung Pintas Kubu, Beaufort, Kampung Muhibbah, Putatan dan Kampung Goshen, Kota Marudu.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kes telah menular dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di tujuh lokasi
tersebut,”kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.
Masidi dalam kenyataan medianya hari ini, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Mangga, Nasip Kita dan Kampung Kijang, Balung, Taman Jaya Diri, Kota Kinabalu, Kampung Lingkodon, Kota Belud, Kampung Pintas Kubu, Beaufort, Kampung Muhibbah, Putatan dan Kampung Goshen, Kota Marudu
berkuat kuasa 3 Julai sehingga 16 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.
” Namun pelaksanaan PKPD adalah bertujuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut,” tambahnya.
]]>KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri bersetuju menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Bukit Gemuk, Tawau, Kampung Tanjung Batu Keramat, Tawau, Perumahan Etara, Jalan Agaseh, Lahad Datu dan Taman Lavender pada 1 Julai 2021 seperti yang dijadualkan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata dalam kenyataan media hari ini, Kerajaan menamatkan PKPD di empat lokasi tersebut selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan berlaku penurunan kes kesemua lokasi terbabit dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.
Sementara itu satu lokasi dikenakan PKPD iaitu Taman Public, Kota Kinabalu berkuat kuasa 2 Julai sehingga 15 Julai 2021.
Kata Masidi yang juga Jurucakap COVID-19 Negeri, KKM telah melakukan 16 ujian saringan di Taman Public, Kota Kinabalu dan sembilan daripadanya direkodkan positif COVID-19 dengan kadar positiviti 56.25%.
“Pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan penduduk yang berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan,”katanya.
Manakala PKPD di Kampung Landung Ayang, Kudat, dilanjutkan bermula 2 Julai sehingga 15 Julai 2021 setelah KKM mencatatkan peningkatan kes berlaku dalam komuniti serta terdapat kes baharu direkodkan di lokaliti tersebut.
]]>KOTA KINABALU: 10 lokasi ditamatkan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) esok 30 Jun.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata,10 lokasi tersebut adalah dua lokaliti di penampang iaitu Country Heights Apartment dan Vista Minintod Apartmen, PPR Taman Ehsan, Kudat, dua lokaliti di Kalabakan iaitu Kampung Rancangan dan Kampung Kijang Merotai, dua lokaliti di Tawau iaitu Kampung Tanjung Batu Tengah dan Taman Semarak Megah, dua lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Kampung Rampayan dan Kampung Kionsom Kecil serta Kampung Taun Gusi Peninting, Kota Belud.
“Penamatan PKPD di lokasi-lokasi tersebut adalah dengan persetujuan semua agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mendapati penurunan kes dan jangkitan di lokasi berkenaan,” kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi Covid-19 Negeri.
Sementara satu lokasi dikenakan PKPD iaitu Kampung Balung Cocos, Tawau, berkuat kuasa 1 Julai sehingga 14 Julai 2021.
“KKM telah merekodkan sembilan kes di Kampung Balung Cocos, Tawau setelah 27 orang penduduk menjalani ujian saringan dengan kadar positiviti 33.33%,”katanya.
]]>KOTA KINABALU: Tiga lokasi PKPD iaitu Grace Villa Condo, Sembulan, Kota Kinabalu, Kampung Pengaraban, Kudat dan Kampung Perpaduan, Pulau Banggi, Kudat ditamatkan pada 28 Jun 2021 (11.59 malam) lebih awal daripada yang dijadualkan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati terdapat trend penurunan kes dan tiada lagi sampel ujian menunggu keputusan di ketiga-tiga lokasi Grace Villa Condo, Sembulan, Kota Kinabalu, Kampung Pengaraban, Kudat dan Kampung Perpaduan, Pulau Banggi, Kudat.
Menurut Masidi, terdapat tujuh lokasi di kenakan PKPD iaitu Kampung Linukaan, Kota Marudu, tiga lokaliti di Kudat iaitu Kampung Timbagan, Matunggong, Kampung Perpaduan Gumpa dan Kampung Perpaduan 2, Rumah Pekerja Ladang Sungai Balung, Tawau, Kuarters Kilang Bata Kampung Durok, Kampung Limbawan Sayur Keningau, Kampung Pondo, Pulau Gaya, Kota Kinabalu.
Katanya, kesemua tujuh lokasi tersebut dikenakan PKPD berkuat kuasa 30 Jun sehingga 13 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan setelah KKM mendapati trend kes telah meningkat dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di
lokaliti itu.
