LPBS – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 10 May 2025 06:49:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png LPBS – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 LPBS dilancarkan untuk meningkatkan tahap SSL makanan Sabah https://sabahmedia.com/2025/05/10/lpbs-dilancarkan-untuk-meningkatkan-tahap-ssl-makanan-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/05/10/lpbs-dilancarkan-untuk-meningkatkan-tahap-ssl-makanan-sabah/#respond Sat, 10 May 2025 06:49:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73539
Read Time:2 Minute, 15 Second

Kota Belud: Kerajaan Sabah mensasarkan untuk mencapai Tahap Sara Diri (SSL) makanan sebanyak 30 peratus menjelang tahun depan dan 60 peratus pada tahun 2030 menerusi penubuhan Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pelbagai inisiatif akan dilaksanakan melalui penghidupan semula LPBS bagi memastikan keterjaminan makanan Sabah, memenuhi permintaan makanan rakyat dan mengurangkan kebergantungan kepada import beras.

“Pada masa ini Sabah hanya mampu mengeluarkan kira-kira 22.8 peratus beras tempatan menyebabkan kebergantungan yang tinggi terhadap bekalan beras sumber import bagi memenuhi permintaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, LPBS akan mengambil alih semua pembangunan dan pengurusan tanaman padi daripada Jabatan Pertanian Negeri bermula tahun ini.

“Selain itu, LPBS juga diberi tanggungjawab sebagai badan pengawal selia pembangunan dan pengurusan padi. Oleh itu, saya mahu semua agensi negeri yang berkaitan memberikan kerjasama penuh kepada LPBS,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran LPBS dan Skim Takaful Penanaman Padi (STTP) Agrobank di Dewan Terbuka Datuk Musbah Jamli di sini hari ini.

Teks ucapan beliau disampaikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

Hajiji berkata, bagi meningkatkan SSL, Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan kepada pembangunan dan pengurusan tanaman padi di enam daerah, iaitu Kota Marudu, Tuaran, Tambunan, Keningau, Papar dan Kota Belud.

Katanya, umlah keseluruhan kawasan sawah padi di daerah-daerah ini ialah 22,218.35 hektar atau 55,879 ekar, melibatkan 16,018 penanam padi.

Selain menghidupkan semula LPBS, Hajiji berkata Kerajaan Negeri juga melaksanakan beberapa inisiatif lain, termasuk memberi penekanan kepada penanaman padi bukit.

“Oleh itu, saya menyeru semua pemilik tanah bukit untuk membangunkan tanah mereka dengan penanaman padi bukit berkualiti tinggi. Dianggarkan sebanyak 13,266 hektar atau 32,767 ekar tanah bukit sesuai untuk penanaman padi, melibatkan 15,617 petani,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, sekiranya dibangunkan sepenuhnya, kawasan ini berpotensi menghasilkan 30,424 tan metrik padi bukit setahun.

Seperti Sarawak yang terkenal dengan beras Bario, Sabah juga mempunyai varieti padi bukit tersendiri iaitu beras Adan dari Long Pasia, Sipitang, selain dari Ranau, Kudat dan Pitas yang semakin terkenal dalam pasaran tempatan, katanya.

Hajiji turut menyeru syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya membangunkan tanah terbiar mereka untuk penanaman padi.

“Saya memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri tetap komited untuk membangunkan tanah-tanah sawah padi terbiar dan meningkatkan pengeluaran padi dan beras tempatan,” katanya.

Hajiji turut menggesa para petani agar mengambil manfaat daripada Skim Takaful Penanaman Padi, iaitu satu skim perlindungan insurans untuk melindungi penanam padi di negara ini.

