LPG – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 30 Jun 2025 10:01:58 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png LPG – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan jamin peniaga mikro dan kecil terus nikmati subsidi LPG – Armizan https://sabahmedia.com/2025/06/30/kerajaan-jamin-peniaga-mikro-dan-kecil-terus-nikmati-subsidi-lpg-armizan/ https://sabahmedia.com/2025/06/30/kerajaan-jamin-peniaga-mikro-dan-kecil-terus-nikmati-subsidi-lpg-armizan/#respond Mon, 30 Jun 2025 10:01:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76420
Read Time:1 Minute, 3 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Para peniaga mikro dan kecil sektor makanan dan minuman tidak perlu khuatir dengan pelaksanaan Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 (PPKB) kerana kerajaan memberi jaminan mereka akan terus menikmati subsidi gas petroleum cecair (LPG).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sesi libat urus bersama persatuan-persatuan peniaga makanan dan minuman sedang diadakan di seluruh negara, termasuk Sabah, bagi mendapatkan pandangan dan syor ke arah pelaksanaan pindaan PPKB secara menyeluruh dan inklusif.

“Walaupun PPKB 2021 menghadkan penggunaan silinder LPG bersubsidi kepada 42kg, pindaan kali ini mengambil kira keperluan praktikal peniaga kecil dan mikro. Mereka akan dibenarkan menggunakan lebih daripada 42kg pada satu-satu masa, asalkan mereka menjual makanan pada harga rakyat (harga wajar),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media pada sesi libat urus program berkenaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Menurutnya, mekanisme kawalan akan dibangunkan bagi memastikan subsidi tidak disalahgunakan, termasuk aktiviti penyeludupan dan penyelewengan. Pandangan daripada persatuan akan diambil kira untuk menentukan kaedah terbaik pengurusan risiko.

“Kita tidak mahu subsidi rakyat ini dinikmati oleh premis yang menjual makanan pada harga gaya hidup, seperti nasi ayam RM25 atau nasi goreng RM30. Subsidi ini adalah untuk kos sara hidup, bukan kos gaya hidup,” tegas beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/30/kerajaan-jamin-peniaga-mikro-dan-kecil-terus-nikmati-subsidi-lpg-armizan/feed/ 0 76420
KPDN pertimbang pindaan had penggunaan LPG bersubsidi untuk peniaga mikro & kecil https://sabahmedia.com/2025/06/10/kpdn-pertimbang-pindaan-had-penggunaan-lpg-bersubsidi-untuk-peniaga-mikro-kecil/ https://sabahmedia.com/2025/06/10/kpdn-pertimbang-pindaan-had-penggunaan-lpg-bersubsidi-untuk-peniaga-mikro-kecil/#respond Tue, 10 Jun 2025 13:41:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75350
Read Time:1 Minute, 14 Second

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang meneliti cadangan pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 bagi mengatasi sekatan had penggunaan Gas Petroleum Cecair (LPG) bersubsidi dalam sektor perdagangan dan perniagaan.

Pindaan ini secara khusus akan mempertimbangkan keperluan LPG bersubsidi untuk peniaga makanan dan minuman berskala mikro dan kecil.

Armizan

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali, hari ini mempengerusikan Sesi Libat Urus Cadangan Pindaan kepada peruntukan tersebut. Pertemuan ini bertujuan mendapatkan pelbagai syor dan pandangan daripada pihak berkepentingan.

Menurut Armizan, sesi libat urus tersebut telah menerima pelbagai cadangan.

Beliau telah meminta semua persatuan yang terlibat untuk mendapatkan pandangan ahli masing-masing dan mengemukakan memorandum cadangan kepada Jawatankuasa Teknikal Semakan Pindaan, yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPDN.

“Sebagaimana kelulusan Kabinet pada 5 Jun 2025 terhadap syor KPDN, Kerajaan bersetuju untuk meminda peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan yang diwartakan pada tahun 2021 tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menekankan bahawa perincian terhadap beberapa perkara perlu ditetapkan bagi memastikan adanya kejelasan undang-undang.

Antara perkara utama yang perlu dipertimbangkan dalam pindaan ini termasuklah parameter berkaitan pendefinisian peringkat perniagaan jualan makanan dan minuman yang terlibat.