KOTA KINABALU: Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Dr Roland Chia meminta penduduk Kampung Warisan dekat sini untuk mengemas kini butiran data mereka bagi pengagihan bakul makanan.
Dr Roland mengatakan bahawa butiran data yang diberikan kepada ketua Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) juga mesti memasukkan jumlah isi rumah yang tinggal di setiap rumah supaya pengagihan bakul makanan yang betul dapat diberikan kepada keluarga yang terkesan.
“Satu rumah boleh terdiri daripada empat hingga lima keluarga,” kata Dr Roland dalam kenyataan media semasa mengunjungi pos kawalan barisan hadapan di Kampung Warisan dan Taman Puri Warisan di Darau yang telah dikenakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Tambahnya, Dewan Bandaraya dan pasukannya akan mengagihkan bakul makanan dan ingin memastikan bahawa bantuan itu sampai kepada keluarga yang disasarkan.
Dr Roland juga mengunjungi Dewan Balairaya Kampung Warisan di mana ujian polymerase chain reaction (PCR) bagi ujian virus Covid-19 sedang dilakukan.
Beliau berpuashati dengan usaha Jabatan Kesihatan Sabah untuk memastikan semua penduduk kampung yang terlibat menjalani ujian PCR.
]]>RANAU: Tinjauan semua lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di daerah ini sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh, seluruh negara berjalan dalam suasana yang baik serta lancar.
Kelihatan di lokasi SJR 1, 2 dan 3 di kawasan Ranau pagi tadi mendapati, semua petugas terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan anggota Rela menjalankan tugas dengan baik tanpa mengira waktu siang atau malam walaupun dalam keadaan hujan dan panas.
Semasa tinjauan ke SJR1 jalan Ranau-Telupid mendapati seramai 4 orang petugas iaitu 2 anggota PDRM dan 2 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) diketuai Lns.Kpl. Mohd Qayser Roy Mardin dari IPD Ranau, bertugas memastikan semua pengguna jalan raya ada mematuhi SOP dan peraturan yang ditetapkan sepanjang ‘Lock Down’ bermula 1-14 Jun dan dilanjutkan sehingga 28 Jun 2021.
“Seharusnya semua pihak saling menghormati dengan keprihatinan serta tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka (petugas barisan hadapan),” jelas Airinie Abidin salah seorang pengguna jalanraya dari daerahTelupid.
SOP semasa pelaksaan PKP yang patut dipatuhi antaranya setiap satu kenderaan dibenarkan hanya dua penumpang sahaja termasuk pemandu kecuali keadaan tertentu dan kecemasan, mempunyai dokumen sah Rentas Daerah dari mana-mana Balai Polis dan memakai pelitup separuh muka.
]]>9 Jun 2021
Normimie Diun
PENAMPANG: Polis Daerah Penampang bertindak menutup beberapa lokasi yang dikenalpasti laluan ‘Jalan Tikus’ dan pusingan ‘U’ yang dijadikan akses menghubungkan jalan di Daerah Penampang dengan Bandaraya Kota Kinabalu.
Ini berikutan dengan kenyataan media oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun bertarikh 6 Jun 2021 menetapkan bahawa Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu tidak lagi di dalam daerah yang sama berkuatkuasa mulai 7 Jun 2021.
Antara ‘Jalan Tikus’ yang ditutup iaitu Jalan Nosoob – Hungab Susur keluar ke lampu isyarat Shell Kobusak, Jalan Penampang – Lido, Jalan Kobusak ke Susur Keluar simpang Taman Bangsawan Jalan Lintas, Jalan Penampang Lama – Jalan Gunung Bintang Luyang️ dan Jalan Bongun Kodondungan Ganang Ke Cyber City.
Manakala, lokasi pusingan ‘U’ yang turut ditutup iaitu dua pusingan ‘U’ sepanjang Jalan Penampang Bypass Kota Kinabalu – Penampang dan pusingan ‘U’ Jalan Chempaka berhampiran SJR Jalan Bundusan.
‘Jalan-jalan tikus’ dan pusingan ‘U’ ini ditutup serta merta bagi memperketatkan pergerakan sempadan melibatkan Daerah Penampang dan Kota Kinabalu.
Oleh yang demikian, pihak polis berharap agar pengguna jalan raya memberi kerjasama dan bersabar serta memahami tugas polis dalam menguatkuasakan undang-undang yang telah ditetapkan.
]]>