lombong emas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 16 Apr 2025 09:34:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png lombong emas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lombong Emas Mount Wullersdorf lulus EIA sejak 2017 – Joniston https://sabahmedia.com/2025/04/16/lombong-emas-mount-wullersdorf-lulus-eia-sejak-2017-joniston/ https://sabahmedia.com/2025/04/16/lombong-emas-mount-wullersdorf-lulus-eia-sejak-2017-joniston/#respond Wed, 16 Apr 2025 07:54:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72083
Read Time:1 Minute, 7 Second

TAWAU: Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai, memaklumkan bahawa aktiviti perlombongan emas di kawasan Mount Wullersdorf, Tawau, telah memperoleh kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) khas sejak 16 Mac 2017.

Beliau berkata kelulusan itu dikeluarkan oleh Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (EPD) Sabah selepas melalui proses penilaian yang ketat, sejajar dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Kelulusan EIA ini merupakan satu keperluan penting sebelum sebarang aktiviti perlombongan boleh dimulakan, dan ia telah dipenuhi oleh pihak terlibat sejak tahun 2017,” katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merotai, Sarifuddin Hata dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Joniston turut menjelaskan bahawa cadangan pembangunan di kawasan Taman Bukit Tawau masih berada pada peringkat awal perbincangan.

Menurut beliau, kementerian melalui agensi Taman-Taman Sabah kini sedang menjalankan rundingan dengan pihak pemaju untuk menaik taraf kemudahan serta penginapan sedia ada di kawasan berkenaan.

“Setakat ini belum ada sebarang pembangunan dimulakan di kawasan tersebut, dan oleh itu, tiada laporan EIA yang diluluskan berkaitan cadangan tersebut,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa kementerian dan Taman-Taman Sabah akan memastikan sebarang pembangunan yang dirancang kelak dilakukan secara terkawal, berkonsepkan mesra alam dan berpaksikan kelestarian alam sekitar.

“Pendekatan ini penting bagi menjaga kelangsungan ekosistem hutan, kejernihan sungai, serta kelestarian flora dan fauna yang menjadi aset utama ekopelancongan negeri,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/16/lombong-emas-mount-wullersdorf-lulus-eia-sejak-2017-joniston/feed/ 0 72083