Di bawah skim ini, penanam padi yang merupakan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, bertani di kawasan yang ditetapkan serta berdaftar di bawah Skim Baja Kerajaan Persekutuan dan mempunyai akaun Agrobank, akan dilindungi bagi kerosakan tanaman mereka akibat bencana alam, serangan perosak dan penyakit. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/10/lpbs-dilancarkan-untuk-meningkatkan-tahap-ssl-makanan-sabah/feed/ 0 73539
LPBS bangunkan 22,146 hektar sawah padi terbiar tanpa sistem pengairan https://sabahmedia.com/2025/04/17/lpbs-bangunkan-22146-hektar-sawah-padi-terbiar-tanpa-sistem-pengairan/ https://sabahmedia.com/2025/04/17/lpbs-bangunkan-22146-hektar-sawah-padi-terbiar-tanpa-sistem-pengairan/#respond Thu, 17 Apr 2025 13:38:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72182
Read Time:1 Minute, 56 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah melalui Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) sedang membangunkan 22,146 hektar kawasan sawah padi terbiar yang tidak mempunyai sistem pengairan di enam daerah di negeri ini.

Pembantu Menterinya, Datuk Peto Galim berkata, kawasan terlibat merangkumi Kota Marudu (3,132 hektar), Kota Belud (8,652), Tuaran (2,514), Tambunan (2,064), Keningau (3,514) dan Papar (2,270 hektar).

Katanya, bagi memastikan kelancaran pembangunan dan pengurusan padi, Jawatankuasa Pembangunan dan Pengurusan Padi Daerah telah ditubuhkan di setiap daerah terbabit, dipengerusikan oleh Ahli Lembaga LPBS.

“Jabatan Pertanian Sabah turut menyediakan latihan teknologi pertanian, antaranya kerjasama dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) menerusi Inisiatif Digital AgTech yang melibatkan penggunaan sistem Internet of Things (IoT) untuk fertigasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab di Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, hari ini ketika menjawab soalan Adun Liawan, Datuk Anwar Ayuub @ Annuar Ayub mengenai inisiatif kerajaan negeri meningkatkan hasil pertanian tempatan termasuk bantuan kepada petani.

Menurut Peto, sehingga kini, sebanyak 1,343 kursus telah dilaksanakan membabitkan 14,379 peserta dengan nilai jualan RM23.95 juta.

Beliau turut memaklumkan Program Geran Pemadanan Change Upgrade Product telah memberi manfaat kepada 63 usahawan dengan geran berjumlah RM1.432 juta, menghasilkan jualan bernilai RM15.18 juta antara 2021 hingga 2025.

“Manakala Program Geran Agropreneur Muda pula telah membantu 86 belia dalam sektor pertanian dan pemprosesan makanan, termasuk tanaman cili, rock melon, sayuran hidroponik, cendawan, pisang Sabah, betik, durian serta ternakan madu kelulut, “katanya.

Tambah beliau, dalam sektor industri hiliran pula, produk berasaskan kelapa, kopi, ubi kayu dan tuhau mencatatkan nilai jualan RM3.724 juta. Manakala Program Agropelancongan diperkenalkan bagi memanfaatkan ladang tanaman makanan sebagai tarikan pelancongan, dengan 19 pengusaha menerima geran RM3.5 juta dan merekodkan nilai jualan RM2.244 juta.

Katanya, untuk memperluas pemasaran, aplikasi digital Hub Hasil Pertanian dibangunkan sebagai platform perniagaan dalam talian bagi memudahkan petani memasarkan produk mereka secara lebih efektif.

“Korporasi Pembangunan Desa (KPD) telah membina enam Pusat Pengumpulan Hasil Tani (APCC) di Beaufort, Keningau, Kota Marudu, Lahad Datu, Kundasang (Ranau) dan Telupid yang menyediakan kemudahan pengumpulan, penggredan, pembungkusan dan pemasaran.

“Usaha ini turut diperluas apabila KPD kini sedang membina lima lagi APCC baharu di Nabawan, Tambunan, Tenom, Penampang (Moyog) dan Tuaran bagi membantu lebih ramai petani luar bandar memasarkan hasil pertanian mereka,” ujar beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/17/lpbs-bangunkan-22146-hektar-sawah-padi-terbiar-tanpa-sistem-pengairan/feed/ 0 72182