Selain itu, aspek-aspek seperti status pemilikan perniagaan, jumlah keperluan, mekanisme kawalan dan pelaporan, keberkesanan pemantauan dan penguatkuasaan, serta strategi menyeluruh untuk mengekang ketirisan juga akan diteliti.

Sesi libat urus ini dihadiri oleh 10 persatuan berkaitan, serta turut dihadiri oleh Cha Kee Chin, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian merangkap Ahli Parlimen Rasah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/10/kpdn-pertimbang-pindaan-had-penggunaan-lpg-bersubsidi-untuk-peniaga-mikro-kecil/feed/ 0 75350
Peniaga kecil sambut baik pindaan peraturan LPG bersubsidi https://sabahmedia.com/2025/06/06/peniaga-kecil-sambut-baik-pindaan-peraturan-lpg-bersubsidi/ https://sabahmedia.com/2025/06/06/peniaga-kecil-sambut-baik-pindaan-peraturan-lpg-bersubsidi/#respond Fri, 06 Jun 2025 11:49:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75147
Read Time:1 Minute, 54 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Keputusan kerajaan meminda Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 2021 bagi membolehkan peniaga kecil menggunakan LPG bersubsidi tanpa perlu memohon permit khas disambut baik oleh golongan peniaga mikro dan kecil.

“Kerajaan juga bersetuju bahawa sementara menunggu pindaan dimuktamad dan dikuatkuasakan, tiada tindakan undang-undang akan diambil terhadap peniaga kecil yang menggunakan LPG bersubsidi tanpa PBKB,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali.

Sementara itu, Naib Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sabah (G3PNS), Biro Belia Niaga, Media dan Digital, Achmad Noorasyrul Noortaip menyambut baik ketetapan kerajaan itu yang menurutnya memberi kelegaan kepada ramai peniaga kecil.

“G3PNS amat menghargai kenyataan bahawa tiada tindakan undang-undang akan diambil terhadap peniaga makanan dan minuman mikro serta kecil yang menggunakan tong LPG bersubsidi tanpa permit.

“Ramai penjaja kecil gusar kerana kebimbangan disaman akan meningkatkan kos operasi dan akhirnya menyebabkan kenaikan harga jualan,” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar kapasiti penggunaan LPG bersubsidi dinaikkan antara tiga hingga lima tong dalam satu masa, bergantung kepada jenis perniagaan.

“KPDN juga disaran turun padang melawat tapak perniagaan sebelum membuat keputusan terhadap sebarang permohonan, bagi memahami keperluan sebenar peniaga,” tambahnya.

Seorang peniaga kecil dari Kudat, Rosley Sadah yang mengusahakan gerai martabak dan kuih-muih di Plaza Manggatal turut menyambut baik langkah kerajaan.

Beliau yang menggunakan dua tong LPG bersubsidi serentak untuk memasak berkata, ada kalanya peniaga memerlukan lebih banyak tong apabila pelanggan ramai atau menerima tempahan khas.

“Pendapatan kami tidak menentu. Ada masa ramai pelanggan, ada masa kurang. Saya harap kerajaan terus membantu dan memberi sokongan agar peniaga kecil seperti kami dapat bertahan,” katanya.

Peniaga muda dari Keningau, Tracilla Leonard Alai, 23, yang mengusahakan gerai “Dompuran Tokou” di Inanam turut berkongsi harapan sama.

Beliau bersama dua saudaranya memulakan perniagaan makanan setahun lalu, dan menyewa lot gerai di Babarian Reborn Food Court. Katanya, mereka memerlukan lebih daripada tiga tong LPG dalam satu masa sekiranya menerima tempahan katering.

“Kami berniaga dari jam 4 petang hingga 11 malam. Biasanya pelanggan ramai pada hujung minggu, cuti umum dan awal bulan. Jadi bila ada banyak menu, kami perlukan lebih banyak tong gas,” katanya.

Peniaga kecil berharap agar sebarang keputusan yang bakal dilaksanakan nanti mempertimbangkan realiti dan cabaran sebenar perniagaan kecil, supaya mereka terus mampu menjana pendapatan dan keluar daripada belenggu kemiskinan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/06/peniaga-kecil-sambut-baik-pindaan-peraturan-lpg-bersubsidi/feed/ 0 75147